Lelaki Negeri Sembilan

Jang tengok hal negara kita ini semua nak letak kat bahu lelaki Negeri Sembilan. Dari hal atas padang bola, hal pantau harga ayam sampai la hal naik roket pergi ke angkasa lepas, semua ditanggung dibahu lelaki Negeri Sembilan. Apa lelaki negeri lain buat?

Jangan jawab soalan itu tapi biar Jang jelaskan, pasukan bola Negeri Sembilan sengaja memberi kemenangan kepada pasukan Pulau Pinang dalam saingan piala FA lepas supaya mudah pasukan Pahang melayakkan diri dengan membenam Pulau Pinang seterusnya mengalahkan Kelantan. Tetapi Jang tersedar satu perkara- mengharap kepada pasukan yang pemainnya berdandan rambut sebelum main bola seperti Lelaki Pahang adalah satu kesilapan taktikal yang teruk.

Lelaki Kelantan melayakkan diri ke perlawanan akhir dan mereka gagal menghalang Piala FA dari menyeberang tambak dan disimpan di Singapura. Jang terpaksa terima hakikat adat permainan ini mesti ada menang atau kalah. Lelaki Kelantan telah mencuba sebaik boleh.

Lelaki Negeri Sembilan ini juga terpaksa akur akan tanggungjawab membawa kembali piala FA pulang ke Malaysia pada tahun depan. Ye la, takkan nak harap pada lelaki Selangor, kelucuan apa tu?

Sebenarnya Ultrajang nak sentuh fenomena sebelum perlawanan akhir hari itu, bagaimana media dan pasukan keselamatan begitu takut akan berlakunya kekecohan. Baguslah kalau mereka benar-benar serius mahu meningkatkan ciri-ciri keselamatan dan membendung keganasan bolasepak, cuma kalau boleh ianya berterusanlah. Maksudnya, secara sistematik. Tiket mudah dibeli dan cukup,ada tempat duduk untuk setiap pembeli tiket, tangga keselamatan bebas dari manusia, keluar masuk mudah terutama jika berlaku kecemasan, tiada mercun atau bom asap dan sebagainya.

Cuma kalau diwar-warkan akan hal tersebut setiap kali berlakunya perlawanan akhir melibatkan lelaki negeri mana pun ditakuti menimbulkan was-was kepada penyokong kanak-kanak dan wanita untuk turun ke stadium pulak. Dah asyik cerita hal keganasan je… takut la mereka.

 

Takkan tiap tahun nak harap bahu lelaki Negeri Sembilan yang tinggi adat sopan dan ketatasusilaan ini juga ke perlawanan akhir. Tak aci la!

 

Jang

Buapak Bolasepak Beradat

9 thoughts on “Lelaki Negeri Sembilan

  • May 25, 2015 at 3:05 am
    Permalink

    tak berani angkat muka bolosepok kot kene ni

    Reply
    • May 25, 2015 at 3:29 am
      Permalink

      bolosepok rakan ultrajang

      Reply
  • May 25, 2015 at 8:01 am
    Permalink

    gaya penulisan nak tiru sokernet. takyah bajet2 la bang oi

    Reply
    • May 26, 2015 at 12:15 am
      Permalink

      KAHKAHKAH!!!! kau kirim salam kat sokernet kau tu!

      Reply
  • May 26, 2015 at 6:40 am
    Permalink

    Mengapa lelaki selangor terpalit sekali?

    Reply
    • May 26, 2015 at 8:24 am
      Permalink

      mereka lelaki yang ada misi

      Reply
  • May 26, 2015 at 3:00 pm
    Permalink

    tang lelaki selangor tu agak sensitif. sila elak dari sontuh namo lelaki selangor yg ado 32 bintang di dado. merah kuning darah ku, selangor negeri ku….sikit lagi den nak nyanyi lagu merah kuning lambang kejayaan….

    Reply
    • May 27, 2015 at 1:34 am
      Permalink

      Jang fikir Lelaki Selangor ada MISI yang belum tertunai,jadi ada baik mereka tumpu kat situ dulu….hal negara biar Lelaki Nismilan uruskan.ok? kahkahkah

      Reply

Leave a Reply to imzakedis Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.