April 19, 2024

LG17 | Negeri Sembilan 3-0 Selangor United (-1 Pengadil)

3 min read

Bola sepak adalah satu permainan selama 90 minit dan dimainkan oleh sebelas (11) pemain dalam padang dan beberapa lagi duduk diluar padang bersedia sebagai pemain ganti. Kekuatan 11 pemain ini dan tempoh masa yang diberi adalah cukup dan memadai untuk sebuah pasukan bermain, melawan dan mencari gol kemenangan. Tambahan pula, mereka berlatih setiap hari dan telah mula bermain bola semenjak usia 8,10 atau 12 tahun. Pendek kata, itulah tugas mereka dan mereka kene lakukannya dalam satu pasukan.

Terbukti, dengan semua kelebihan yang diberikan ini; latihan, masa permainan, kekuatan pasukan, gaji dan sebagainya, mereka mampu menewaskan sebuah pasukan lain (Selangor United, misalnya) yang juga diberi masa permainan, latihan dan kekuatan yang hampir sama dengan kita. Semestinya mereka juga mesti mampu mengalahkan mutu pengadilan yang lemah, keputusan yang berat sebelah dan kesilapan demi kesilapan dari Pengadil dan Penjaga Garisan perlawanan.

Takkanlah 11 pemain yang kuat dan bertenaga boleh dikalahkan oleh seorang Pengadil perlawanan yang lemah? Me kenot brain this.

Malam tadi, Negeri Sembilan telah membuktikan, bahawa jika mereka mahu menang, jika mereka mahu mencipta jaringan, tidak ada yang dapat menghalang niat mereka walau Pengadil dan Penjaga Garisan tidak putus-putus membuat keputusan yang (tidak semestinya salah) tetapi tidak memihak kepada kita. Jang kira, tidak kurang 10 keputusan Pengadil yang tidak memihak kepada pasukan seterusnya menafikan peluang menjaringkan gol. Sukar untuk Jang mengatakan adakah Pengadil silap kerana kedudukan Jang diteres stadium tidak selari dengan perangkap offside tetapi terdapat 2 clear penalti yang ditolak mentah-mentah oleh Pengadil perlawanan dan 1 gol Almir Neto yang dibatalkan.

Menariknya, Negeri Sembilan terpaksa menerima khidmat Pengadil yang mengecewakan dalam beberapa perlawanan sebelum ini dan sekaligus mengundang rasa curiga dihati Jang yang bersih dan suci ini, adakah mutu pengadilan liga kita benar-benar low class, lemah dan tidak berintegriti? Hmmmm… tak perlu kita pergi kepada topik Pengadil bukan pro, mereka part timers yang dibayar ciput dan sebagainya atau kita kene guna Pengadil luar kerana itu bukan isu dan bukan penyelesaian tetapi lebih kepada lari dari masalah. Isunya ialah adakah mereka benar-benar terlatih dan mampu melaksanakan tugas? Adakah kita ada badan pemantau mutu pengadilan yang boleh menggantung tugas mereka jika benar mereka banyak melakukan kesilapan atau menurunkan mereka ke liga FAM dan sebagainya. Atau jika ada badan pemantau ini, adakah mereka buek kojo atau pergi open house?

Bercakap pasal open house, kalau kau buat open house tu ajak-ajak la Jang. Ajak-ajak Ayam pun ok asalkan berbudi bahasa.

Sementara itu, corak permainan Negeri Sembilan semakin baik dan bernafsu. Jang berpuashati dengan kesungguhan pemain membuat pergerakan, membuat hantaran, pressing, kekuatan fizikal dan idea mencari gol yang berkesan. Jelas, gandingan Almir Neto, Ferris Daniel dan Igor Luiz begitu sedap dan solid dibahagian hadapan. Jang tidak menharapkan permainan sempurna dari semua posisi kerana pasti ada seorang dua yang off form atau gagal menguasai diri (nervous) dan sebagainya tetapi cukup jika pemain lain bantu dan elakkan dari melakukan kesilapan yang lemah.

Jelas terpancar kepuasan diwajah Almir Neto apabila beliau berjaya merobek gawang Selangor United. Beliau berlari kearah penyokong lalu membuat tumbukan keudara. Bagi Jang, beliau seorang pemain yang baik dan kesungguhan beliau (work rate) wajar diberi pujian. Pemain lokal pula, Ferris Daniel terus menjadi kegemaran penyokong (dan kesukaran bek lawan) dengan kepantasan larian dan juga work rate yang tinggi. Jang perhatikan 2,3 kali Kapten Norhafiz Zamani Misbah membuat clearance bola jauh walau bukan berada dalam posisi tertekan. Tapi dari segi pertahanan, gandingan beliau dan Mattheus Vila agak baik cuma Selangor United tidak cukup merbahaya malam tadi.

Tahniah pasukan! Tahniah Mat Zan! Ingat, jangan jadikan kelemahan pengadilan sebagai punca kita kalah. Pengadil tu sorang je, takkan kito 11 orang boleh tunduk pada kelemahan beliau? Lawan dan carilah gol kemenangan, nescaya akan berjaya.

MOTM : Almir Neto dan Ferris Daniel

Hobin Jang Hobin!

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.