April 24, 2024

Libero: Posisi Lagenda Yang Ditenggelami Zaman

4 min read

Pada malam Raya 2010, abang Tom pada waktu itu sibuk menekan butang-butang controller di tangan. Selalunya pada malam Raya kami saudara mara akan mengadakan pertandingan liga Winning Eleven untuk menentukan juara pada tahun tersebut. Abang Tom yakin benda sama juga yang dibuat oleh pembaca-pembaca Ultrajang yang lain. Hendak dijadikan cerita ketika kami sedang sibuk memilih pemain untuk pasukan masing-masing, tiba-tiba perkataan libero terpancul di skrin TV. Maka terjadilah perbincangan di antara kami yang secara jujurnya abang Tom cakap lebih kepada memandai-mandai daripada pandai.

Di tengah-tengah puncak perbincangan, pak cik kami yang paling berpengalaman dalam bola sepak menyampuk lantas membimbing kami semua ke jalan yang benar. Beliau seorang yang aktif bermain bola sewaktu muda. Pernah menjadi pengadil di Negeri Sembilan dan bekerja dengan PBNS di jalan Rasah, Seremban. Lagenda mengatakan beliau mula bermain bola sehari selepas Achilles menawan kota Troy dan menjadi pengadil sejak pencipta British James Watt mencipta enjin stim lagi. Penerangan beliau tentang libero sangat jelas dan padat.

Sudah menjadi tanggungjawab abang Tom pula untuk menceritakan apa fungsi libero ini kepada pembaca agar tradisi bola sepak ini tidak malap dan dikaratkan dengan peredaran zaman. Seperti biasa, adik-adik semua perlu bertenang sebelum abang Tom memulakan penerangan ini.

 

Posisi Libero Dalam Bola Sepak

Libero (berasal dari perkataan Itali yang bermaksud bebas) merupakan posisi yang popular sekitar tahun 60-an. Juga dikenali sebagai sweeper, posisi ini mirip-mirip seperti posisi defensive midfielder yang pernah abang Tom ceritakan sebelum ini. Seperti namanya sweeper, tugas utama mereka adalah untuk ’membersihkan’ keadaan bahaya dikawasan kotak D dan jika ade interception, mereka cepat-cepat passing ke arah permain lain. Sebijik macam defensive midfielder kan?

Tapi ada sedikit perbezaan antara libero dan defensive midfielder iniPaling utama ialah kawasan mereka bermain. Defensive midfielder banyak bermain di kawasan tengah dan posisi am mereka adalah midfielder. Manakala libero, bermain di kawasan defender line dan posisi am mereka adalah defender.

Jadi bermakna, jika ingin menggunakan posisi libero ini sesebuah pasukan perlu menggunakan formasi khas untuk mengaplikasikan libero di dalam kesebelasan utama. Posisi ini dikenali sebagai 5-4-1 dan libero akan duduk ditengah-tengah antara dua centre back. Berbeza dengan formasi yang kita biasa dengar 4 defender. Jarang kita lihat pengurus pasukan menggunakan posisi ini bukan?

Tambahan lagi posisi libero ini lebih bebas jika hendak dibandingkan dengan defender yang lain. Mereka tidak perlu melakukan tugas seperti man marking lantas sesuai dengan nama jolokan libero. Mungkin ini posisi yang paling sesuai untuk abang Tom yang malas menjaga orang dan sentiasa ingin bebas di atas padang.

 

Lagenda Libero

Mungkin nama-nama yang abang Tom bakal sebut ini tidak pernah didengari oleh golongan muda. Tetapi kebanyakkan mereka ini adalah lagenda bola sepak di kelab dan negara masing-masing. Armando Picchi, Franz Beckenbauer, Elias Figueroa dan Bobby Moore. Siapa penyokong England dan West Ham tidak kenal dengan Booby Moore abang Tom sarankan berhenti menyokong England ataupun West Ham. Beliau dikenali sebagai lagenda yang menjulang kejuaraan tunggal England untuk World Cup.

Selain Booby Moore, Armando Picchi juga selalu disebut-sebut sebagai lagenda posisi libero. Beliau pernah dicanangkan sebagai contoh pemain posisi libero yang sebenar. Namun, tidak banyak yang abang Tom boleh ceritakan tentang lagenda ini kerana liga Itali dan Inter Milan bukan expertise abang Tom. Mungkin Muhayat atau Kid lebih tahu tentang beliau.

 

Libero Dalam Modern Football

Kenapa kita jarang-jarang dengar tentang posisi ini? Ya, sebab ianya semakin dilupakan. Ini kerana bola sepak moden sudah mempunyai undang-undang baru yang menyebabkan ianya seperti tidak relevan lagi. Sebagai contoh undang-undang offside. Malah dengan kehadiran teknik seperti zonal marking dan perangkap offiside sudah tentu menyebabkan posisi libero ini tidak sesuai dipakai untuk hari ini.

Jadi sudah pupuskah libero ini? Jika ditanya abang Tom, posisi ini bukanlah sudah pupus. Tetapi ianya lebih kepada sudah berevolusi. Bertukar menjadi apa? Menjadi defensive midfielder lah. Sebab itu kita tengok ciri-ciri mereka seperti sama. Namun masih ada yang menggunakannya di liga-liga profesional walaupun kita jarang-jarang dengar.

 

Kesimpulan

Kenapa abang Tom memilih tajuk libero ini? Jawapan abang Tom mudah. Seperti yang sebelum-sebelum ini, abang Tom banyak menegaskan pentingnya tradisi dalam bola sepak. Libero adalah satu tradisi yang pernah dibawa lagenda-lagenda dan mereka berbangga dengan posisi tersebut. Namun sekarang ianya sudah ditinggalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielak. Bayangkan ianya hilang dan tiada generasi muda yang tahu tentangnya.

Abang Tom tak sanggup melihat anak muda tidak tahu apa itu posisi libero tapi lancar kesemua posisi tarian Raver. Yang paling penting kita mahu lahirkan pemain bijak tentang bola sepak bukannya pemain yang hanya tahu tendang bola. Tidak kisah lah pemain di level manapun walaupun hanya di pertandingan bola sepak antara rumah sukan.

 

 

P/S: Gelaran mana lagi manis, libero ke sweeper?

 

Picture Credit: https://ysingh.portfoliobox.net/

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.