/Liga kelas D, nak pingat kelas A

Liga kelas D, nak pingat kelas A

Jang tak kisah pun siapa Manchester United nak beli atau tak jadi beli. Ini benda biasa dalam hal perpindahan pemain. Zaman Pak Alex dulu berapa ramai pemain yang hendak bermain bersama United, tetapi tak dapat dan berapa ramai Pak Alex mahu beli tetapi pemain itu tak mahu datang sebab takut.

Pedro dan Otamendi ni bukan terer sangat pun sebenarnya. Mereka hanyalah pemain yang tidak mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan. Kira macam melukut ditepi gantang la. Ada pun sekadar memunahkan akaun pasukan, takda pun bangku simpanan tak perasan.

Pemain begini hanya sesuai bermain dalam pasukan yang takda tradisi saja, bukan dengan United.

Pedro mengaku memilih Chelsea selepas dipujuk oleh si judas Fabregas dan Otamendi pula selepas bercakap dengan sapa entah dalam City. Lemah mental punya pemain! Pasukan pilihan pun berdasarkan apa orang cakap, pasal ada kawan dalam tu, pasal duit dan sebagainya. Entah-entah nak mandi pun Pedro kene tanya Fabregas dulu. Kalau Fabregas tak bagi, tak mandi la Pedro.

Sementara itu, syarikat yang mengeluarkan pingat atau medal untuk juara liga Perdana telah dikesan di daerah Balakong, Selangor. SB Jang cekap buat kerja. Hasil siasatan mendapati kualiti medal untuk juara liga perdana tadi bukanlah kualiti termurah tetapi kedua termurah selepas medal untuk sukan akhir tahun pra-sekolah.

Harga sebenar medal itu adalah RM15 (itupun GST ditanggung oleh syarikat pembuat medal).

“Liga kelas D, medal pun kelas D la” – kata kerani kedai medal. Terus Jang insaf dan berhenti menyiasat.