/Liga KPM: SSN Za’ba sedia menjadi juara kelas A

Liga KPM: SSN Za’ba sedia menjadi juara kelas A

Perlawanan akhir yang sebenar akan berlangsung malam ini di Stadium Mini Akademi Mokhtar Dahari, Gambang. Pasukan Sekolah Sukan Negeri Za’ba akan menentang Akademi Felda untuk menentukan kejuaraan Liga KPM-FAM Bawah 17 tahun. SSN Za’ba menepati ramalan awal akan mara ke perlawanan akhir. Mungkinkah ramalan menjadi finalist ini kerana reputasi mereka membariskan pemain yang sama muncul tempat ketiga di Gothia Cup, Sweden belah Eropah tahun lepas? Tak mungkin kerana mereka baru berumur 15 tahun.

Walau terdapat bisik-bisik kurang manis mengatakan “eleh, bukan semua anak negeri yang bermain untuk Za’ba, ramai orang luar!” tetapi semua itu telah dijelaskan dalam temubual Jang bersama Pengetua SSN Za’ba 2 tahun lepas. Takpalah, mungkin kau terlepas temubual itu, biar Jang ungkit sikit untuk pengetahuan umum. Lagipun, dah menjadi tugas Jang nak menerangkan lagi benda yang dah bersuluh kepada kau semua.

Memang pada awal pengiktirafan Za’ba sebagai SSN, mereka menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pemain kelas A dari anak Negeri Sembilan. Ini berpunca dari mentaliti sesetengah ibubapa yang tidak mahu menghantar anak mereka ke sana. Banyak sekolah juga tidak mahu melepaskan pelajar mereka yang bermain di MSSNS/MSSM kerana mahu mengekalkan pemain bintang mereka. Ada juga yang masih ingat sekolah sukan adalah Sekolah STAD kerana reputasi STAD yang masih kuat. Ini biasalah. Benda baru dan belum ada kejayaan memang susah nak naik. Untuk rekod, sekolah STAD sekarang berstatus PLD atau Pusat Latihan Daerah.

Jadi SSN Za’ba terpaksa mengambil pelajar luar dari Negeri Sembilan yang masih berbaki. Mereka ke Triang, ke felda-felda belah Pahang mencari pemain untuk dicampurkan dengan anak Negeri Sembilan yang masih berbaki. Dengan kata lain, pelajar dengan skil bermain kelas C. Kelas A semua dah kene sapu atau tidak mahu dilepaskan ke Za’ba. Tetapi SSN Za’ba tidak menggunakan masalah ini sebagai alasan untuk tidak berjaya. Mereka terus gigih melatih dan bekerja keras menjadikan pelajar kelas C mereka menjadi juara kelas A.

Bak kata pepatah, belakang parang kalau diasah, akhirnya tajam juga, inikan pulak kau asah lagi bahagian depan yang memang dah tajam” panjang kan?

Atau ‘usaha tangga kejayaan’

atau ‘it takes a village to raise a champion’

Rasanya sekarang reputasi SSN Za’ba cukup terkenal di seluruh Malaysia. Ramai pelajar luar mencuba nasib masuk ke sini. Sama ada pelajar Negeri Sembilan masih mahu meminggirkan SSN Za’ba atau ianya dipenuhi oleh pelajar luar, bukan isu. SSN Za’ba juga adalah akademi untuk PBNS (kerajaan lamo la koba). Untuk rekod, pasukan Bawah14 Za’ba kandas di perlawanan separuh akhir kepada Akademi JDT. Bukan mudah nak membawa nama Za’ba kerana nama itu terlalu besar dalam persuratan Melayu Malaysia.

Jang ucapkan selamat berjaya kepada SSN Za’ba. Bawa pulang kejuaraan dan buktikan kepado warga Kuala Pilah yang Jang tidak silap. Kok tak, kau siap!

Jang,

Tunggu kat Sinaran.