/Liga Perdana: N. Sembilan Tandus Idea?

Liga Perdana: N. Sembilan Tandus Idea?

Astaghfirullahalazimmmmmm!

Jang beristigfar dari teres grandstand malam tadi melihat aksi pasukan Negeri Sembilan membenarkan JDTII menyamakan kedudukan menjadi 1-1 tepat pada minit ke 90 permainan. Alhamdulillah, semenjak menjadi positif ini, Jang sudah tidak lagi mencarut di teres stadium. Infek, Jang banyak bersabar dan terus positif dengan keputusan perlawanan. Alhamdulillah.

Sedih hati Jang melihat tindakan penyokong menghina pengadil perlawanan dengan begitu kejam. Apa salah dan silap pengadil itu sehingga kita semua tak boleh nak maafkan? Dengan elaun tak sampai RM300 setiap perlawanan, tak manis kita semua hentam beliau secara berjemaah menghina rupa paras beliau, sehinggakan iblis dan syaitan pun lari meninggalkan stadium kerana malu mendengar kita semua mencarut. Pengadil juga ada maruah dan keluarga dan paling penting, pengadil adalah manusia yang tidak bebas dari kesalahan. Mana ada manusia adil dan saksama dalam dunia ini? Pengadil di liga Inggeris juga lakukan kesilapan. Pengadil perlawanan yang ‘membenarkan’ Barcelona menang 2nd leg suku akhir baru-baru ini juga banyak lakukan kesilapan.

Tak manis kita lepaskan kemarahan dan kekecewaan kita kepada pengadil sedangkan bukan pengadil yang perlu jaringkan gol untuk pasukan kita tetapi Simic, Bruno dan Lee Tuck. Bukan pengadil yang jadi bek tetapi entah sapa entah.

Jang dah tulis sebelum ini, sudah beberapa kali set piece dari luar kotak mengecewakan kita. Pahang membenam kita diseparuh akhir bila tendangan percuma luar kotak penalti mereka ditanduk kemas oleh pemain import bangsa Korea. Malam tadi sekali lagi pemain kita mengasari pemain lawan diluar kotak penalti lalu membenarkan satu tendangan percuma diambil oleh JDTII. Hasilnya, mereka berjaya menyamakan kedudukan. Tidak bolehkah kita cuba mengelakkan pasukan lawan mendapat tendangan percuma?

Mengambil contoh sebaliknya dari pasukan kita, Simic suka menjatuhkan diri bila melakukan perebutan bola tinggi atau rendah. Asal bola dilambung kepada beliau dan mendapat tentangan pemain lawan, beliau akan jatuh sambil pegang belakang kepala. Untuk apa? nak dapatkan tendangan percuma? SOALNYA, PASUKAN KITA INI ADA KE PEMAIN YANG BOLEH MENJANJIKAN GOL MELALUI TENDANGAN PERCUMA???? Maksud Jang, kalau dulu di Manchester United (Juara Europa yang layak ke UCL secara otomatik, bukan play-off) mereka ada Beckham yang 99% akan menconvertkan tendangan percuma menjadi gol melalui Bend it like Beckham-nya dan selepas itu CRonaldo pula dengan bullet freekick, boleh la pemain United buat-buat jatuh luar kotak penalti untuk dapat freekick. Kita? Lee Tuck? Berapa % ketepatan beliau untuk On target saja dahulu. 55%? Berapa jam sehari Lee Tuck berlatih buat freekick? ada seribu tendangan? Kalau takda, bukan specialist namanya. Sepatutnya Simic main macam badan dia, besar dan perkasa, tidak mudah jatuh tapi pemain lawan yang terpelanting dilambungnya.

Kita tidak ada senjata untuk dibawa berperang, kita takda specialist. Kuantan FA pun ada seorang pemain yang mampu membuat lontaran kedalam yang laju, tepat dan jauh. Itu senjata specialist mereka. Kita? Baiklah, kita main secara berpasukan, bukan skil individu. Jang tanya, semalam masukkan Sean (ke camtu la namanya) kat posisi kanan diseparuh masa kedua, menggantikan sapa ntah (Jang lupo!) tetapi kenapa pasukan masih bermain disisi kiri? Apa tujuan masukkan Sean? Dia baru dan muda, fresh legs, bertenaga untuk buat larian tetapi tidak digunakan. Ada ketika, dia bebas disebelah kanan tetapi Lee Tuck mengambil keputusan untuk mencuba. Jika tidak percaya dengan kebolehan beliau, kenapa masukkan? Itu belum lagi Jang kira berapa kali Simic melakukan passing lambung walhal sepatutnya leret lebih mudah kerana tiada gangguan.

Soalnya, adakah pertukaran pemain hanya sekadar tukar fizikal saja dan bukan sekali dengan taktikal?

Jang tak berniat nak mempersoalkan taktikal dan strategi Asri+Jorg. Jang suka dan percaya pada kebolehan dan kemampuan Asri+Jorg. Jang respek kepada aksi mereka berdua diluar padang, tegas dan garang dan bersedia untuk bertumbuk dengan pengadil dan pemain lawan. Jang percaya mereka juga tidak suka dengan apa yang berlaku diatas padang. Sesuatu mesti dilakukan dan difikirkan oleh mereka semasa cuti ini. Pusingan kedua adalah penentu kejayaan pasukan untuk ke liga Super dan sejauh mana kita layak di Piala Malaysia. Semangat penyokong masih utuh tetapi cukup mudah untuk dicalarkan.

Ingat! Penyokong adalah sebahagian dari pasukan.

Kongsi artikel ini: