April 25, 2024

Liga Perdana: Negeri Sembilan klasemen!

4 min read

Hujan lebat sepanjang hari dibeberapa kawasan tidak menghalang kira-kira 2,600 penyokong pasukan klasemen, Negeri Sembilan untuk meredah kesejukan malam memenuhi ruang berbumbung (?) stadium Paroi Jumaat lepas. Inilah komitmen yang tidak diragui walau diceruk mana pasukan Negeri Sembilan berada. Untuk rekod, jumlah kutipan (RM) tiket stadium Paroi sepanjang musim 2016 adalah sebanyak setengah juta sahaja. *Sumber: Dato Haslah.

Berbalik kepada perlawanan; Negeri Sembilan menurunkan kesebelasan utama mereka dengan kesemua import mengisi posisi penyerang, 2 di attacking midfielder dan seorang defensive midfielder. Penjaga gawang pula diberi tanggungjawab kepada muka baru tetapi orang lama, Saiful Amar.

Suasana di stadium cukup sejuk kerana hujan separa lebat terus mencurah tetapi keadaan padang stadium Paroi tetap tiptop tanpa kesan air bertakung. Keadaan teres pula becak teruk dan semua penyokong terpaksa bersesak dibawah lindungan teres yang juga tiris disana sini. Begitulah MPS menjaga stadium ini namun spirit anak Nogori tak goyah. Sesekali keluar asap dari mulut anak Nogori yang sejuk berjaket dan berkasut Adidas. Feeling macam dekat England ini kau boleh alami hanya jika kau turun ke stadium. Nampak?

Tak payah Jang nak ulas sangat momen-momen permainan kerana hanya mereka yang turun ke stadium sahaja layak merasainya (dan Jang pun dah lupo sebonar eh) tetapi ada beberapa perkara menarik perhatian Jang dan ingin dikongsikan bersama penyokong. Lagipun ulasan minit ke minit ni bukan style Jang.

  1. Jentera serangan Negeri Sembilan begitu indah dan solid menggempur kubu lawan. Lagaknya bagaikan kerbau jantan yang dah 3 bulan tak mengawan lalu dilepaskan kedalam kandang yang penuh dengan kerbau betina. Bertubi-tubi menggasak gawang Sabah yang ternyata hanya mampu berserah dengan amukan nafsu sang kerbau. Negeri Sembilan banyak menyerang dari sebelah kanan dengan menggunakan kepantasan larian pemain sebagai senjata utama. 3 gol sebelum rehat separuh masa pertama bukti jentera serangan Negeri Sembilan wajib diambil perhatian pihak lawan.
  2. Separuh masa kedua, nafsu kerbau bagaikan telah terkunci atau lebih keji, seperti habis madu sepah dibuang. Hanya 2 percubaan merbahaya dilakukan dan selebihnya hanya bertahan. Dari segi teori taktikal, mungkin mahu memperlahankan rentak permainan dan berpuas hati dengan 3 gol tetapi teori ini digunakan sebaiknya oleh pasukan Sabah untuk membalas serangan demi serangan. Bertahan selama 45 minit bukan pilihan bijak kerana ianya memperjudikan ‘clean sheet’ kepada shit. Sabah hampir-hampir berjaya mendapatkan gol! Memperlahankan rentak lebih kepada bertahan secara kucar kacir dan membuang bola ini TELAH DIGUNAPAKAI MUSIM 2016. Takkan tak ingat kita pernah mendahului 3-0 lawan PKNS dan kemudian separuh masa kedua, kerana memperlahankan rentak, Syed Adney lepaskan 3 gol sebelum kita berjaya mendapat gol ke 4). Hampir semua perlawanan musim lepas sebegitu.
  3. Sepatutnya memperlahankan rentak ini lebih kepada penguasaan bola atau ‘posession’. Walau tidak menyerang tetapi menguasai bola bukan bola dikuasai Sabah dan kita bertahan bagai nak mampus. Bila terdesak, kita akan lakukan kesilapan bodoh seperti ada seorang pemain melakukan terjahan keras dari belakang pada minit ke 82. Selain dari mendapat kad kuning, dia sendiri tercedera dan dikeluarkan. ???? Kau bukan nak kejar gol, dah leading 3-0 dan masa tinggal lagi 10 minit, perlu ke buat terjahan keras sehingga mencederakan diri sendiri? Ingat ini liga bola sepak rakyat ke?
  4. Jang tengok, bila kita sudah tidak mahu menyerang kerana kononnya memperlahankan rentak, apa guna lagi kombinasi import yang berada pada posisi attacking mid (2 orang) dan striker (seorang)? Kenapa tidak dikeluarkan sahaja dan diganti dengan pemain tempatan? Hal meletakkan import sebagai striker tanpa memberi peluang kepada pemain tempatan ini sudah Jang tekankan kepada Dato Haslah (amboi! petik nama Dato saja! mentang-mentang dah jadi kawan baik) semasa minum kopi minggu lepas. Peranan import sebagai penyerang juga sudah Jang ulas dalam artikel sebelum ini di: https://www.ultrajang.com/ada-apa-dengan-pemain-import/  Penyerang tempatan wajib diberi masa bermain!
  5. Siapa yang patut lebih berkuasa dan aktif ditepi padang? Coach atau assistant coach? jurulatih utama atau pengarah teknikal? Asri Ninggal atau pengarah teknikal bangsa J, Jorg? Sepanjang 90 minit, Jang lihat Jorg lebih aktif ditepi padang. Beliau menjerit, memberi arahan dan benar-benar memberi tumpuan sementara Asri, sebagai jurulatih utama, lebih terkebelakang. Salah ke? Jawapannya, tidak salah. Jorg adalah pengarah teknikal merangkap penolong jurulatih kepada Asri. Jorg adalah bos Asri dan dalam masa yang sama adalah pembantu Asri. follow? hahaha. Jangan pelik, ini bola Malaysia. Jang dah tanya hal ini kepada kawan baik Jang, Dato Haslah minggu lepas. Begini soalan Jang; “Dato, berapa besar atau jauh sebenarnya kuasa pengarah teknikal ini? adakah sampai boleh mencampuri urusan pemilihan pemain, taktikal dan sebagainya? Kalau Dato letak dia sebagai assistant coach, tak ke susah Asri nak bekerja? Takut nanti berlaku pergeseran seperti yang pernah berlaku sebelum ini kepada pasukan besar seperti Chelsea?” 

Kau tau apa jawapan Dato dan juga kenapa pengarah teknikal dilantik jadi assistant coach? Kau tunggu sambungan Eksklusif: Sepetang Bersama Dato Haslah esok!

Jang suka dengan kemenangan Negeri Sembilan tetapi masih terlalu awal untuk mendabik dada. Antara kesilapan Negeri Sembilan musim lepas ialah terlalu selesa dengan kemenangan, akibatnya memakan diri. Apapun, tak salah kalau kita bergembira sedikit dengan kedudukan klasemen sekarang kerana kita berhak.

Jumpa diperlawanan seterusnya, menentang UITM di Shah Alam, Khamis ini jam 4.45 petang.

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.