April 19, 2024

LIGA SUPER: Negeri Sembilan lengkapkan jadual JDT

2 min read

Berapa shot on gol dari pasukan Negeri Sembilan ke gawang JDT malam tadi? Siapa kira? 0?,1?, 2?, 5?

Seperti Jang tulis semalam, kalah kepada JDT adalah dijangka cuma jumlah kebinasaan itu mestilah dikurangkan. Pertahanan Negeri Sembilan dibawah Kapten Erix bekerja keras untuk memastikan keputusan seri dan membawa pulang 1 mata tetapi mengecewakan apabila pemain import baru, Alex yang tinggi lampai ternyata begitu lemah untuk membiarkan import JDT, Cabrera membuat percubaan untuk gol pertama mereka.

Keseluruhan permainan juga hampir sama, hanya perubahan pada bahagian ‘pressing’ sahaja. Jika dulu tiada pressing, kali ini ada menunjukkan pressing. Passing masih sama seperti dulu. Tempoh 10 hari berlatih dibawah Mario Lemos ada menunjukkan sedikit perubahan. Tapi itulah, sedikit masih belum cukup.

Gol kedua juga melihatkan aksi permainan pantas pemain lawan jauh meninggalkan tahap kelajuan pemain kita. Alex yang naik membantu serangan hanya berlari anak sahaja ke bawah. Fauzan yang baru dimasukkan juga gagal bertindak pantas membuat marking Cabrera. Tindakan penjaga gawang, Izham keluar adalah betul apabila tiada lagi pemain pertahanan kita yang boleh menyelamatkan keadaan.

Tak silap Jang, ada ura-ura mahu masukkan ramai pemain bukan Islam sepanjang bulan Ramadan ini sebagai rotasi kecergasan kepada pemain Islam yang berpuasa tapi majoriti malam tadi semua pemain berpuasa, kecuali import. Tapi itu bukan hal penting sangat sebab sebagai pemain bola sepak yang telah dilatih untuk kekal cergas sepanjang musim, tidak menjadi hal kepada mereka untuk bermain.

Mario Lemos yang duduk dibangku penyokong pula hanya dapat berhubungan dengan Asri Ninggal melalui telefon apabila lesen kejurulatihan beliau masih belum dapat disahkan oleh AFC. Hal lesen ini bukanlah perkara yang boleh diambil mudah. AFC perlu menyiasat, adakah lesen tersebut benar-benar ori dan bukan palsu. Sudah banyak kejadian jurulatih luar yang menggunakan lesen palsu di Malaysia ini. Kita tak mahu lah jadi statistik seterusnya. Tetapi!! Tetapi!!.. takkan lah lamo bona nak check lesen itu melainkan ado yang sengajo melambatkan prosedur tersebut untuk dilakukan. Hmmmm

Begitu sukar menjadi penyokong Negeri Sembilan ketika ini tetapi percayalah, ianya satu momen bagus untuk diingat dalam lipatan sejarah suatu masa nanti. Waktu kita diatas, jangan lupa keperitan ketika dibawah, begitulah sebaliknya. Tetapi Jang tetap menaruh keyakinan kepada pasukan Negeri Sembilan (dah kalau tak kito, sapo lagi nak sokong?) dan Jang teruja menanti perlawanan seterusnya menentang Kelantan di stadium Paroi Sabtu ini. Jang percaya pemain kita akan bangkit semula.

Dah la. tulis pepanjang pun bukan monang.

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.