/Long ball bukan bodoh, short pass bukan bijak, Awang Afrika bukan rasis.

Long ball bukan bodoh, short pass bukan bijak, Awang Afrika bukan rasis.

Macam-macam hal bolasepak Malaysia ini. Rancaknya dimana-masa saja. Dalam padang, luar padang, menyanyi ditempat duduk stadium, bertumbuk diluar stadium, dalam facebook, twitter dan sebagainya. Inilah keunikan bolasepak kita. Mau tak unik, yang tak pernah tendang bola pun ada jawatan tinggi menentukan hala tuju bolasepak negara.

Siapa kata long ball bodoh? Siapa kata short pass satu permainan bijak? Ianya satu masalah taktikal atau pemain kelas D kita yang kurang ilmu bolasepak. Semua ini Jang malas nak usik sangat. Manusia yang kata long ball bodoh atau short pass bijak pun belum tentu dapat buat bila dah masuk padang.

Dimanakah salah dan silap pemain import sehingga pemain bolasepak kita jadi kayu?

Jawapannya, di posisi yang diberikan.

Kalau FA Negeri jujur nak majukan pemain mereka, sudah tentu mereka tidak akan beli pemain import untuk posisi penyerang. Mereka mungkin akan ambil pemain tengah. Pemain kita akan belajar dan lihat bagaimana pemain import ini mengemudi bahagian tengah, mengawal tempo permainan dan membuat lorongan untuk disudahkan oleh penyerang tempatan. Semua akan dapat belajar.

Tapi FA negeri tak mahu. Mereka tidak peduli dengan pembangunan pemain. Mereka hanya mahu menang dan dapat piala Malaysia, jadi mereka import pemain penyerang yang power. Pemain kita main serupa itu ajelah, hantar bola ke penyerang, mereka hasilkan gol. Apa pun tak belajar. Jadi bila dalam pasukan negara, mereka main benda yang serupa, bezanya mereka takda pemain import yang boleh menyudahkan dan menghasilkan gol. Bila bertemu pasukan kuat, mereka tidak dapat mengawal bahagian tengah dengan baik. Mereka tenggelam.

Contoh ini ada pada semua pasukan negeri. NS Matrik sangat bergantung pada Forkey Doe, kalau Doe takda, mereka tak menyerang langsung! Entah mana la yang mati dulu nanti agaknya, Doe ke NS Matrix?

Pahang adalah contoh yang sangat baik juga. Bila Dollah melatih pasukan Pahang, segala taktikal Dollah seakan menjadi. Main short pass dan import mereka akan menghasilkan gol. Masa tu semua hantaran lintang Alex nampak cantik. Bila Zainal Abidin gantikan Dollah, Pahang masih tetap kuat dan awang import mereka tetap menjadi. (update: Apa jadi pada Pahang bila semua import power dah blah?)

Tapi apa jadi pada Dollah bila dia latih pasukan Malaysia yang tiada import? Hancur!

Dollah nampak macam orang bodoh, mendagu dan gosok hidung, peluk tubuh. Padahal bukanlah salah dia sangat pun.

Pemain import bagus jika mereka datang untuk memberi pelajaran kepada pemain kita. (atau pemain kita dapat belajar dari mereka) Jika mereka hadir hanya untuk memuaskan hati FA negeri, pemain bolasepak kita akan jadi macam KPDNKK! Pantau harga ayam tapi suruh makan daging!