Lontaran Jauh: Teknik Mencari Gol Istimewa

Apabila menyebut tentang set pieces, umumnya minda kita akan berfikir tentang sepakan percuma dan sepakan sudut. Mungkin ada segelintir orang yang merasakan set pieces tactical tidak penting, hanya sekadar meletakkan pemain tinggi lampai di dalam kotak penalti untuk melakukan tandukan, tetapi bagi den, ada dua situasi kritikal yang memerlukan dead ball situation dalam usaha mencari gol. Keadaan pertama, bila mana bertemu pasukan yang bermain secara bertahan dan sukar untuk menembusi kawasan bahaya lawan dan kedua, pasukan kau sendiri yang memang memanjang kena serang dan sekali sekala bola pergi balik ke kawasan lawan. Contohnya macam Negeri Sembilan tahun lepas. Hmmmm.

Bolehkah lontaran ke dalam dianggap sebagai satu set piece? Jika dahulu, mungkin lontaran ke dalam dipandang enteng dan tiada yang menganggap lontaran ke dalam boleh memberi ancaman ke arah gol tetapi kewujudan Rory Delap menunjukkan bagaimana long throw boleh membuatkan semua pemain lawan turun bertahan dalam usaha untuk mengeluarkan bola, ia telah menjadi nilai tambah kepada pasukan yang mempunyai long thrower. Buktinya, musim 2018/2019 yang lepas,lontaran Lucas Digne telah mencetuskan gol ketika bertemu Arsenal dan dua minggu kemudian, perkara yang sama berlaku ke atas Manchester United.

Mengapa lontaran jauh perlu dititik-beratkan? Ketika lontaran ke dalam, istilah offside tidak diaplikasikan. Pemain bebas untuk berada di mana-mana dalam kotak penalti tanpa melihat kedudukan pemain terakhir. Trajektori bola yang lebih mendatar berbanding melengkung juga boleh menyebabkan kelajuan bola menjadi sedikit laju dan secara hukum fiziknya, menambahkan momentum bola selepas impak perlanggaran. Pasukan yang mendapat lontaran ke dalam juga bebas untuk memilih melakukan lontaran ke dalam awal atau menunggu para pemain bersedia mengikut tempoh masa yang dibenarkan pengadil. Jika pasukan mempunyai long thrower, ia juga akan menyukarkan decision making pihak lawan ketika mahu mengeluarkan bola kerana ancaman boleh datang dalam pelbagai arah. Namun sudah pasti, kekurangan lontaran ke dalam adalah ia memerlukan pemain kedua menyentuh bola selepas balingan dilakukan seperti yang dilakukan Adrien Jurad Chamrong dalam final bertemu Kedah. Bola telah disentuh oleh penjaga gol, Megat Amir dan itulah gol kemenangan bagi Perlis menjulang Piala Malaysia pada tahun 2004.

Berbalik kepada persiapan pasukan Negeri Sembilan musim ini, setelah beberapa friendly yang diadakan musim ini, den tak nampak ada pemain yang melakukan lontaran jauh. Untuk sepakan sudut dan sepakan percuma, kita mempunyai Nakatake dan pemergian Dzulfahmie dari pasukan boleh diisi oleh Shahurain. Mungkin lontaran jauh ini tidak penting dalam taktikal pasukan tetapi macam yang den cakap, ia boleh menjadi senjata rahsia kepada pasukan yang mempunyai long throw specialist. Musim lepas kita mempunyai Aroon Kumar dan Dzulfahmie yang boleh melakukan lontaran jauh dan sebelum itu kita turut memiliki Fauzan Fauzi.

Seperti sepakan sudut dan sepakan percuma juga, ia bukan sekadar bagaimana pasukan mempraktikkan untuk menyerang. Para pemain juga perlu sentiasa bersedia untuk berhadapan pemain lawan yang boleh melakukan lontaran jauh. Di dalam EPL sendiri, Liverpool antara pasukan yang memandang serius terhadap lontaran jauh dengan melantik throw in coach untuk menjadikan lontaran ke dalam sebagai kelebihan mereka kerana secara statistiknya, Liverpool adalah pasukan yang paling tinggi menghasilkan gol melalui set pieces dalam kejohanan EPL musim 2018/2019.

Kredit gambar: FB Dream Team

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *