March 29, 2024

Madhu Tiga?

3 min read

Bertenang semua! Sengaja Jang membiarkan kau semua teraba-raba dalam kesedapan (membuat spekulasi) tentang penamatan kontrak Madhu Mohana, bek import kita dari Singapura. Betulkah Madhu injured atau sekadar alasan untuk pasukan berkahwin baru dengan Prak Mony Udom? Jika cedera, berapa lama untuk sembuh semula dan kenapa Madhu kata dia tidak cedera?

Sebenarnya, kita dibenarkan untuk ‘berkahwin’ dengan 5 import dan jika mahu tambah lagi seorang, kita kene ‘ceraikan’ seorang dulu. Alasannya boleh jadi dia tidak ‘produktif’ atau dia mungkin cedera. Dalam kes Madhu, Jang sendiri melihat surat laporan perubatan yang dikeluarkan oleh doktor tentang beliau (Lihat tak semestinya faham). Madhu cedera semasa menentang PDRM di Bangi, pada bulan Disember 2017, iaitu sebelum beliau menandatangani kontrak pada Januari 2018. Semasa lawatan ke Kemboja juga beliau dikhabarkan tidak bermain satu perlawanan pun (sebab cedera). Pengurusan mesti mengambil tindakan pantas, samada mengambil risiko menyimpan atau menukar baru kerana tempoh transfer window hampir tamat dan liga sudah mahu bermula. Masalahnya, semua pilihan pengurusan ada risiko dan satu perjudian. Salah satu risikonya ialah kecaman penyokong atau boleh jadi pilihan yang salah, tetapi satu keputusan mesti diambil.

Jang akui yang Madhu sangat bagus dalam bertahan dan menyerang. Mana nak jumpo bek yg power macam ni? Matthew Davies? (Kenot be!) Lontaran kedalam Madhu juga sangat manis. Jujur Jang terkilan kerana Madhu tidak dapat bermain dengan pasukan kita. Madhu mampu memberi keyakinan kepada penyokong tentang kualitinya walau hanya bermain 2,3 perlawanan sahaja. Pada pendapat Jang, boleh saja dapatkan 2nd opinion dari doktor lain tapi itu semua teknikal-lah.

Kesempatan ini digunakan oleh pasukan untuk cuba mengubahsuai semula pasukan. Kehilangan Madhu tidak menjadi masalah besar kerana tempatnya boleh diganti dengan mudah oleh Nasriq. Pasukan memilih untuk mengambil Prak Mony Udom yang dikatakan hebat bermain disayap kanan. Pemain ini bermain dengan pasukan Svay Rieng FC di liga Kemboja yang bertemu Negeri Sembilan baru-baru ini. Prak Mony Udon dilihat boleh membuka ruang dalam corak pasukan yang kelihatan ‘sesak’ dikawasan tengah. Jadi kita ada option mengatur serangan selepas ini dalam menghantar bola kepada penyerang.

Menjadi tugas Prak Mony Udon untuk cepat menambat kepercayaan penyokong pula. Sedia maklum, penyokong kita ini cukup trauma dengan penukaran import dan juga drama. Tapi kenapa Jang biarkan kau semua berspekulasi dalam sedap? Sebab Jang suka kau semuo ni jadi penyokong yang tidak diam sahaja dan mudah kene game macam penyokong satu team tu. Jual striker power berjuta, beli bek pintal rambut pun berjuta tapi… itulah..gitu je kene scam dengan pengurusan sebab yakin apa yang pengurus pasukan buat adalah suci dan betul. Kita tidak mahu jadi sebegitu lurus. Jika ada keraguan, kita bertanya. Kita juga sudah ada Team N9FC, laman FB rasmi pasukan yang cukup baik memberi maklumat tepat dan cepat. Pengurus pasukan juga kerap membuat kenyataan dan tidak membiarkan kita semua tertanya-tanya. Bukankah itu yang kita semua mahu dari dulu?

So, Jang cadangkan hal ini kita pantau sahaja dan biarkan diuruskan dengan cermat oleh pihak Madhu dan pengurusan. Sebagai penyokong, kita mesti menyebelahi pasukan kita dahulu kerana TIADA SIAPA YANG LEBIH BESAR DARI PASUKAN NEGERI SEMBILAN. Kita fokus pada perlawanan pertama liga Super 2018. Ingat! Kita kini bermain diliga Super, so perangai liga Perdana tu kita slow-slow tinggalkan. Kalau Jang nak bercerita buruk, esok semua stadium kosong, takda dah orang nak tengok bola.

Tau?

Jang,
BuapakBolasepakBeradatLigaSuper

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.