/Malaysia 2-2 Vietnam (AFF Suzuki Cup Final 1st Leg)

Malaysia 2-2 Vietnam (AFF Suzuki Cup Final 1st Leg)

Seperti yang den sebut dalam video preview petang semalam, barisan pertahanan Malaysia sedikit goyah dilanda kecederaan dan penggantungan. Aksi final malam tadi membuktikannya. Biasalah, #greatness ni jarang salah. Tapi ramai yang degil dan tak percaya. Hmm.

Tan Cheng Hoe juga memilih Amirul Azhan bagi menggantikan Syahmi. Pada den, betul dah tindakan beliau. Harimau Malaya pun main cantik dan cemerlang pada awal permainan. Dominate possession seperti biasa. Memang nampak boleh menang mudah.

Sayangnya, kesilapan Safawi kehilangan bola ketika Malaysia menyerang mengundang padah. Pemain kita dah sedikit off position untuk bertahan. Walaupun Vietnam memang power counter attack, tapi benda sepatutnya masih boleh dikawal. Silap keduanya ialah Irfan Zakaria tak track back penyerang Vietnam. Sudahnya, brader tu berjaya bawak masuk bola dalam kotak penalti, tewaskan Shahrul Saad, cross, dan gol. Kesilapan ketiga ialah Farizal terus meluru keluar dari garisan gol. Patutnya dia stay sebab Nazirul Naim dah close down penjaring gol Vietnam tu. Bukan menyalahkan sesiapa, cuma nak tunjuk kat korang rantaian kesilapan pemain-pemain kita yang boleh dielakkan.

Pemain kita nampak terkejut dengan gol Vietnam tu. Dalam usaha cuba untuk mendapatkan keyakinan semula, Malaysia bolos lagi selang 3 minit kemudian. Kali ni deflection. Tapi gol kedua ni memang baik. Pada ketika ini, Vietnam ada 2 shots, dua-dua on target dan menghasilkan 2 gol. Padu ke tidak?

                            Foto – The Star

Mujur kira-kira 10 minit kemudian, Shahrul Saad berjaya menghidupkan kembali Stadium Nasional Bukit Jalil apabila menjaringkan gol menerusi tandukan padunya. Safawi pula berjaya menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua menerusi sepakan percuma. Akhirnya berjaya dia jaringkan gol pada kejohanan AFF ni. Berbaloi lah semua cerita di media yang asik keluar tajuk, “Safawi tekad jaringkan gol”. Setiap perlawanan Malaysia, mesti keluar cerita ni. Kalau bukan Safawi, Shahrel Fikri yang tekad jaringkan gol. Serupa kau tanya soalan apa warna kegemaran dan genre muzik yang dia dengar! Bijak la sikit soalan tu.

PERBINCANGAN :

Ketiadaan Aidil pada den amat dirasai. Perlawanan malam tadi pertahanan kita mudah ditebuk dengan counter attack. Ada beberapa situasi yang pertahanan kita boleh buat offside trap, tapi tak buat. Berdasarkan perlawanan sebelum ni, kalau Aidil main, mudah je Vietnam kena offside trap. 

Satu lagi pasal pertahanan ni, pada den diorang tak tenang ketika diserang. Sebab tu den cakap ketiadaan Aidil ni dirasai. Amirul Azhan pula secara defensively beraksi di bawah par. Bukan par main golf tu. Ini par aras sebenar. Secara offensively, pada separuh masa kedua baru nampak crosses merbahaya. Cuma tak boleh tengok banyak sebab ditukar dengan Syafiq Ahmad. Perkara ni tak salah sebab Malaysia nak kejar gol. Masa ni kan ketinggalan 2-1. Cuma Tan Cheng Hoe tak sangka gol penyamaan terus diperoleh. Tapi hikmah gol Safawi tu besar. Bayangkan tak gol, lepas tu Vietnam terus menerus mengasak. Silap-silap tak seri dan tugas lebih mencabar menanti mereka di Hanoi.

Kecederaan Nazirul Naim pulak menambah beban pasukan negara untuk aksi final kedua di Hanoi, Sabtu ini. Pertahanan yang tinggal, Amirul, Shahrul, Irfan, Syahmi dan Adam Nor Azlin. Nazirul tadi nampak macam groin injuryHarap-harap tak serius. Perkara ini menarik untuk kita tengok masa second leg nanti. Sama ada kekal dengan back four atau back three. Den risau kena kitai macam second half malam tadi je. Takpe, kita tunggu Sabtu ni.

Mat Yo dan Sumareh tak banyak beri impak pada perlawanan malam tadi. Untuk julang kejuaraan di Hanoi nanti, kedua-dua pemain ni perlu beri sumbangan lebih. Kalau tak, tipis peluang Malaysia nak menang. Sumareh ni kalau diikutkan dari segi fizikal dan ability, setakat one on one dengan pertahanan lawan, sepatutnya tak ada masalah dia nak lepas. Tapi entahlah. Ataupun belum cergas sepenuhnya?

Mat Yo pulak mungkin tak boleh bergerak bebas sebab dirantai pertahanan lawan. Dirantai ye tak? Macam ayat media arus perdana! Kahkahkah!

Vietnam bertahan dengan baik. Sentiasa ada 5 pemain di barisan pertahanan. Nampak sukar penyerang kita nak tembus. Maka, terpaksalah Malaysia mengharapkan set pieces. Dah jadi macam Thailand pulak Malaysia ni. Ini sesuatu yang Tan Cheng Hoe dan barisan kejurulatihannya perlu atasi. Boleh je nak arah pemain kita lebih naik ke atas, cuma ancaman counter attack Vietnam ni betul-betul tak boleh dipandang enteng. Lain macam.

KESIMPULAN :

Seri ni bukan keputusan yang baik untuk Harimau Malaya. Pada den, kalau nak selesa perlu bawa bekal sekurang-kurangnya kelebihan 2 gol. Memandangkan Vietnam ada 2 away goal, Malaysia perlu terus bermain secara menyerang Sabtu ini. Keputusan 1-0 memihak kepada Malaysia Sabtu nanti memang dah cukup. Tapi berdasarkan pertemuan sebelum-sebelum ni, susah nak menang 1-0. Jadi korang jangkakan lah lebih banyak gol di Hanoi nanti. Ingat, #greatness jarang salah!

Semangat tak putus asa para pemain sekali lagi harus dipuji. Ketinggalan 2 gol, namun masih mampu menyamakan kedudukan. Persis persembahan menentang Thailand di Bangkok. Untuk menjulang trofi nanti, Malaysia perlu dig deep untuk hasilkan persembahan seumpama itu atau lebih baik. Biarpun berjaya jaringkan gol nanti, jangan bertahan. Main seperti biasa. Kalau ianya boleh dilakukan, trofi paling berprestij di peringkat Asia Tenggara ni pasti pulang ke bumi Malaysia!

Sekian,

Kid.

MISAI HARIMAU MALAYA!

 

Greatness