/Malaysia 3-0 Myanmar (Matchday 4 AFF Suzuki Cup 2018)

Malaysia 3-0 Myanmar (Matchday 4 AFF Suzuki Cup 2018)

Masih tercandu dengan kemenangan semalam? Tak apa. Teruskan. Kita semua berhak untuk tercandu. Sebab apa? Sebab sepanjang Tan Cheng Hoe mengendalikan Harimau Malaya, malam tadi merupakan persembahan terbaik mereka.

Persembahan malam tadi yang penyokong dambakan. Bukan sekadar membuat hantaran sampai 5-6 ratus tapi tak ada percubaan merbahaya. Atas kertas, Malaysia memang kuat. Sebab tu sasaran FAM ialah untuk mara ke final.

Daripada pemain, staf kejurulatihan, penyokong, penyokong yang melamar aweknya, semuanya terbaik. Kau semua nampak tak perbezaan persembahan malam tadi dengan perlawanan-perlawanan sebelumnya? Ada 2 perbezaan, urgency dan forward pass. Mungkin malam tadi kesemua planet dan bintang selari maka tercetuslah persembahan serta atmosfera luar biasa semalam.

Foto – Football Tribe

Pertama sekali, Akram Mahinan berjaya silenced all his critics! Kalau ada antara kau semua yang nak jadi seorang defensive midfielder, maka lihat balik perlawanan semalam dan kaji permainannya. Den nampak dia dah macam Kante semalam. Merata padang dia ada. Lepas menang bola, dia menang bola lagi. Lepas tu dia matikan serangan pihak lawan lagi. Hantaran dia pun banyak yang tepat. Partner dia, Syameer Kutty pun cemerlang. Kira macam double pivot la kan? Den tak tahu, main bedal je cakap double pivot ni. Kahkahkah!

Ada juga yang cakap Myanmar tidak bermain pada prestasi sebenar. Kata jurulatih mereka, pemainnya gugup sebab jarang beraksi dalam atmosfera macam semalam. Ceh, cliche betul alasan dia. Cakap je lah Malaysia power. Simple.

Sebab den tak setuju dengan pendapat ni ialah Myanmar tetap mengamalkan counter attack mereka dengan baik. Cumanya, barisan pertahanan kita terlalu cemerlang. Berapa kali Myanmar terperangkap offside semasa counter attack mereka? Dan offside tu semua bukan nasib. Begitu yakin barisan pertahanan kita buat offside trap tu. Kagum den.

Penyerang kita semalam pun beraksi baik. Sentiasa menduga pertahanan Myanmar. Menduga ye tak? Acah-acah sungguh bahasa den. Kahkahkah! Sebabnya mereka tidak lagi statik dan berani penetrate benteng pertahanan Myanmar. Off the ball runs yang mereka buat banyak membantu memudahkan Akram dan Syameer membuat hantaran ke depan. Maka nampak lah fluid permainan Harimau Malaya malam tadi.

Gol pembukaan dari Mat Yo pun banyak merubah permainan. Kita boleh tengok Myanmar memang ingin bertahan sepanjang permainan. Sebabnya, kalau mereka seri, mereka layak ke separuh akhir. Jadi, gol Mat Yo tu berjaya memaksa Myanmar mengubah corak permainan mereka untuk lebih menyerang. Secara tak langsung, permainan lebih terbuka dan Malaysia berpeluang untuk melancarkan serangan mereka dengan lebih efisyen.

Gol penalti dari Zaquan Adha sebelum tamat separuh masa pertama turut merentap saki-baki semangat perjuangan Myanmar. Body language mereka ketika memasuki bilik persalinan menunjukkan seakan-akan mereka dah putus asa.

Farizal Marlias pun patut dipuji. Walaupun tak banyak dicuba, tapi satu save yang dia buat masa separuh masa pertama tu sangat crucial. Dia berjaya menaikkan semangat para pemain selain meyakinkan para penyokong bahawa gawang Malaysia bakal selamat daripada dibolosi malam tadi.

Cuma ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki. Pada den, Syazwan Andik nampak tak berapa solid pada separuh masa pertama. Banyak kali Myanmar berjaya menembusi daripada bahagian dia. Tapi separuh masa kedua persembahan dia lebih baik.

Jentera serangan Malaysia pula harus lebih klinikal. Banyak peluang berjaya dicipta tapi sebab decision making yang salah dalam beberapa situasi, Malaysia gagal menambah jaringan. Lawan myanmar ni mungkin tak mengapa. Tapi andaikata bertemu Thailand pada separuh akhir nanti, perkara macam ni tak boleh dibuat main.

Apa pun, kita nikmati dulu kemenangan malam tadi sebelum mengharungi perlawanan separuh akhir Sabtu nanti. Kita tengok siapa yang akan bertemu Malaysia. Dengan kehadiran misai Harimau Malaya iaitu UltraJang, den yakin tiada pasukan di rantau Asia Tenggara ni berani bertandang ke Bukit Jalil sambil mendabik dada.

Sudah lah, tulis panjang-panjang ni pun nak pergi mana? Dah menang dah. Berhubung kegagalan Manchester United yang sekadar seri tanpa jaringan dengan Crystal Palace semalam, cukup apabila den cakap United mengenang jasa Palace. Jasa apa kau tanya? Remember Crystanbul?

Sekian,

Kid.

MISAI HARIMAU MALAYA!

 

Foto – Stadium Astro