/Malaysia 3-1 Laos (Matchday 2 AFF Suzuki Cup 2018)

Malaysia 3-1 Laos (Matchday 2 AFF Suzuki Cup 2018)

Harimau Malaya berjaya mencatat kemenangan kedua pada Piala AFF malam tadi. Berdasarkan statistik, Malaysia mendominasi perlawanan. Mana taknya, kau semua tengok possession dan percubaan ke arah gawang Laos.

Sumber – AFF Suzuki Cup

Tapi bagi den yang tengok perlawanan secara keseluruhan, hanya 25 minit terakhir sahaja yang skuad bola sepak kebangsaan kita ambil keputusan untuk benar-benar bermain bola sepak. Pada separuh masa pertama, Malaysia lebih selesa bermain hantaran pendek sesama sendiri. Macam sebelum korang nak main bola petang-petang tu. Kononnya nak panaskan badan dan acah-acah dapat feel bola serta padang. Ada yang berpendapat permainan sebegini berpunca daripada pemain dan bukan jurulatih.

Selepas TCH mengeluarkan Safawi dan Syafiq untuk memberi peluang kepada Shahrel Fikri dan Hazwan Bakri, den yakin keengganan Malaysia menyerang sememangnya dirancang. Terlalu yakin barangkali? Itu kau semua kena tanya TCH.

Perkara ini betul-betul buat den frust. Katalah Malaysia gagal jaringkan gol kedua dan ketiga malam tadi dan perlawanan berkesudahan seri. Tak meroyan kita semua? Mujur Mat Yo berjaya jaringkan 2 gol dan kita menang. Salah ke kalau kita bermain secara lebih menyerang pada separuh masa pertama dan mendapatkan 3 atau 4 gol kemudian bermain secara santai pula pada separuh masa kedua? Bukankah itu lebih selamat? Berdepan dengan Laos yang sememangnya bukan tandingan kita, den rasa tak wajar risiko seumpama itu diambil.

Tempo permainan yang laju serta serangan bertali-arus menambah tekanan kepada pasukan Laos. Lebih banyak kesilapan yang dilakukan mereka sehingga Mat Yo Tak Salah berjaya menjaringkan 2 gol. Puncanya? Pemain negara dah mula membuat forward pass untuk mencipta peluang jaringan. Akhyar dan Shahrel berjaya memecah pertahanan Laos dari bahagian sayap. Cuma Akhyar den tengok dribble terlalu banyak. Ada beberapa kali dia hanya perlu cross ke dalam kotak penalti tapi tetap nak dribble. Macam den pernah cakap sebelum ni, buat salah ketika usia muda ni bagus sebab dia akan bagi pengajaran kepada kita. Tapi janganlah dibuat salah yang sama sampai ke tua. Ingat tu Mat Yat. Kalau dengan hanya membuat cross pasukan kau mampu peroleh peluang menjaringkan gol, maka kau crosslah. Skil menggelecek ni keluarkan bila perlu sahaja.

Satu lagi perkara yang membuat den rengsa adalah kualiti hantaran dan teknik pemain kita menahan bola. Hantaran pendek yang tiada tekanan dari pihak lawan pun kurang tepat. Tahan bola pun melantun melebihi kepala. Perkara-perkara macam ni akan beri impak yang lebih besar apabila kita bertemu dengan lawan yang lebih berkualiti. Dalam perlawanan malam tadi pun, kelemahan ini sedikit sebanyak merencatkan serangan skuad negara. Salah padang ke? Stadium Nasional Bukit Jalil pun dah tukar ke padang artificial ke? Atau salah sendiri? Sekadar bertanya.

Tapi mungkin bola sepak kita memang tak boleh lari dari drama. Menang dengan cara susah dan mendebarkan mungkin memberi kepuasan yang lebih kepada semua pihak. Bak kata pepatah orang-orang tua,

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian

Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

Kalau kita tengok sepanjang musim 2018 ni pun, bola sepak kita dipenuhi drama. Malas den nak ungkit satu-satu, kau semua carilah artikel lama UltraJang dekat website nanti.

Artikel ni bukan untuk mengecam tak tentu hala. Kau semua ingat tak kira-kira 5 hingga 8 tahun yang lepas? Semua peminat bola sepak tanah air melaungkan bahawa bola sepak kita sudah mampu memberi cabaran di peringkat Asia? Ingat? Adakah kita sudah memberi impak yang cukup di peringkat Asia? Atau laungan itu sekadar sembang politik di kedai kopi tapi haram tak daftar dengan SPR pun untuk mengundi? Kalau kita masih bersusah-payah menewaskan lawan-lawan di peringkat Asia Tenggara ni maknanya apa? Bola sepak kita makin mundur ke?

Apa pun, tahniah kepada Harimau Malaya yang berjaya mencatat kemenangan kedua malam tadi walaupun gagal memuaskan nafsu bola sepak den. Ya, benchmark den tinggi dan sengaja den highlightkan sekali lagi bahawa den kurang berpuas hati dengan corak permainan mereka. Tapi kita cerita pasal puas hati ni dalam artikel lain. Tulis panjang lebar bagai tiada hari esok ni pun nak pergi mana kan? Sini jugak duduknya. Tahniah juga kepada penyokong yang hadir ke SNBJ malam tadi. Kau semua power! Lebih power kalau kau semua tak MC hari ini. Kalau MC ertinya kau semua lemah. Selemah Arsenal dan Chelsea yang tak main Champions League. Simple.

SELAMANYA HARIMAU MALAYA!

Sekian,

Kid.

Foto – New Straits Time