/Malaysia Bawah Sedar (MIFA)

Malaysia Bawah Sedar (MIFA)

Beberapa hari lepas Jang berkesempatan menonton perlawanan bolasepak di antara Harimau Muda C menentang MIFA-MISC di padang Maybank, Bangi. Jang tunggu je geng ultras lain, tapi sampai malam sekor pun takda. Terpaksa la Jang bakar suar sensorang. Mungkin sebab liga FAM saja, jadi mereka tak turun.

Di bawah terik mentari petang itu Jang juga berkesempatan melihat pasukan Real Mulia FC berlatih di padang bersebelahan padang utama. Real juga mereka feel ala-ala Real Madrid. Tapi ini bukan berita utama.

Harimau Muda C ini Jang pun tak tahu sapa yang bawa. Tapi gaya permainan memang macam takda orang bawa la. Kalau ada pun, elok la jangan ngaku. Tidak, mereka bukan main teruk, cuma itulah, GAYA tu mengecewakan sangat. Buat tambah kecewa, lawan mereka petang itu, Malaysia Indian Football Association, yang di ketuai oleh Nanthakumar, bermain jauh lebih baik dan bergaya. Atau mereka sekurang-kurangnya membuat percubaan yang baik, mencipta peluang dengan membuat penetrasi dan menggunakan peluang dengan baik serta bertahan dengan sangat baik. (aduh! banyaknya baik!)

45 minit pertama perlawanan, Harimau Muda C hanya berjaya membuat 2 percubaan ke gawang dan itupun off target. Sementara MIFA-MISC berjaya mendahului dengan 2 gol hasil jaringan yang cantik. Apapun Harimau Muda C berjaya mendapat 1 gol penalti sebelum wisel rehat di tiupkan. Mereka gagal untuk mencipta peluang, gagal membuat penetrasi dan takda idea untuk mendapatkan gol. Bola banyak berlegar di kawasan tengah, tepi dan kembali semula ke pemain pertahanan. Pemain tengah tidak kreatif mencipta ruang untuk melorongkan bola ke pemain penyerang. Hanya 2 percubaan ke gawang lawan adalah bukti secara statistik kelemahan pemain tengah.

Apabila gagal membuat hantaran dan bola di rampas, pemain tengah menjerit marahkan striker kerana duduk terlalu jauh dari dia. “Dekat sikit woi..support la!” jeritnya sambil mengangkat tangan dan membuat muka kecewa ke arah pemain penyerang. Siapa la jurulatih dan pengurus pasukan ni? Sesekali memang la striker kene bantu juga tapi kalau aku jadi striker dan ada pemain tengah yang asyik gentel bola ke hulu ke hilir, takda idea, tak lorongkan bola, mampus aku tak support!

Kau kene percayakan kebolehan striker kau juga. Hantar bola,lorongkan bola, tau lah striker buat kerja. Kalau 100 kali kau hantar bola, striker kau masih tak boleh lakukan apa-apa, lain cerita. Kau makilah sampai kering peluh dia.

Aku tak tau apa berlaku separuh masa kedua sebab aku dah kene angkut pegawai keselamatan Maybank dan diminta meninggalkan perkarangan Pusat Latihan Maybank. Tapi itu cerita lain.

Kemudian kita di sajikan pula oleh pasukan Harimau Malaya dan Harimau Muda bawah 22 ke 23? Apa beza bawah 22 dan 23? Takda beza, semuanya sama. Maksud aku, jika akarnya sama, pokoknya mesti sama, buahnya juga mesti sama. Oklah, ada buah yang ranum dan sedap, tapi kebanyakkannya busuk dan berulat. Tapi, kalau kita ambik pisau dan potong bahagian yang berulat tu, dapat juga kita jamah sikit bahagian yang elok. BOOM!

Aku baca satu ulasan dari Dave Corkill, dia kata permasalahan bolasepak kita ini adalah pembangunan. Kebanyakan pemain tidak matang sepenuhnya sebagai pemain bolasepak. Mereka di petik dari Sekolah Sukan Bukit Jalil, terus di serap ke pasukan Harimau Muda. Mereka tiada pengalaman bermain dalam liga yang kompetetif berbanding Jepun yang yang mempunyai liga J,J1,J2 dan sebagainya. Pemain yang di pilih mewakili Jepun telah benar-benar masak dan layak untuk di bawa ke pentas antarabangsa. Mereka telah ‘lasak’ di gunakan di dalam liga sebelum di serap ke pasukan negara.

Hal pembangunan bolasepak ini adalah elemen penting dalam penswastaan kita. Sekolah sukan rasanya bawah kementerian pendidikan. Harimau Muda C memang bermula dengan liga Fam, tetapi itulah pemainnya sampai jadi B dan kemudian jadi senior. Kalau umur 19 tahun dah camtu, insyallah umur 25 tahun nanti lebih kurang aje la GAYA permainannya. Maksudnya, mesti ada pemain luar sana yang jauh lebih berpotensi dan wajar di beri peluang. Bagaimana kita nak sampai kepada mereka? PEMBANGUNAN la. Dave Corkill kata jumlah pemain kita ni tak ramai.

Ah! cakap banyak pun tak guna juga. Tunggu orang putih nak bagitau baru nak mendengar ‘orang atasan’ ni. Kalau melayu negrito yang bercakap- dia kata kita nak ambik alih jawatan dia pula. Katanya kita ni memandai.

1798427_945317255508178_4136027309162395034_n

Buah-buahan yang bergetah