April 24, 2024

Malaysia: Pertama, Terakhir dan Selamanya

3 min read

Dalam kalendar jadual bola sepak kita (dan liga lain), akan ada beberapa waktu diperuntukkan untuk perlawanan FIFA. Kita biasa guna term ‘international break’ untuk waktu ini. Bukan kita saja bosan sebab tiada perlawanan liga, berdasarkan maklumat google dan trending twitter, mereka di liga luar pun sama. Bezanya jika negara luar,mereka mungkin akan ada perlawanan kelayakan seperti kelayakan Piala Eropah atau Piala Dunia. Mana-mana negara yang tak layak itu,mereka akan bereksperimen menguji pemain untuk kelayakan Piala Suzuki. Apa yang Jang nak sampaikan ialah, inilah yang dimaksudkan oleh FMLLP bahawa kita hanya ada 42 hari sahaja untuk perlawanan liga.

Kenapa kita bosan bila ada international break? Itu Jang tak berapa nak faham sangat. Mungkin sebab Liverpool tengah sedap (kononnya) dan selalunya selepas kembali dari cuti, momentum mereka akan jahanam. Kau faham la jika pasukan mereka akan kalah hujung minggu ini.

Apapun, kali ini Jang betul-betul puashati menyaksikan 4 perlawanan antarabangsa melibatkan pasukan Malaysia senior dan Malaysia U22. Dua perlawanan Malaysia U22 Jang saksikan di stadium Paroi menentang Brunei Darul Salam dan perlawanan pasukan senior live di Astro Arena HD. Khamis, Jumaat,Sabtu dan Selasa! habis kuota tengok bola Jang minggu lepas.

Bagaimana prestasi kesemua perlawanan yang melibatkan anak tempatan (dan kacukan)? Mengikut kata jurulatih Malaysia U22, Frank Berndhardt, tak banyak perubahan atau peningkatan pada pasukan bimbingannya namun dia sekadar berpuashati kerana memenangi kedua-dua perlawanan. Tidak banyak shot on target. Tidak banyak pergerakan yang teratur dan kemas, tidak banyak mencipta ruang dan peluang. Boleh kata tidak banyak beza atau kelebihan pun melantik jurulatih dari Jerman. Maksud Jang, kalau dah guna engineer Volkswagen, biarlah performance dan kuasa kuda gaya enjin Jerman juga. Jika masih seperti Proton Saga, hanya aircond saja la yang kuat, tingkap masih sangkut separuh jalan. Jika Frank Bernhardt pun tak puas hati, takkan la kau yang tengok live kat TV kata ok?

Sedikit berbeza dengan penampilan pasukan senior. Jang sedikit berpuashati dengan pilihan pemain dari OKS. Perlu diingat! Jang begitu sukar untuk dipuaskan jadi jika Jang kata Jang sedikit berpuashati, ini bermaksud positif dan optimis. Cuma mungkin jika Badrol Bakhtiar ditiadakan dalam pasukan, permainan akan lebih baik. Jang tidak anti beliau cuma beliau masih mahu membuat hantaran jauh yang tidak tepat. Ketika bertahan, beliau suka membuat clearance yang ‘asal clear’. Lebih Jang bengang, sebagai kapten, beliau sepatutnya berlari dulu mengadap pengadil ketika rakan sepasukan dipanggil. Beliau juga mesti datang mempertahankan pemain ketika mereka ‘ditekan’ oleh pemain lawan. Sebagai kapten, beliau mesti bising dan memberi pemain semangat. Jika kau diam seribu bahasa, bagaimana kau nak bimbing pasukan dalam satu perlawanan penting disaat genting? Kapten mesti berhati besar dan tidak gentar. Jang puji Shahrom Kalam dan Hazwan kerana tidak gentar dengan ‘asakan’ pemain lawan. Pemain lawan akan sentiasa memberi tekanan termasuk dengan kata-kata kesat untuk melemahkan mental kita. Ini normal dan kita samada melawan atau buat tak tahu (tapi pastikan tidak emosional) Jika perlu ludah, ludah saja. Nanti dah habis perlawanan, semua akan bersalaman semula. Peluk cium pun kau buatlah.

(Nota* Perlu diingat! hantaran jauh adalah biasa dan boleh dalam bola sepak, pemain hebat pun membuat hantaran jauh, bezanya jika pasukan kau takda posession dan sedang diasak, cuba la buat hantaran pendek dulu untuk menenangkan keadaan dan memberi pemain pertahanan kau bernafas sekejap. Hantaran juga pastikan tepat – ini perlu latihan. Jangan KJ kata long ball bodoh, kau ambik bulat-bulat kata dia)

Adakah Jang begitu berkira dengan corak permainan pasukan Malaysia? Bagi Jang, mesti! Ada yang kata beri mereka masa, peluang dan sebagainya. Bagi Jang, nak bagi sampai bila? Semua orang dalam dunia ini diberi masa yang sama – 24jam sehari, yang membezakan ialah bagaimana masa itu digunakan sebaiknya. Nak tunggu sampai bila? Sampai gaji RM120,000 seminggu? Nak tunggu sampai semua beranak kacukan? Kita ada pemain bagus sebenarnya- Hadin bermain sangat baik contohnya.

Adakau kau juga berkira dengan pasukan Malaysia? Kalau kau tak turun stadium tu, kira berkira la – tak kisah la berkira sedikit atau banyak. Susah sebenarnya nak positif dan optimis dengan pasukan kebangsaan kerana kau dah puas menunggu, dan menunggu itu adalah masa. Peluang juga masa. Adakah masa bermain 45 minit dalam liga patut diberi peluang? – Contoh terbaik masa dan peluang digabungkan untuk Malaysia. Bagi Jang ianya lebih memberi peluang kepada peminat menggasak OKS jika percaturan beliau itu memakan diri.

Apapun, selamat maju jaya OKS dan Malaysia. First, last and always!

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.