/Malaysia U22 tiada beza dengan Harimau Muda C

Malaysia U22 tiada beza dengan Harimau Muda C

Walau sedikit lewat, tapi Jang nak ulas juga hal bolasepak Malaysia U22 yang bermain di Paroi malam tadi. Jang sampai sedikit tersasar dari waktu sepak mula, iaitu kira-kira 10 minit masa permainan telah pun bermula. Diluar stadium Jang terperanjat melihat manusia beratur panjang membeli tiket. Mengikut maklumat yang Jang terima, tiket perlawanan telah pun habis dan FAM terpaksa menghantar lagi tiket ke Paroi sebanyak 2 kali menggunakan khidmat courier bermotorsikal! Pudoi!

Apakah FAM tidak menjangkakan kehadiran warga Nepal yang bekerja di seluruh Seremban, Nilai, Kajang membawa ke Lembah Klang? Mereka naik teksi dari KL woi! Jang tengok sendiri! Spirit demi negara mereka yang dirindui, mereka sanggup berhabis untuk datang ke Paroi dan mereka datang dengan pakaian mereka yang paling terbaik dalam koleksi! Hebat Nepal!

Mereka benar-benar memberi sokongan kepada pasukan mereka. Apabila pemain mereka memulakan serangan, mereka akan bersorak dan bersiul walau gawang Malaysia masih jauh. Apabila penjaga gol mereka menyelamatkan bola, mereka juga bersorak riang. Inilah sorakan pemain ke 12 yang sebenar! Jang memang berharap sangat Nepal dapat menjaringkan gol sebab nak lihat aksi penyokong mereka bergembira dan hajat itu tercapai apabila Nepal berjaya mendahului di minit ke 38.

Jang pun ikut mereka bersorak. Gembira melihat mereka bergembira. Yelah, setiap hari nasib mereka bekerja disini ada berbagai dugaan. Hidup berjauhan dari negara mereka juga satu dugaan kepada mereka. Kat situ dah nampak perikemanusiaan Jang macamana. Hmmm..

Atas padang,pasukan bawah 22 tidak boleh menjadikan beza umur atau kualiti pasukan senior Nepal sebagai ukuran permainan mereka. Walau siapa pun lawan mereka, atau status perlawanan, mereka mesti bermain dengan satu sikap, iaitu mahu menang dan lawan mesti dihormati bukan ditakuti. Pemain Nepal bermain agak keras, kerana mereka menganggap tiada persahabatan dalam perlawanan persahabatan. Nak main bola, main betul-betul.

20 minit pertama separuh masa kedua, hanya ada satu serangan dari pasukan Malaysia, lainnya mereka bertahan apabila diasak oleh serangan Nepal dengan dibantu sorakan penyokong mereka. Jang perhatikan, apabila ada pemain memegang bola, mereka tidak cepat dibantu oleh kawan. Sebagai contoh, apabila bola dibawa oleh pemain sayap sebelah kiri, tiada pemain datang dekat untuk memberi bantuan. Maknanya, bila dah pass ke pemain sayap, tanggungjawab dia la nak cross ke tengah. Apa jadi pun, pemain sayap kene buat sendiri. Ini mengingatkan Jang pada satu perlawanan Harimau Muda C di padang Maybank Bangi yang Jang tulis dalam artikel http://www.ultrajang.com/malaysia-bawah-sedar/ kau kene baca artikel ini sebab pengisiannya sama dan masih relevan.

Selepas menyaksikan 2 perlawanan, Jang perhatikan tiada seorang pemain yang menonjol dalam pasukan Malaysia U22. Penting juga jika ada seorang pemain yang menonjol atau yang mampu mengubah permainan seperti Brendan Gan ketika Harimau Malaysia bertahan di Arab Saudi. Frank Bernhardt mesti lebih arif hal ini jika beliau mengambil contoh Lothar Matthaus semasa membawa pasukan Jerman Barat menjadi juara piala dunia 1990.

Selepas ini mereka akan berkumpul semula pada penghujung Mei untuk pertandingan empat penjuru, diantara bawah 22 Singapura, Thailand U22, Vietnam U22 dan jika Frank Bernhardt tidak melakukan sesuatu, Jang ngeri nak membayangkannya.

Tapi komen Frank Bernhardt ni Jang perati memang dah macam faham ‘budaya’ bolasepak kita je.

“Saya berpuas hati dengan persembahan para pemain yang menunjukkan semangat juang tinggi. Pada separuh masa kedua, beberapa pemain yang baru berusia 18 & 19 tahun turut berjaya bersaing untuk meraih keputusan seri”

Dari zaman Norizan Bakar jadi jurulatih membawa ke Ong Kim Swee…komen nak sepesennnn je. Geram Jang!

Kongsi artikel ini: