/Malaysian Super Six School Rugby 2016

Malaysian Super Six School Rugby 2016

Jang berkesempatan menonton beberapa perlawanan ragbi Malaysian Super Six School Rugby 2016 yang berakhir semalam. Seperti dijangka, edisi kali ini dijuarai oleh STAR Ipoh. Team mereka memang power! Jang tengok mereka main semasa membelasah SDAR Seremban hari tu, memang tak melawan SDAR.

Selepas itu bebudak SDAR bantai Jang kat twitter beramai-ramai kerana kutuk mereka. Jang bukan kutuk pun,tapi Jang bagi mereka semangat dari sudut sukar. Steady SDAR!

Malaysian Super Six ini disertai oleh 6 buah sekolah berasrama penuh yang power dan mempunyai tradisi bermain ragbi: STAR, SMSS, SEMASHUR, MCKK, SAS & SDAR. Jang puji usaha penganjur pertandingan ini. Ragbi adalah satu sukan yang tidak mendapat perhatian sangat dan tidak begitu popular berbanding bola sepak. Jika bola sepak yang popular itu pun miskin pembangunan dan usaha dari pihak berwajib, inkan pula ragbi. Sedap betul la pihak berwajib duduk kerusi berpusing di pejabat.

Jadi MSS ini memberi peluang kepada bakat ragbi sekolah untuk merasai pertandingan sebenar ragbi secara professional. Jika tidak, mereka hanya bermain di peringkat daerah dan negeri saja, jika kalah, tunggu tahun depan pulak. Berapa kali sangatlah mereka dapat bermain? Tak berbaloi dengan duit beli but dan baju. Jang puji juga Kementerian dan pihak sekolah yang membenarkan pasukan mereka mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Sikap sporting beginilah yang kita mahu. Jika kementerian dan sekolah tidak sporting, kesian kat bakat-bakat anak sekolah yang mungkin terpadam dek kerana birokrasi melampau. Tahniah kementerian dan semua sekolah yang terlibat!

Yelah! main waktu sekolah kot! Dari Ipoh naik bas ke Seremban, main petang, malam balik, esok sekolah. Mujur kerja rumah dah suruh junior buatkan. Berani junior nak melawan abang ragbi?

Ragbi adalah sukan lasak yang dimainkan oleh lelaki budiman. Walau keras mereka bergasak, tapi mereka tidak emosional dan bergaduh. Mental mereka kuat. Inilah semangat ragbi yang elok jika pemain bola kita tiru. Elemen ini sangat penting dipupuk kepada anak sekolah yang bermain ragbi.

Jang lihat sponsor untuk pertandingan ini juga bukan main hebat. Malaysian Airport Holdings Berhad, Bank Pembangunan Malaysia Berhad, IX Telecom, Boneybone Ventures, Kumpulan Ramly, Jakel, Global Forway, Gilbert dan Arwana Travel and Tours.

Jika 6 buah sekolah bertanding dalam sukan ragbi mampu menarik sponsor besar macam ini, maknanya apa? Maknanya penganjur serius ingin membangunkan sukan ragbi, punya passion yang tinggi ingin melihat pelajar sekolah diberi pendedahan dan masa bermain ragbi yang banyak, mesti ramai akan memberi sokongan. Jika tidak besar pun sumbangan mereka, tetapi bila ramai, maka jumlahnya jadi cukup.

Perlawanan akhir malam tadi diadakan di stadium UIA. Gila best! main waktu malam kat stadium kot! Gaya penyampaian hadiah macam World Cup tu! Untuk budak sekolah, ini sesuatu yang akan mereka ingat sampai ke hari reunion ketika berumur 50 tahun. Jang tau la, masa Jang sekolah dulu, kelas Jang buat trip ke Ulu Bendul kutip batu untuk hiasan taman, sampai sekarang kami masih berbual hal tu.

Nampak tak impaknya?

Tahniah penganjur, semua sekolah terlibat dan sponsors. Jumpa lagi tahun depan!