April 26, 2024

Malu dengan Kelantan

2 min read

Pasukan terbaru yang mengugut mahu keluar dari FAM adalah Kelantan FA.

Kalau kita senaraikan pasukan yang mahu keluar, kita mungkin sudah boleh buat liga kecil-kecilan yang bebas dari cengkaman FAM. Pasukan Terengganu, JDT, Kelantan dan semestinya diikuti oleh Singapura dan kita masukkan Brunei sekali. Mesti ada lagi pasukan atau kelab yang berminat untuk menyertai liga baru itu yang kita namakan FAMville.

Tapi kenapa kesemua pasukan ugut benda yang sama?  Adakah dengan keluar dari FAM akan melemahkan mereka dan menguntungkan persatuan dan penduduk negeri?

Tan Sri Annuar Musa kata, nak dapatkan dana RM1 pun susah, FAM senang-senang saja nak denda ratus ribu pada persatuan. Tapi kenapa Kelantan FA ambil Steve Darby dengan gaji yang mahal jika kedudukan kewangan mereka tidak kuat? Persatuan negeri lain pun sama, pemain import nak beri gaji mahal tapi takda duit. Kalau guna duit yang diperuntukkan untuk gaji import kepada pembangunan, rasanya dah boleh lahirkan seorang dua pemain/jurulatih tempatan yang baik.

Tapi itulah, hal macam ini nak kene tunggu orang putih datang bagitau, baru mereka nak dengar. Macam badminton, bila Misbun Sidek cakap dia lawan sebab Misbun ni jawa Banting. Kalau Morten Frost cakap, dia kompang.

Kesemua persatuan bolasepak negeri boleh saja berpakat dan melawan. Mereka kene tunjukkan semangat setiakawan bersama. Kalau satu persatuan kene, semua kene sama-sama melawan. Nak takut dana tak disalurkan oleh FAM pun tak guna sebab mereka bagi ciput saja. FAM dapat berjuta ‘derma’, tapi bagi ke persatuan sikit. Jumlah ‘derma’ yang FAM dapat pun mungkin ahli persatuan tak tahu. Tahu sokoooooooong aje bila ada mesyuarat.

Bila persatuan terlalu bergantung harap dana dari FAM, mereka bagai kene ikat. Macam lembu kene cucuk hidung, bila ditarik sakit, menarik pun sakit, jadi kene ikut sajalah. Akibatnya, masing-masing buat hal masing-masing. Jaga hidung sendiri.

Tapi, macam akar umbi juga, kebanyakan persatuan bola negeri ini bukanlah bersungguh sangat pun nak memajukan bolasepak mereka. Mereka adalah pekerja kerajaan. Masuk jam 8, balik jam 5, bila minum tak tengok jam. Kerja lebih sikit, mereka memberontak. Jang bukan main sebat, tapi Jang dah lihat sendiri dengan mata kepala Jang. Kebanyakan presiden pula nak jaga kerusi politik mereka dulu. Hal menang kalah pasukan bola mereka diserahkan kepada pengurus (dan kadang-kadang bookie). Hancur!

Tibalah masanya penyokong menentang ketidakadilan ini. Kita kene lawan. Sampai bila kita sewenangnya diperkotak katikkan oleh mereka, ditendang bagai bola, disepak keluar dan dibaling semula kedalam? Kita kene keluar memberontak!

Kita kene malu dengan Kelantan, walaupun kewangan dan pasukan mereka porak peranda, mereka berani melawan. Mereka berusaha cari dana sendiri dan setiap penderma yang menderma kepada pasukan akan diletakkan nama mereka pada jersi. Biarlah jersi serupa billboard bergerak asal telus dan tidak berahsia dengan rakyat tentang penderma.

Paling win, mereka pandai mengundi!

Fikir-fikirkan lah.

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.