/Maruah pasukan Negeri Sembilan dipijak-pijak!

Maruah pasukan Negeri Sembilan dipijak-pijak!

Sebagai Buapak Bola Sepak Beradat yang melantik diri sendiri sebagai Topboi alam semesta merangkap Abang Petir ganda 27, takkanlah Jang nak diam saja tentang bola sepak Negeri Sembilan, ye tak? Tapi kalau Jang memokak pasal bola Negeri Sembilan pun tak guna juga kalau ianya tak membawa ke mana. Lebih buruk, ada pulak yang tak puashati bilo Jang cubo nak menyampaikan sesuatu. Bukan PBNS yang tak puashati, tapi penyokong! Aduhaiii..

Melihat gambar kapten Negeri Sembilan sedang berseronok berlatih bersama pasukan barunya, Adelaide United di Australia membuat Jang tertanya-tanya; apa jenis kontrak yang diguna pakai di Negeri Sembilan ini? Kenapa Kapten Regan tidak menghabiskan hanya satu saja lagi perlawanan akhir bersama Negeri Sembilan? Sebelum ini, pemain import separuh masa kedua, Henrique juga berpindah ke kelab sama hanya selepas bermain beberapa perlawanan sahaja bersama Negeri Sembilan. Orang kata; kok datang berjemput, kok poie berhantar. Datang cara elok, diadakan sambutan majlis pengenalan, tak manis kalau dah selesai, berambus begitu saja. Apo adat eh Negeri Sembilan ni?

Kenapa maruah pasukan Negeri Sembilan dipijak-pijak? Kenapa tiada sebarang berita dari laman rasmi Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) tentang perpindahan pemain? Kenapa haram jadah sangat sehinggakan peminat mengetahui kemasukan Regan dan Henrique ke Adelaide United hanya melalui update mereka di twitter? Kapten Regan sekurang-kurangnya pergi dengan mengucapkan terima kasih (melalui twitter) kepada peminat dan menerangkan beliau berat hati untuk membuat keputusan. Ada dua sebab beliau kembali ke Australia; 1. Tidak diberikan kontrak baru oleh PBNS dan 2. Mahu dekat dengan isteri yang sarat mengandung. Fine! Peminat menerima dengan hati terbuka. Lepas tu apa? Ya, teruskan hidup seperti biasa sementara menunggu musim baru bermula – kekal di liga Perdana. Hero datang dan pergi tapi kami tetap disini, ye?

Kenapa begitu bangsat layanan diberikan kepada pemain dan peminat? Adakah selama ini mereka berhutang bola sepak dengan orang besar persatuan? Besarkah ketuanan bola sepak berpelembagaan, berundang, berluak dan bersuku-suku Negeri Sembilan sehinggakan anak buah boleh dipijak dan diludah? Bila nak pakai, datang gosok belakang mereka lalu diajar memangkah?

Mengikut kata bekas pemain Negeri Sembilan yang disingkirkan secara tidak beradat (beliau memberi maklumat melalui twitter- dang!) selepas tamat latihan dan coach Gary telah memuktamadkan senarai pemain utama untuk diturunkan, tiba-tiba beliau telah diarahkan oleh pihak pengurusan untuk menukar 7 pemain mengikut selera seseorang. Ini pelik! Bagaimana seseorang yang berpangkat besar dalam PBNS pula menentukan siapa boleh bermain dan siapa tidak? Siapa ‘seseorang’ itu? Adakah beliau begitu berkuasa dari Presiden? Adakah kerana beliau berkuasa kerana menjadi penaja? Kenapa beliau bertindak sedemikian? Adakah jika beliau masih ada dalam pengurusan pada musim depan, masalah yang sama akan terus berulang, berulang, berulang dan berUANG?

Kau fikirlah jawapannya. Kang Jang bagitau kene saman pulak. Kau bukan nak tolong bayarkan pun. Tapi kalau kau cari betul-betul, kejap saja kau akan jumpa jawapannya.

Sebenarnya seseorang atau PBNS atau sesiapa pun badan pengurusan boleh melakukan apa sahaja kerana mereka fikir mereka terlalu berkuasa. Berkuasa ini selalunya kerana mereka memakai kot, menghisap cerut di Coffee House hotel, duit berkepuk, ketawa kuat dan dibelakang mereka ada yang paling besar untuk berlindung – jenis membawa rebah. Kenapa mereka terus berkuasa?

Sebabnya mereka dibiarkan untuk terus berkuasa oleh penyokong! Penyokong tidak bertindak, tidak memprotes, tidak bersatu, tidak menggunakan laman sosial untuk menekan mereka. Kalau Jang pun ditempat beliau, Jang pun nak hisap cerut harga RM500 sambil minum wine. Kau ingat tak sedap?

Minta penyokong bersatu ini samalah susahnya dengan minta Malaysia bermain di pentas Piala Dunia. Orang kita cukup susah bersatu walau atas nama brotherhood! Apabila mereka nampak ada yang cuba kedepan, mereka mula mengcop orang itu topboi. Bagi Jang, Top Boy sangat perlu dan penting dalam pergerakan penyokong. Stigma Topboy ni gila glamer mesti dibuang. Takkan tak boleh jadi Top Boy? Takkan kau nak semua sama saja statusnya? Hanya perlu satu leader dan yang lain hanya perlu ikut bersorak mengikut skrip? Kalau ada yang boleh dan mahu kedepan, bagila sokongan, bukan dicop sebagai top boy.

Sempena 9 tahun pergerakan ultras Malaya ini, elok kalau stigma Topboy ini dibuang. Siapa boleh kedepan, kau sokong. Kata brotherhood?

Jang lain, Jang Abang Petir ganda 27. boom!