/Media lidah bercabang

Media lidah bercabang

Jang baca akhbar-akhbar tempatan masih lagi berlegar isu ultras, FAM dan sewaktu dengannya. Cuma ianya dah sampai peringkat mencari salah siapa dan mendapat komen serta ulasan  yang lebih kepada nak memanaskan suasana.

Tak lama dulu media juga yang angkat ultras, puji dan sebagainya. Panggil masuk radio dan adakan slot dalam akhbar.

Dulu lagi Jang dah tulis, jangan libatkan bolasepak dengan radio yang dj nya suka menjerit pagi-pagi serupa terlebih gula. Jangan libatkan bolasepak dengan dj yang buat muka lucu di bilboard sebesar alam kat Federal Highway. Jangan beri muka pada dj yang menjerit ‘wuhuuu’ macamlah jeritan dia itu lambang keceriaan.

Jang memang anti dengan radio yang dj nya juga adalah emcee majlis anugerah dan sibuk hal bola negara, padahal dulu haraaaaammmmmm nak pedulik. Tumpang glamer lebih.

Sekarang kau dengar radio yang puji ultras dulu, apa ulasan mereka?

Akhbar pun sama, nampak macam nak melaga-lagakan semua orang untuk tarik jualan. Mereka interview kuncu-kuncu KJ dan esoknya mereka colek pula kuncu-kuncu FAM. Lepas tu semua saling salah menyalahkan dan akhirnya kita semua bosan nak follow dan berita pun jadi senyap. Ini permainan lama yang digunapakai dalam semua jenis masalah.

Ini taktik yang dah sejuta kali pakai dan sejuta kali juga kita terpedaya. Tapi nak salahkan media 200% pun tak boleh. Sama macam bookie juga, berlaku dari peringkat Piala Hassan Malek sampai la ke Piala Dunia dan berulang sepanjang masa. Siapa kita nak salahkan?

Betul. Semua salah kecuali Jang.