/Melaka United 3-0 Negeri Sembilan (Match Day 3 Liga Super 2018)

Melaka United 3-0 Negeri Sembilan (Match Day 3 Liga Super 2018)

Den percayo ramai yang monung panjang, sugul, sifat amarah membuak-buak dan seribu macam perasaan yang bermain di dalam hati selepas pengadil perlawanan meniupkan wisel perlawanan malam tadi. Perjalanan pulang dari Stadium Hang Jebat yang kebiasaannya memakan maso satu jam untuk sampai ke Seremban terasa lebih lama dari biasa. Yang menyokong Manchester United seperti Kid dan Jang pula, osah double frustation eh. Tapi itulah, macam dah berjanji pula, pasukan yang hebat seperti Manchester United, Arsenal, JDT dan Negeri Sembilan tewas pada minggu ini.

 

Sebelum den mulakan review perlawanan malam tadi, suka den nak ucapkan tahniah kepada penyokong Negeri Sembilan yang turun ke stadium untuk bersama-sama memberi sokongan kepada pasukan kesayangan kita. Sanggup ketepikan Anugerah Juara Lagu demi Negeri Sembilan. Mengikut agakan den, dari enam ribu lebih penyokong yang hadir, kita menyumbang kira-kira 700 orang dari jumlah tersebut. Ni agakan den sahaja lah, letih pulak den nak kira satu satu jumlah kepala yang hadir malam tadi. Kau bayangkan lah, Negeri Sembilan lawan KL tempoh hari mencatat jumlah tujuh ribu orang dan untuk Naning Derby ni, enam ribu orang di Hang Jebat. Tang menyokong kita menang!

 

Berbalik kepada cerita atas padang malam tadi, tiada penyokong yang mahu melihat pasukan sendiri kalah lagi-lagi kepada pasukan jiran. Harapan semua orang tinggi untuk melihat kemenangan berjaya dibawa pulang tapi apakan daya, benda dah jadi. Dua gol di separuh masa pertama dan satu gol di separuh masa kedua membuatkan hati kita hancur berdoghai ghai ghai ghai. Dan sebelum kau anticipate yang Negeri Sembilan akan turun semula ke Liga Perdana musim depan hanya berdasarkan game malam tadi, elok kau dapatkan majalah Jang edisi 6/2018 dan hadamkan artikel ‘NEGERI SEMBILAN : Adakah sekadar pelengkap jadual Liga Super 2018’.

 

Melaka memperoleh gol pertama mereka selepas percubaan Gopinathan yang tepat menuju ke penjaga gol Saiful Amar Sudar berjaya ditepis, terkena palang, jatuh di depannya dan gagal ditangkap kemas sebelum Yahor Zubovich yang sebelum itu berada di dalam kedudukan OFFSIDE, menapak bola masuk ke dalam gawang. Sengaja den bold kan sebab bila Saiful dah buat mistake, tiada siapa persoalkan kedudukan Yahor Zubovich ni. Gol kedua juga menerusi Yahor Zubovich yang hanya perlu melutut bola tersebut setelah Saiful Amar gagal membaca bola sepakan sudut dengan baik. Den faham ramai yang geram dengan pemilihan Saiful Amar ni, den pun malas nak ulas sebab den dah buat comparison tiga penjaga gol Negeri Sembilan juga dalam majalah Jang edisi 6/2018.

 

Atas kertas, Negeri Sembilan turun dengan formasi 4-3-3 tapi den lebih suka cakap Negeri Sembilan bermain secara 4-1-4-1. Faizal Abu Bakar bermain deep down untuk membantu pertahanan dan Khairul Izuan di sebelah kiri dan Prak Mony Udom di kanan banyak bermain di side tepi menampakkan mereka seolah-olah pemain winger dan bukanlah wing forward yang akan bertukar-tukar tempat bersama Fakrul Aiman. Di separuh masa pertama, Flavio dan Kim lebih banyak bermain di kawasan tengah dan tidak cuba untuk masuk ke kawasan middle third. Melihat kepada cara Fakrul Aiman stop ball, memang sesuai untuk dijadikan target man tetapi beringatlah, Fakrul Aiman bukan Dickson Nwaekame mahupun Zaquan Adha pada zaman kemuncak 2007 dahulu yang boleh gelecek bola sorang-sorang tanpa support  dari tepi dan belakang. Secara jujur, beberapa kali den menguap untuk tiga puluh minit yang pertama sebelum Zubovich membuatkan stadium bergema.

 

Bermula separuh masa kedua, Jorg pantas memasukkan Kaharudin dan Aroon Kumar untuk menggantikan Saiful Amar dan Noor Hazrul. Dan di separuh masa kedua ini, barulah nampak ada sedikit urgencies dilakukan oleh pemain Negeri Sembilan. Mungkin setelah mendapat kata dua dari Jorg di bilik persalinan tetapi bagi den, benda ni patut dilakukan lebih awal dan bukannya menunggu coach memberi arahan. Dah kira rugi rm7.50 den sebab takde benda menarik nak disaksikan di separuh masa pertama. Kemasukan Aroon Kumar juga menghidupkan bahagian kanan Negeri Sembilan membuatkan den terfikir satu soalan, Prak Mony Udom ni memerlukan support dari pemain right back ke? Apa yang den nampak Aroon banyak naik ke atas berbanding Hazrul dan barulah Negeri Sembilan boleh bermain di sebelah kanan. Sudah tiga game Udom tidak memberikan impak dan jika setiap masa memerlukan support pemain pertahanan untuk melakukan serangan, eloklah kiranya jika Jorg mempertimbangkan untuk meletakkan Khairul Anuar semula.

 

Memasukkan Thanabalan dan menggantikan Rizal Fahmi Rosid membuatkan Negeri Sembilan mempunyai pertukaran formasi pada minit ke-65. Sama ada 3-5-2 ataupun 4-4-2 untuk membolehkan Thana bergandingan dengan Fakrul Aiman di hadapan. Dan Jorg memilih 4-4-2 dengan meletakkan Faizal Abu Bakar sebagai centre back dan di sini, Jorg perlu melihat semula peranan pair Faizal di sebelah kiri iaitu Aizulrizwan. Banyak kali sebenarnya Aizulrizwan lambat untuk kembali ke posisi setelah melakukan overlapping untuk menutup ruang kawasannya dan isu itu tidak timbul sebelum ini kerana pemain centre back berjaya memberi cover yang baik. Tetapi lihatlah bagaimana Faizal yang bukanlah pure centre back ditewaskan dengan mudah setelah Aizul hilang dari posisi dan membolehkan Melaka memperoleh gol ketiga.

 

Di penghujung perlawanan, ada satu perkara yang den tidak faham setelah melihat Farderin Kadir bertungkus-lumus mengejar bola dari pertahanan Negeri Sembilan yang bermain secara tiga segi di keliling Farderin. Pasukan anda sedang ketinggalan tiga kosong dan anda bermain seolah-olah anda sedang mendahului. Bersahaja menghantar bola sesama rakan dan yang musibatnya, bola tu terlepas dan permainan dikawal semula oleh Melaka selepas itu.

 

Secara keseluruhan, Melaka memang pasukan yang lebih baik malam tadi and they deserve to win. Mereka menyempurnakan setiap peluang shot on target untuk menghasilkan gol. Selain bermain secara compact untuk mengurangkan kawalan bola pemain Negeri Sembilan, pemain sendiri menjemput agar Melaka menguasai perlawanan. Pemain-pemain yang agak statik memudahkan kerja pemain Melaka untuk menyekat gerakan mereka. Sukar sebenarnya untuk mengawal permainan jika pemain tidak banyak bergerak dalam keadaan yang agak padat. Pandangan peribadi den, best player untuk Negeri Sembilan malam tadi den anugerahkan kepada Rodes. Beberapa important blocking dan clearance ball yang baik sedikit sebanyak melegakan barisan pertahanan Negeri Sembilan.

 

Perlawanan ini seharusnya dijadikan satu muhasabah diri kepada barisan kejurulatihan dan para pemain. Sebagaimana kita menghukum kealpaan barisan pertahanan Kuala Lumpur dalam perlawanan lalu, Melaka menghukum satu pasukan pada perlawanan malam tadi. Jika keserasian pemain masih diperkatakan selepas tiga perlawanan, perlawanan ke berapa boleh kita lihat keserasian itu wujud? Dengan rehat dua minggu sebelum menentang Terengganu, gunakan masa tersebut untuk memperbaiki aspek yang dirasakan perlu di dalam pasukan. Pastikan musim ini kita tidak kalah di Paroi!

 

P/S : Saiful Amar jangan koyak bona main media sosial tu.

 

Kredit Foto : Team N9FC

Kongsi artikel ini: