/Merah Kuning Darah Selangorku!

Merah Kuning Darah Selangorku!

Mika Rot mengimbau kenangannya bersama Selangor secara tiba-tiba selepas Selangor layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia. Jang betul-betul ingat dia budak KL! Jum kita baca memori beliau bersama Selangor.

Ada perkara yang tak sedap bila berbicara mengenai hal bola Malaysia. Salah satunya hak penyiaran rasmi Piala Malaysia yang dipegang oleh salah satu badan swasta. Orang nak tengok bola bukannya nyanyian ‘template’ persis lagu-lagu dari seberang.

Aku teringat sekitar beberapa tahun lepas, aku pernah bekerja disebuah kilang pembuatan kereta di Selangor. Bangun pagi menghadap trafik jam dan tol gergasi, jika dikira dengan ilmu kali-kali yang aku pernah pelajari waktu sekolah dahulu dah boleh menyebabkan aku membayar down payment sebuah kereta buatan Itali ataupun Jerman tapi aku tak berbuat demikian disebabkan rasa cinta aku terhadap negeri Selangor dan kereta buatan tangan hasil anak jati Selangor (Kereta buatan Malaysia sebenarnya walaupun kebanyakkan ramai anak jati Selangor yang menyumbangkan tenaga tulang empat kerat berkerja di kilang tersebut)

Persetan dengan memori aku itu. Bukan senang melihat Gergasi Merah mara ke final Piala Malaysia dan nampaknya misi 33 bukan sembarangan punya misi. YB Azmin Ali kali ini mesti tersenyum lebar.

Pahang sebenarnya bukanlah lawan sebenar buat Gergasi Merah dipentas separuh akhir Piala Malaysia. Kegagalan Pahang untuk melayakkan diri ke pentas akhir sebenarnya sudah terjawab pada aksi 90 minit di Stadium Darul Makmur pada minggu lepas. Zainal Abidin Hassan mungkin dah tahu rahsia itu.

Senang cakap, Pahang main tak power dan satu-satunya yang power dan aku suka mengenai Pahang adalah disebabkan adanya Bandar Temerloh, lubuk ikan patin sebenarnya. Engkau boleh tanyakan sendiri dengan Dickson Nwakaeme, betapa taksubnya dia dengan ikan patin.

Selangor mara ke final Piala Malaysia kali ini sudah cukup menggembirakan rakan-rakan seperjuangan aku semasa berkerja di kilang kereta dulu, aku harap ketua majikan kitaorang dulu boleh memberi sedikit bonus tambahan gaji misalnya. Kemaraan Selangor ke final Piala Malaysia juga membuktikan bahawasanya Selangor adalah pasukan paling power dalam sejarah bola sepak Malaysia. Tiada kompromi!