Momen Kebangkitan Dalam Liga Malaysia – Negeri Sembilan

Memang perkara biasa kita dengar orang bercakap, bola itu bulat. Selagi wisel penamat belum ditiupkan pegawai bertugas, macam-macam benda yang boleh berlaku. Game yang kita ingat sesebuah team akan menang berdasarkan keputusan semasa, boleh bertukar kepada kekalahan dan sebaliknya. Ditambah dengan aksi yang dipersembahkan para pemain, itulah antara scene yang akan menaikkan adrenalin para penyokong, yang akan membuatkan peminat bola sepak mengalirkan air mata dek sebuah perlawanan.

Dalam musim PKP ni, den mengambil sedikit masa membaca buku ‘The League Doesn’t Lie’. Dalam buku ini ada mencatatkan sepuluh perlawanan yang dianggap Best Comeback. Perlu diingat, buku ini bukanlah satu fakta yang dikeluarkan oleh FIFA tetapi berdasarkan diskusi dan pandangan yang diambil kira dari peminat bola sepak di England dan buku ini diterbitkan pada tahun 2012. Jadi, maaf Liverpool, game Barca vs Liverpool takde dalam list ni.

  1. Charlton vs Huddersfield, 1957
  2. Arsenal vs Newcastle, 2011
  3. Everton vs Southampton, 2003
  4. Arsenal vs Spurs, 2008
  5. France vs England, Euro 2004
  6. Mansfield vs Bristol City, 2002
  7. Tranmere vs Southampton, 2001
  8. Manchester United vs Bayern Munich, 1999
  9. Manchester City vs QPR, 2012
  10. Liverpool vs AC Milan, 2005

Jadi, den nak menyenaraikan empat momen perlawanan dan aksi menarik yang membabitkan pasukan Negeri Sembilan yang den akan ingat sampai bilo-bilo. Nak list banyak-banyak tak mampu, sebab lahir pun dalam tahun 90.

Negeri Sembilan vs Selangor, 2005
Tahun kedua perkenalan Liga Super dan Liga Premier dan ketika itu Liga Premier masih terbahagi kepada dua. Selangor dan Negeri Sembilan masing-masing menjuarai kumpulan dan telah layak ke Liga Super. Perlawanan ini untuk menentukan siapa yang akan menjuarai Liga Premier dan Stadium Tuanku Abdul Rahman dipilih sebagai venue perlawanan. Negeri Sembilan tewas 4-2 selepas masa tambahan walaupun mendahului 2-0. Serangan bertali-arus dilancarkan sepanjang 90 minit perlawanan, namun kegagalan mengekalkan kedudukan membolehkan Selangor menyamakan kedudukan dan ketika extra time¸ jelas pemain Negeri Sembilan keletihan dan memudahkan Selangor menambah dua lagi gol. Oh tapi takpe, next season tu Negeri Sembilan juara Liga Super!

Kedah vs Negeri Sembilan, 2010 Final Piala FA yang mahu dilupakan pasukan dan penyokong Kedah terutamanya penjaga gol Helmi Eliza. Jujur untuk diperkatakan, untuk perlawanan ini peminat bola sepak lebih mengingati detik penentuan sepakan penalti berbanding aksi 120 minit. Dengan kedua-dua pasukan terikat 1-1, kegagalan Zaquan Adha menyempurnakan sepakan penalti pertama seolah-olah memberi petanda buruk kepada Negeri Sembilan. Menuju sepakan keenam, rembatan Asyraf al-Jafri meliar dan ketika itu Kedah hanya perlu menjaringkan gol untuk mengesahkan kemenangan. Ketika ramai penyokong Negeri Sembilan sudah mengangkat bontot meninggalkan tempat duduk, Helmi Eliza memberi isyarat kepada rakan-rakan untuk mengambil sepakan penalti dan sepakannya turut meliar! Rezal Zambery seterusnya merembat bola masuk dan Sani Anuar Kamsani menggagalkan sepakan Sabree Abu untuk Negeri Sembilan menjuarai Piala FA 2010!

Johor FC vs Negeri Sembilan, 2010
Perlawanan ini mungkin tidak diingati ramai kerana ia bukanlah perlawanan final malah tidak ditayangkan di televisyen tetapi den yakin yang hadir ke Stadium Pasir Gudang tidak akan melupakannya. Ia adalah perlawanan semi final Piala Malaysia 2010 dan satu lagi semi final lebih menjadi tumpuan. Selaku juara Piala FA, Negeri Sembilan dikejutkan Johor FC di Paroi 0-1 dan perlu mencari kemenangan di Pasir Gudang. Den pun sebenarnya tak pergi pun Pasir Gudang dan sekadar menonton berita sukan keesokkanya tetapi feeling melihat video tandukan Shukor Adan yang disahkan pengadil sebagai jaringan gol dan shot kamera ke arah penyokong Negeri Sembilan yang meraikan kemenangan di sebalik pagar stadium, sukar untuk dilupakan.

Negeri Sembilan vs Terengganu, 2011
Setelah tiga kali dalam tempoh dua tahun ke Bukit Jalil, Negeri Sembilan sekali lagi mara ke final tetapi berbeza untuk kali ini, final Piala Malaysia 2011 diadakan di Stadium Shah Alam. Malah, ini adalah antara detik-detik awal tiket final tempat duduk biasa dikenakan harga yang pricy dan terdapat gerakan boikot perlawanan diadakan. Kedua-dua pasukan memberikan aksi yang menghiburkan namun tiada sebarang gol dihasilkan pada separuh masa pertama. Di separuh masa kedua, Terengganu mendapat peluang melakukan serangan balas dan duo Terengganu ketika itu, Ashari Samsudin dan Abdul Manaf Mamat bekerjasama dalam menghasilkan gol pendahuluan. Negeri Sembilan seterusnya cuba mencari jaringan penyamaan dan dilihat seolah-olah tiada harapan lagi kerana kesukaran melepasi benteng pertahanan Terengganu. Namun, kesilapan Sharbinee Alawi yang gagal menangkap bola sepakan S. Kunanlan kembali menggembirakan penyokong Negeri Sembilan sebelum Hairudin Omar memastikan kemenangan dengan gol cantik untuk Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia 2011.

*Ini adalah sekadar pandangan peribadi dan pilihan perlawanan menjurus kepada pasukan Negeri Sembilan sebab dah tontu mostly momen pasal Negeri Sembilan yo yang den ingat.

Kredit gambar : FB Kelab E-Penyokong Bola Sepak Negeri Sembilan (N9Futbol.com)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *