/Moneyball: Satu Kejayaan Atau Satu Kegagalan?

Moneyball: Satu Kejayaan Atau Satu Kegagalan?

Jika kita lihat apa-apa sukan yang mempunyai kelab. Tidak kira bola sepak, ragbi, besbol mahupun lumba kereta. Lazimnya kelab yang mempunyai kewangan yang kukuh, mempunyai peluang tinggi untuk menjadi juara. Ini adalah fakta dan tiada siapa yang dapat menyangkal kenyataan ini.

Sepuluh kelab bola sepak terkaya di Eropah selalunya akan berada di empat teratas liga masing-masing. Real Madrid dan Barcelona di Sepanyol, Manchester City dan Chelsea di England, mahupun PSG di Perancis. Mereka sentiasa menjuarai liga masing-masing dan juga yang paling penting konsisten. Ini mengakibatkan kelab-kelab yang terhad kewangannya, terpaksa menggunakan alternatif lain untuk bersaing. Sebagai contoh Arsenal menggunakan khidmat pemain-pemain muda yang murah gajinya untuk kekal memberi saingan liga. Walaupun tidak menjadi juara, Arsene Wenger berjaya mengekalkan mereka dikalangan top four secara konsisten pada tiap-tiap season. Ada juga yang mencuba cara lain dengan meniru kejayaan sukan yang berbeza seperti konsep Moneyball dalam sukan besbol.

Lahirnya Konsep Moneyball

Pada tahun 2002, Oakland A’s menghadapi masalah untuk mengekalkan pemain-pemain utama mereka. Billy Beane, General Manager untuk Oakland A’s telah membuat sesuatu yang berani dengan menggunakan konsep sabermetrics untuk memilih pemain-pemain baru mereka. Ianya lebih cermat dan bukan bersifat ortodoks pada pandangan pengurus dan jurulatih yang lain.

Sabermetrics dalam bahasa yang mudah ialah menggunakan kajian statistik bagi membantu pihak pengurusan membuat keputusan. Contohnya Ajax FC memerlukan pemain yang baru berdasarkan taktik mereka yang banyak menggunakan wing dan crosses. Jadi penganalisa mereka akan memberikan lima pemain terbaik yang mempunyai ciri-ciri laju, hantaran lintang yang tepat berdasarkan peratusan dan yang paling penting harganya masih tidak melebihi peruntukan. Analisa ini semua dilakukan dengn menggunakan statistik. Pihak pengurusan akan memilih di antara lima permain tersebut untuk menjadi pemain baru.

Konsep Moneyball ini ternyata telah membuahkan hasil pada Oakland A’s dengan mereka berjaya memenangi beberapa siri kejuaraan walaupun dengan bajet yang terhad. Sukan besbol telah dibuktikan. Tapi bagaimana pula dengan bola sepak? Sesuaikah konsep Moneyball ni?

Moneyball Pada Bola Sepak

Billy Beane telah berhasrat untuk menggunakan konsep beliau ini pada sukan bola sepak. Beliau mengatakan Arsenal dengan pimpinan Arsene Wenger mampu untuk menjadi pemacu kepada revolusi ini. Bagaimanapun, Liverpool FC terlebih dahulu yang mendahuluinya. Ini kerana, pemilik Liverpool FC sekarang John Henry adalah peminat konsep Moneyball dan cuba memikat Billy Beane untuk menggalas Red Sox kelab besbol miliknya sejak dahulu lagi. Konsep ini juga dipelopori oleh seorang scout yang terkenal dikalangan peminat Arsenal, Spurs dan Liverpool. Damien Commoli.

Damien telah membeli beberapa pemain hasil daripada kajian statistiknya. Andy Carroll dan José Enrique adalah antara pemain yang menjadi ’mangsa’ hasil konsep pembelian menggunakan statistik ini. Pada mulanya semua orang begitu teruja dengan pembelian-pembelian beliau. Malangnya pembelian daripada beliau nampak lebih kepada merugikan dan jodoh beliau dengan Liverpool tidak tahan lama.

Abang tidak dapat membuat kepastian adakah konsep Moneyball ini masih diaplikasikan di Liverpool selepas pemecatan Damien Commoli. Kemungkinannya ya, dengan orang yang berbeza. Tapi yang pastinya Damien telah meneruskan usahanya di kelab Stoke FC selepas Liverpool FC.

Berkesankah Konsep Moneyball Ini?

Jika ditanya abang Tom, tidak! Bola sepak adalah sukan yang dimainkan dengan semangat dan dimaniskan dengan bakat dan usaha. Semua ini tidak dapat diukur dengan nombor. Ya, statistik membantu pengurus dan kakitangan untuk membuat keputusan. Namun ianya bukan faktor utama kejayaan sesebuah kelab bola sepak. Tambahan pula kebanyakan pembelian-pembelian Damien tidak mendatangkan hasil.
Mungkin ada yang akan menyangkal pendapat abang Tom ini dengan berkata konsep Moneyball masih awal untuk diketepikan pada arena bola sepak. Tapi konsep ini sepatutnya memberi impak dengan cepat seperti yang telah berlaku pada Oakland A’s. Jika ianya sesuai dan kelab-kelab di Eropah sudah pasti lebih berhati-hati bila membuat pembelian. Kita lihat sahaja Man City membeli John Stones dan Barcelona membeli Ousmane Dembele tanpa memikirkan isu wang langsung.

Malahan pembelian yang mahal ini kebanyakan memberi pulangan yang lebih bagus pada akhirnya dan sekaligus menenggelamkan konsep Moneyball ini di persada bola sepak. Mungkin kelab Az Alkmaar yang sekarang ini yang masih menggunakan konsep Moneyball dapat merealisasikan impian Billy Beane untuk melihat Moneyball berjaya di arena bola sepak. Komen abang? Doubt.

 

P/S: Kelab-kelab bola sepak dekat Malaysia tak nak try ke dengan Moneyball ni?

Tom Bombadil – Oakland Alameda Coliseum, USA

 

Source Picture:

Seth Reese

Kongsi artikel ini: