April 19, 2024

Murtad Liverpool Lalu Memeluk Fahaman Ultras: Satu Sinopsis

3 min read

Berita kedatangan Liverpool untuk sesi perlawanan pemanas badan bersama pasukan Harimau Malaya betul-betul menaikkan darah Ujang, kepala ultras Nogori. Bukan FAM tak tahu, pasukan Harimau Malaya akan menentang Singapura dalam satu perlawanan penting kelayakan Piala Dunia minggu hadapannya, tapi demi kepuasan penganjur dan poket pihak tertentu, kaki pemain Harimau Malaya dijadikan gadaian. Ujang, Mat Jin dan Black bersama komrad ultras Nogori nekad untuk mensabotaj perlawanan tersebut. Mereka merancang untuk membaling 40 flares dan bom asap kedalam padang! Sementara itu, Zharif, seorang fanatik Liverpool memandang sinis liga bola sepak tempatan dan kelompok ultras yang menyanyi di teres stadium. Bagi dia, bola sepak tempatan terlalu buruk, korupsi dan melucukan.

Berjayakah rancangan Ujang dan ultras Nogori dalam misi mereka mensabotaj perlawanan sarkis tersebut? Bagaimanakah Zharif diinsafkan oleh Ujang dan Mat Jin lalu membakar kesemua barangan Liverpoolnya dan memeluk fahaman ultras? Kono la baco buku Jang untuk tahu kemelut dan kesudahan drama epik bola sepak kita!

Teaser 1

Ujang diam tak memberi reaksi. Ayat “kau tau” yang dari tadi keluar dari mulut Zharif tu semakin menambahkan geramnya. Macam la dia tau semua benda atau macam la aku ni tak tau apa-apa.
Brian Clough kata dia boleh melatih sekumpulan monyet untuk tendang bola sekuat hati atau setinggi yang boleh, kemudian kejar bola tu, pastu dia akan hantar monyet tu semua ke sarkis, hah! Sama la teknik pemain bola kita ni main, macam monyet jugak! Monyet sarkis! Kahkahkah.”

Zharif ketawa kuat. Dia betul-betul puashati!

Teaser 2

Mereka akhirnya menuju ke Wazer Maju, sebuah kedai mamak tempat Zharif selalu menonton perlawanan bola sepak EPL melibatkan pasukan kesayangannya, Liverpool. Inilah ‘home’ inilah ‘away’. Al Wazer Maju – The Pride of Anfield nama jolokan yang diberi oleh kawan-kawan Liverpool Zharif.

“Pa dah beli tiket game Liverpool bulan lapan nanti?”

Aisyah memulakan bicara sebaik mamak selesai mengambil pesanan. Dia setuju juga makan di sini setelah memberi syarat Zharif mesti duduk di posisi membelakangkan TV. Zharif ikut sajalah kehendak kekasih hatinya itu. Janji cepat dapat keputusan di mana mahu makan.

Tunggu!

Buku Murtad Liverpool Lalu Memeluk Fahaman Ultras ini Jang tulis dari tahun 2013 sehingga April 2016. Ianya sebuah novella yang diinspirasikan dari kejadian sebenar. Dinspirasikan! makno eh, bondo tu kejadian sebenar tetapi Jang ejas jadi sesedap hati Jang. Kene kasi faham benda ini, takut nanti ada yang masih tak mahu faham, macam Ola Bola. Secara peribadi buku ini tidak berniat menghina sesiapa, walau apapun taraf kehidupan serta pegangan bola sepak mereka. Jika masih juga terasa, maka eloklah kadar kesensitifan itu dikaji semula.

Matlamat buku ini mudah, sama macam matlamat page dan website UltraJang, iaitu untuk menaikkan semangat mencintai bola sepak tempatan melebihi liga luar. Simple.

Buku ini akan dilancarkan (bak roket yang membawa Neil Armstrong ke angkasa, lalu beliau menjadi lelaki pertama menjejakkan kaki ke bulan dan ‘dikatakan’ mendengar laungan Azan, lalu memeluk Islam) pada Ahad ini jam 2.30 petang di Kuala Lumpur Arts & Books yang berlangsung di Publika. Semua dijemput hadir, mungkin Jang akan bercakap sedikit dan mungkin boleh bersoal jawab. Pembelian secara online pula bermula selepas Sahur, Ramadhan yang pertama.

Buku ini wajib dimiliki oleh semua peminat bola sepak, tidak kira apa pasukan kesayangan mereka. Jika kau United, kau akan enjoy dengan buku ini. Jika kau peminat biasa, kau akan bersemangat dan memahami apa itu ultras. Jika kau Liverpool, oh tuhanku! kau kene beli atau pinjam atau curi, tak kisah, janji kau kene baca! Jika kau ultras, dan kau buat tak tahu saja…maka apa yang Zharif katakan pasal korang adalah benar. Pendek kata, jika kau pernah bersekolah dan tahu membaca, maka kau kene beli.

Jumpa di Publika!

0Shares

2 thoughts on “Murtad Liverpool Lalu Memeluk Fahaman Ultras: Satu Sinopsis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.