/Na na na nana…Ganu kiter!

Na na na nana…Ganu kiter!

Jang dengar sekarang memang musim mencandat Sotong di Terengganu. Mencandat ni adalah satu teknik ‘memperdayakan’ sotong menggunakan umpan tiruan khas. Sotong akan tertarik dengan cahaya lampu yang dipasang di tepi bot. Umpan dibaling dan ditarik perlahan di dilepaskan dan ditarik semula (macam casting sikit la kot?) Ah! nanti Jang tanya Saleem lah.

Sotong ni ada banyak jenis. Jang baca diinternet, Sotong Torak la paling best dan besar serta banyak sekarang ini.

 

Kalau kita lihat gambar yang Jang sertakan diatas tu, cuba Mung lihat gambar D dan bayangkan pemancing itu sebagai penjaga garisan, 4 ekor Sardin yang dijadikan umpan sebagai bola atau gol sementara sotong pertama sebagai pemain Ganu dan sotong kedua yang kebelakang sikit sebagai pemain LionsXII. Sotong pertama dianggap berada didalam kedudukan offside apabila dia meng’ngap’ ikan sardin itu sebab mengikut pandangan penjaga garisan, kedudukan dia lebih kehadapan dari sotong kedua.

Jadi sebagai penjaga garisan (atau pemancing) semestinya dia akan mengangkat bendera (atau batang kailnya)

Jang susah payah ejas cerita candat sotong ni untuk kasi Mung semua faham dan tenangkan diri. Kalau Presiden Mung nak tarik diri juga, minta dia pergi mencandat sotong dulu dan fikirkan kembali. Insyallah, teknik mencandat ini akan menenangkan beliau kembali.

Takkan Rahman Dagu sebagai jurulatih pun sama tak tau undeng-undeng offside? Mustahil!

Jangan sampai Saleem tukar seluar pendek dan mula timang bola.