/Naik darah Roy Keane aku!

Naik darah Roy Keane aku!

Michael Carrick bukan seorang pemain tengah yang baik. Entah kenapa Sir Alex Ferguson selalu memujinya dan mengatakan beliau adalah pemain tengah terbaik England. Aku tak setuju langsung.

Cuba perhatikan betul-betul gaya permainan beliau, kalau setakat ketepatan passing atau statistik membuat hantaran, semua pemain boleh membuat hantaran. Sesekali Rooney juga membuat hantaran jauh yang tepat dan luarbiasa, begitu juga Juan Mata. Hanya sekali ketika bulan mengambang penuh, Carrick membuat hantaran cantik (bukan luarbiasa seperti Rooney). Kebanyakan hantaran beliau pendek, satu arah, panik, play safe-tidak mahu bola berada di kakinya, hantaran ke belakang dan menghantar semula bola kepada pemain yang memberinya tadi. Selepas itu dia akan menunjukkan jari, memberi arahan kepada pemain kemana bola harus di hantar. Kalau statistik selepas permainan mengatakan Carrick membuat 800 hantaran dan 100% tepat, percayalah, hanya 1 saja yang luarbiasa. Lain tu, De Gea pun boleh lakukan dari dalam kotak penalti kepada Smalling.

…dan bolasepak bukan matematik! Pedulilah dengan statistik semua. Ianya masih lagi tentang kekerasan ketika merampas bola diselangi dengan kreativiti dan kesenian dalam membuat hantaran.

Cuba lihat semasa bola di kaki lawan dan pasukan lawan sedang menyerang, belum sekali Carrick cuba merampas bola di kaki lawan sebaliknya hanya mengikut dan memerhati.

Dalam kotak penalti semasa bertahan? Hancur! Bagaimana boleh berharap pada pemain yang tak mahu merampas bola dari kaki lawan untuk bertahan?

Dia lemah.

Lembik.

Spirit nak menang takda.

Pemerhatian ini aku lakukan dan perhatikan semenjak dia bersama Spurs lagi. Sir Alex mengumumkan pembelian beliau sebagai bakal pengganti Roy Keane, dan di situlah kesialan bermula. Kalau Roy Keane, dia takkan benarkan pemain lawan, walau bagaimana besar pun, menguasai bahagian tengah. Tackle-takle yang dilakukan memang ‘high risk’. Dia takkan benarkan pemain-pemainnya di provoke (Neville vs Viera). Main sampai koyak baju dan kumpul kad merah lebih dari kuning.

Carrick dapat juga la kad kuning… sebab ‘time wasting’.

Memang membazir masa la Carrick ni!