/Nama panjang Francis Forkey Doe. Nama pendek; Doe!

Nama panjang Francis Forkey Doe. Nama pendek; Doe!

Walaupun NS Matrik hanya mampu seri 2-2 dengan UITM FC di stadium Paroi semalam tapi ada sedikit perubahan yang Jang rasa cukup lama Jang impikan dalam bolasepak beradat.

Francis Forkey Doe, ayam tambatan berbiso Nismilan telah diangkat menjadi kapten pasukan menggantikan Reezal Zambery, yang turut sama bermain dalam kesebelasan utama. Jang perhatikan Doe memang layak menjadi kapten. Dia ada ciri-ciri yang Jang suko untuk menjadi ketua sebuah pasukan bolasepak. Mulut kene bising dan suara kene kuat dan tegas. Forkey Doe memang garang, dia tak boleh lihat pemainnya melakukan kesilapan terutama kalau membuat hantaran yang mengarut.  Ini sangat penting supaya pemain akan terus alert dan berpijak dibumi nyata. Takda la tidur je.

Bukan setakat bermulut bising dengan pemain sendiri, Doe juga sangat berkira dengan pengadil perlawanan dan penjaga garisan. Dia sentiasa mempertikai dan melakukan provokasi terhadap keputusan pengadil atau penjaga garisan yang dirasakannya tidak tepat. Ini juga perlu ada pada seorang ketua pasukan. Apa yang Doe buat malam tadi langsung tidak pernah dibuat oleh kapten terdahulu iaitu Reezal Zambery dalam seumur hidupnya sebagai pemain bola.

Jang juga suka corak permainan Nismilan malam tadi yang banyak membuat hantaran lintang kedalam kotak penalti, cuba mencari gol penyamaan setelah ketinggalan 0-2. Beberapa pemain juga sudah berani bermain seperti seorang pemain bolasepak tetapi bukanlah sampai tahap bagus. Mereka masih jauh dari bagus, cuma lebih baik dari gaya setan dalam perlawanan lepas.

Sepatutnya Nismilan mampu menjaringkan banyak gol. 2 percubaan Doe selepas membuat turning cantik telah terkena tiang gol dan satu diselamatkan penjaga gawang UITM dIhatiku. Ada sekali Doe sepatutnya membuat percubaan tetapi dia buat perangai pulak kejap gentel kekiri,kejap kanan, pastu kiri balik pastu bola hilang. Memang sawan penonton dibuatnya!

Berjaya merapatkan kedudukan menjadi 2-2 ketika masa permainan tinggal lagi 5 minit juga membuatkan penonton ghairah mengharapkan gol kemenangan muncul. Walau sehingga wisel penamat ditiupkan tanpa sebarang gol kemenangan, tetapi rasa puas melihat aksi Nismilan bermain dengan bersungguh itu membuatkan penonton merasa berbaloi datang ke stadium malam itu.

Kelemahan paling jelas pula ialah apabila semua pemain turun bertahan mereka cukup lembab nak naik semula keatas melakukan serangan balas. Serupa setan berjalan ramai-ramai naik ketengah padang macam kat bazaar Remdan. Yang buat lebih parah, K. Devan cukup berat punggung nak bangun dan maki pemain suruh naik cepat. Dia asyik komplen kat member yang duduk sebelah dia di bangku simpanan. Bukan jantan tu yang main la, tu kat dalam tu pegi jerit!

Apapun, ultras uitm fc memang Jang puji. Comel je!