Naturalisasi | Bak Menarik Uban Dalam Janggut

Assalammualaikum wbt, salam sejahtera, salam satu Malaysia Alep ucapkan pada semua. Mungkin ada yang tertanya tanya kemana hilangnya Alep (Tiber) tapi bukan itu yang Alep nak sembangkan hari ini. Alep sebenarnya lebih tertarik nak bahaskan mengenai (dan kau orang semua dijemput untuk setuju atau bangkang) isu naturalisasi pasukan kebangsaan kita. Ya lah, masing masing dah teruja nak tengok lagenda korang Liridon dan De Paula dalam Harimau Malaya kan? Lagi lagi sekarang bila Harry Edge sudah pun sudi sudi menawarkan khidmat untuk bermain bersama Malaysia dan Marcel Kalonda pun sudah dirisik untuk menjadi nama baru atas kad pengenalan biru kita.

Soalnya, berbaloi atau tidak kita nak naturalisasikan mereka semua ni? Let me take y’all on a little trip down memory lane. Tahukah kalian sebelum Jepun menjadi gergasi Asia yang kita ketahui ketika ini, mereka juga sudah menggunakan khidmat pemain naturalisasi sejak tahun 1970? Ya, Jepun yang kita puji sebagai contoh terbaik melahirkan anak watan berkualiti dalam sukan bola sepak (adalah sikit sikit pemain kacukan) pun guna pemain naturalisasi, “Daishiro Nelson Yoshimura”, anak Jepun kelahiran Brazil (yang tiada darah Jepun pun)  merupakan pemain naturalisasi pertama dalam skuad Samurai Biru.

Apa maknanya tu? Maknanya Jepun sudah pun 50 tahun dihadapan kita dalam hal naturalisasi ni. Nelson, Alessandro Santos, Marcus Tulio Tanaka, Sergio Escudero, and the list goes on. Tapi kenapa kita langsung tidak tahu atau kurang jelas mengenai perkara ini? Simple, semangat kamikaze orang Jepun dan patriotisme yang tinggi menyebabkan mereka lebih memandang tinggi anak anak tempatan. Bukanlah mereka tak hargai pemain naturalisasi ni, cuma mereka berasa lebih bangga melihat anak anak lokal menyarung jersi negara bersaing di pentas tertinggi. Pemain Jepun ini juga mempunyai sifat dengki. Apa, kau orang ingat orang melayu je reti berdengki ni? Bezanya tenaga dengki mereka itu salurkan secara kompetitif sekaligus mewujudkan persaingan yang sihat. Itu bezanya kita dan mereka, pemain kita bila dah kena peram dibangku simpanan, terus rasa selesa (Ya lah, makan gaji free ja, itu pun kalau dapat gaji) Ada juga faktor lain yang menyebabkan pemain kita terperuk di bangku simpanan tapi ahhh kalau sembang nanti tak habis tajuk kita yang ini.

Alep tak nafikan ada juga kebaikan pemain naturalisasi ni, tapi dalam keghairahan kita melacurkan (Oops!) kewarganegaraan kepada orang luar. Kita harus waspada dan menimang perkara begini dengan akal yang waras. Indonesia adalah contoh utama untuk “Naturalisation Gone Wrong”. Cuba kira berapa ramai pemain naturalisasi mereka dalam skuad kelayakan Piala Dunia haritu? Bukan sedikit, ada dalam 4-5 orang, itu baru dalam pasukan kebangsaan, belum lagi kira dalam liga. Mungkin seramai PATI mereka disini (Jangan marah kawan, ini cuma metafora untuk menggambarkan betapa ramainya pemain naturalisasi dalam liga Indonesia). Mengikut logik, dengan jumlah pemain naturalisasi yang ramai ni, mestilah Indonesia boleh tapau Asia Tenggara dengan mudah kan? Nope, sampai kesudah mereka masih kempunan nak jadi juara di peringkat senior untuk pertandingan antarabangsa. AFF should be a piece of cake, tapi mereka masih tak menang menang lagi, nak ke Asia (untuk pasukan senior) pun tak dapat, ini kan lagi ke Piala Dunia (Senior ya? Jadi tuan rumah tak kira). Waima Amar Rohidan pun boleh ada international title kalau nak bandingkan dengan Christian Gonzales, Bambang Pamungkas atau Kurniawan Dwi Cahyo.

Where did it go wrong for them?

Beza antara Jepun dan Indonesia adalah long term planning. Walaupun Jepun telah terlebih dahulu menggunakan pemain naturalisasi, program ini telah disokong oleh rangkaian program pembangunan bolasepak yang lengkap. Mereka menggunakan pemain naturalisasi ini sebagai batu loncatan atau feeder kepada pemain pemain tempatan. Supaya anak anak tempatan dapat belajar dengan mereka dan mengaplikasikan kebolehan ini di atas padang, bukan mengharapkan kudrat mereka semata mata. To put things short, ini soal mentaliti sebenarnya. Adakah kita nak terus maju? Or just sit back dan lihat pemain naturalisasi ni take over the team? Nak jadi macam Filipina atau Hong Kong ke? Program naturalisasi sepatutnya berfungsi sebagai quick fix. Penyelesaian mudah untuk perbaiki ranking dan dalam masa yang sama menyediakan pemain muda untuk masa hadapan. Itu namanya transisi. Kenapa jiran kita gagal? Takkan lah nak cari 11 pemain terbaik dalam negara mereka pun tak mampu sedangkan talent pool mereka besar. Ah itu tanyalah PSSI mereka, rasanya peminat dan pendukung mereka lebih mengetahui masalah sebenar. Singapura pun dulu ligat juga dalam hal naturalisasi ni, tapi masih payah nak ke Asia. Walaupun begitu, Alep respect juga lah sebab dalam kempen kelayakan kalini mereka mempamerkan aksi yang terpuji walaupun 100% (kut, rasanya semua tempatan) menggunakan anak tempatan

Dan yang paling penting sekali, kalau betul kita nak naturalisasikan pemain, biarlah untuk posisi yang benar benar memerlukan. Jangan pulak kau orang pi hentam nak naturalisasikan all those foreigners you see. Jangan semberono, naturalisasi sepatutnya memperkuatkan dan bukan membantutkan. Kaji keperluan dan kualiti mereka sepenuhnya. Kalau tak, jadi lah macam beberapa pemain naturalisasi kita yang terdahulu (Takde impak pun). Kalau kita nak naturalisasikan pemain kerana faktor ketinggian, tengok jelah game Malaysia lawan Thailand haritu, bagaimana dengan mudahnya Elias Dolah diperdayakan oleh Mat Yo. Banyak faktor kita kena ambil kira dalam hal ni, bukan fizikal semata mata. Kalau Piala Dunia boleh dimenangi bersandarkan faktor fizikal, mungkin pasukan dari Afrika atau Timur Tengah sudah mampu menjulangnya.

Rasanya dah berbuih mulut Alep sekarang ni, apa apa hal sekalipun, permainan dan kemenangan ditentukan oleh 11 pemain di atas padang. Bukan mudah untuk skuad yang dibarisi anak tempatan dan naturalisasi mencapai persefahaman dan keseimbangan nirwana, dan untuk itu, kita perlu berterima kasih kepada coach TCH. Last but not least, mengapa pemain seperti Keisuke Honda, Shinji Kagawa, Kazuyoshi Miura, Shunsuke Nakamura, dan Makoto Hasebe jauh lebih berjaya dan dikenali berbanding pemain naturalisasi negara mereka? Tepuk dada, tanya selera, Alep tinggalkan persoalan ini untuk anda semua.

Oleh : Alef ‘Alep’ Azizan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *