/Nazmi Faiz meludah, Malaysia yang dapat basah

Nazmi Faiz meludah, Malaysia yang dapat basah

 

Sebenarnya bolasepak Asia ini, dan terutamanya Malaysia, masih jauh ketinggalan. Nazmi Faiz tidak bersalah dan tidak sepatutnya dilayangkan kad merah. Apa yang beliau lakukan adalah meludah dan meludah adalah satu budaya yang cukup sinonim dengan kelab bolasepak seperti di Sepanyol dan Portugal, terutama di kelab S.C Beira-Mar.

Ultrajang menganggap pengadil perlawanan juga wajib mengetahui budaya permainan eropah sebelum membuat tindakan melulu.

Pendedahan Nazmi Faiz di S.C Beira-Mar banyak membantu beliau mempraktikkan budaya bolasepak disana terutama dalam hal meludah dan …hmmm hal gadis ini malaslah Ultrajang nak ungkit, tapi itu salah satu la.

Sebagai Polis Bolasepak Dunia, Ultrajang dah kaji dan akan dedahkan satu video bagaimana Diego Costa sewaktu bermain bersama Atletico Madrid bermain air ludah dengan Sergio Ramos dari Real Madrid. Saksikan video ini : https://www.youtube.com/watch?v=jTeVf0I_JmA

Saksikan diminit ke 1:16 dan 2:00 bagaimana Diego Costa ‘bermesra’ dengan Sergio Ramos menggunakan air ludahnya. Diego Costa langsung tidak dibuang padang kerana budaya ‘pressure’ adalah perkara biasa dalam bolasepak.

Tapi Nazmi Faiz langsung takda spirit Diego Costa atau Ramos la. Persoalannya, kenapa Shebby Singh mula tunjuk pandai kat Harian Metro? Adakah dia ingat Malaysia ini bodoh macam Blackburn Rovers? Kenapa KJ kata muda itu bodoh secara berhemah?

Ultrajang tinggalkan isu ini dengan satu persoalan;

Apakah perbezaan gaya permainan Malaysia sebelum dan selepas Nazmi Faiz meludah?

a) Tiada beza

b) Sangat berbeza

c) Berbeza-beza

d) Jangan bezakan

e) Puii!

Entah-entah budaya meludah ini Nazmi Faiz dapat kat Selangor tak?