April 19, 2024

Negeri Sembilan 1-0 UITM FC (Matchday 21 Liga Perdana 2017)

4 min read

Dengan berakhirnya perlawanan Negeri Sembilan menentang UiTM FC malam tadi, maka berakhirlah
kempen rasmi untuk skuad Jang di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi untuk musim ini. Walaupun pada dasarnya ia boleh menjadi mimpi indah kepada para pemain, penyokong dan pengurusan kerana
berjaya menamatkan kempen di halaman sendiri dengan kemenangan, ia sebaliknya menjadi mimpi
ngeri tatkala terkenangkan impian untuk layak ke Liga Super tahun hadapan gagal menjadi realiti.

Walaupun menang dengan hasil jaringan gol tunggal Lee Andrew Tuck seawal minit ke-6, berita kemenangan Terengganu dan Kuala Lumpur menentang lawan masing-masing menyaksikan secara matematiknya, Terengganu dan Kuala Lumpur telah layak ke Liga Super seterusnya menggagalkan hasrat
Negeri Sembilan dan PKNP untuk mencipta kejutan saat akhir terkubur walaupun PKNP masih berkelebihan satu perlawanan.

Mengenang kembali detik perlawanan Negeri Sembilan menentang Terengganu di Paroi, kehadiran penyokong Negeri Sembilan yang membanjiri stadium sehingga kesesakan berlaku di sekeliling stadium, pada saat itu pasti ada segelintir penyokong yang telah membayangkan keadaan yang sama bakal berlaku ketika perlawanan terakhir di Paroi berserta harapan Negeri Sembilan mampu menjulang piala di hadapan penyokong sendiri. Namun angan-angan tersebut bukan sahaja menjadi angan-angan yang gagal direalisasikan, bahkan kehadiran jumlah penonton rasmi dalam perlawanan malam tadi hanya mencapai 777 orang, jumlah rasmi yang paling rendah untuk Stadium Tuanku Abdul Rahman pada musim ini. Malah, parking-parking di sekitar stadium turut lengang tanpa kehadiran beberapa peniaga yang sentiasa ada pada hari perlawanan.

Analisis perlawanan secara keseluruhan:

Walaupun penulis berpendapat perlawanan malam tadi boleh diibaratkan seperti friendly game, namun, tidak manis untuk melabelkan ia sebegitu setelah melihat usaha UiTM FC untuk mencari gol penyamaan setelah ketinggalan pada minit ke-6. Pada separuh masa pertama, gandingan tiga serangkai UiTM FC(Akanni Sunday, Do Dong-Hyun, Raslam Khan) ternyata membuatkan Kaharudin tidak tenang di pintu gol. Opposite side Kahar pula, Hanif Saied yang turun selaku ketua pasukan, tenang tidak menerima percubaan tepat kearahnya sehingga tamat perlawanan selepas gawang dibocori.

Memasuki babak kedua, UiTM FC masih lagi berusaha untuk memecah kebuntuan dengan usaha usaha dari bola crossing selain dari gandingan Akanni serta Dong-Hyun manakala Negeri Sembilan kekal bertahan dan sekali sekala cuba melakukan counter attack dan percubaan dari jarak jauh akibat kesukaran menembusi tiga centre back UiTM.

Analisis skuad Negeri Sembilan :

Tidak banyak yang boleh diperkatakan tentang skuad Negeri Sembilan kerana corak permainan yang hampir sama dipamerkan sebelum ini. Negeri Sembilan boleh dikatakan bertuah kerana memperoleh gol awal yang sememangnya tidak dijangka oleh pemain lawan malah penyokong sendiri terkejut melihat percubaan dari Lee Andrew Tuck. Lontaran ke dalam oleh Fauzan mencari Lee Tuck dan tanpa berlengah, Lee Tuck mencuba dari luar kotak penalti dan mematikan langkah Hanif Saied yang hanya mampu memandang bola masuk ke dalam gawang.

Walaupun Negeri Sembilan tidak mengamalkan permainan parking bus dengan kesemua pemain berada di dalam kotak penalti, tetapi Negeri Sembilan tampak selesa untuk bermain secara counter attack apabila kesemua pemain akan berada dihalf space sendiri apabila UiTM melakukan serangan. Namun,strategi ini sebenarnya sukar dilaksanakan kerana tiada pemain yang mempunyaispeed dan agility yang boleh mendatangkan ancaman kepada pintu gol lawan.

Dengan mind set pemain pertahanan untuk membuat clearance secara terus, Negeri Sembilan sebenarnya perlu mendapatkan pemain yang boleh melancarkan counter attack dan jika tidak, clearance yang dilakukan menjadi sia-sia apabila pemain lawan mendapat semula bola dan terus kembali dengan serangan

Begitu juga ketika goal kick dan lambungan tinggi ke hadapan, tiada pemain yang benar-benar boleh mencabar bola di udara untuk bola terus kekal berada dalam penguasaan Negeri Sembilan. Pemain pertahanan juga perlu berhati-hati dalam melakukan clearance. Biarlah clearance yang dilakukan
nampak bijak sedikit. Jika terpaksa menggunakan kepala, pastikan bola yang ditanduk bukanlah bola belon dan ‘belanja’ pemain lawan melakukan percubaan terus ke arah gol. Mungkin bola boleh ditanduk
keluar dari kawasan permainan untuk memberi nafas kepada rakan-rakan. Beberapa kali tandukan Aaron Kumar dan Annas tidak pergi jauh dari kawasan bahaya Negeri Sembilan. Negeri Sembilan banyak menumpukan permainan di sebelah kiri menerusi gandingan Fauzan dan Khairul. Hal ini sedikit sebanyak menenggelamkan gandingan Aaron dan Shahrul Igwan. Penulis tidaklah
begitu kecewa dengan aksi Shahrul kerana tidak banyak bola dimainkan di kawasan mereka, tetapi pada saat pemain merasakan tidak mampu untuk meneruskan permainan, segeralah duduk atau baring untuk
meminta medical assistant berbanding mengangkat tangan tanpa disedari oleh rakan sepasukan. Ketika rakan sepasukan melancarkan serangan, pemain masih lagi berada di kawasan sendiri dan tiada sokongan di kawasan pemain tersebut.

Analisis skuad UiTM FC :

Sejujurnya, penulis merasakan UiTM FC merupakan pasukan yang lebih baik dari segi strategi pada malam tadi. Malah, mereka mempunyai 2 clear cut chance yang digagalkan Kahar. Satu daripada Akanni Sunday pada minit ke-23 dan satu lagi daripada Dechi Marcel N’Guessan di minit ke-85.

3 pemain serangan UiTM FC, Akanni, Dong-Hyun dan Raslam Khan ternyata memberi masalah kepada pertahanan Negeri Sembilan. Gerakan mereka yang sering bertukar-tukar posisi menyaksikan 4 percubaan tepat berjaya dihasilkan pada separuh masa pertama. Ternyata, Akanni memang wajar menjadi penyerang yang digeruni pihak lawan apabila terlibat secara langsung dalam kesemua percubaan tersebut.

Penulis tertarik dengan formasi yang digunakan UiTM FC. Dengan 3 centre back yang berjaya mengekang lawan, kedua-dua pemain sisi mereka bertindak sebagai right wing back dan left wing back. Di separuh masa pertama, selain bergantung kepada trio serangan mereka, RWB mereka Nik Syafiq Syazwan acapkali melakukan early crossing ketika memegang bola di half space Negeri Sembilan. Jika kena dengan gaya penyerang mereka, pasti Nik Syafiq berjaya memperolehi assist malam tadi.

Pada minit ke-63, UiTM FC memasukkan Sadam Hashim di bahagian serangan dan Nik Syafiq diganti oleh Afif Asyraf, mereka mengubah corak serangan daripada early crossing kepada crossing secara melintang dan Sadam berjaya menanduk 2 cross yang dihasilkan oleh RWB dan LWB mereka.

Walaupun UiTM FC tewas malam tadi, pastinya Lions Troop yang hadir (mungkin dari Pilah, Rembau, Seremban 3 dan Shah Alam) gembira dengan corak permainan yang dipamerkan pasukan mereka.

Man of the match : 777 penyokong yang masuk hadir ke stadium walaupun peluang ke Liga Super tipis.

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.