April 19, 2024

Negeri Sembilan 1-2 Terengganu FC (Matchday 4 Liga Super 2018)

4 min read

Pagi Sabtu yang mendung. Seakan memahami isi hati penyokong Nismilan atas apa yang berlaku di STAR malam tadi. Kekalahan ketiga Nismilan dalam 4 perlawanan dalam saingan Liga Super musim ini.

 

Personally, den ghaso Terengganu FC memang layak menang. Irfan Bakti dengan bijak persiapkan pasukannya untuk mengeksploit kedua-dua full back Nismilan. Terserlah kelemahan Nismilan di bahagian itu malam tadi. Berkali-kali Terengganu terus mengasak daripada bahagian sayap. Adakah cara menyerang mereka terlalu hebat sehingga tidak boleh dihalang? Kenapa full back kita kerap off position apabila Terengganu menyerang?

 

Ini semua berpunca daripada corak permainan Nismilan dan juga kegagalan midfield untuk menggerakkan serangan. Kim dan Flavio masih belum nampak serasi bergandingan di tengah. Namun berdasarkan resume masing-masing, mustahil mereka tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini. Tambahan pula Kim pernah beraksi di pentas tertinggi bola sepak iaitu Piala Dunia. Takkan masalah sebesar zarah macam ni pun gagal diselesaikan?

 

Kalau kita ingat balik ketika menang lawan Kuala Lumpur di STAR, kedua-dua mereka ini bertindak sebagai box to box midfielder. Maknanya pemain tengah old school. Kalau pasukan menyerang, mereka naik. Kalau pasukan diserang, mereka turun. Betul-betul hebat persembahan mereka berdua malam tu. Tapi perkara ini gagal dikekalkan. Kim kini bertindak sebagai attacking midfielder untuk support Fakrul Aiman manakala Flavio sesikit ke bawah sebagai defensive playmaker. Masalahnya, Nismilan masih gagal melancarkan serangan secara efisyen dan gagal bertahan dengan baik.

 

Kim kerap kehilangan bola malam tadi. Gol pertama Terengganu malam tadi terhasil selepas Kim kehilangan bola. Dia memegang bola terlalu lama. Adakalanya dia terpaksa berbuat demikian kerana tiada rakan yang meminta bola tetapi semalam terlalu kerap dia kehilangan bola kerana gagal buat hantaran kepada pemain sayap dan Fakrul Aiman. Jadi, belum sempat Nismilan menyerang, dah kena bertahan semula.

 

Selepas itu, Nismilan cuba untuk menyerang melalui sayap. Thanabalan dan Khairul Izuan dah cuba sehabis baik malam tadi. Tapi sekali lagi buntu apabila midfield gagal beri support. Yang ada cuma Fakrul Aiman keseorangan di hadapan yang diapit 2 pertahanan Terengganu. Dia bukannya Dickson, bukannya Effa Owona dan bukan juga Akanni Sunday yang mampu mengekang asakan 2 pertahanan lawan untuk terima bola. Maka, full back kita terpaksa overlap untuk beri lebih option ketika menyerang (ini point penting, kau semua ingat point ni). Bila dah overlap, midfield masih lagi gagal buka ruang untuk terima hantaran. Sudahnya, bola pun terperap dekat tepi padang. Bila hilang bola dan kena counter attack, midfield ni tadi tetap jugak gagal nak cover ruang yang ditinggalkan full back kita. Maka berlelah lah kedua-dua full back ni tadi untuk bertaham semula. Dan kitaran ini terus berlaku sehingga Abang Jamil meninggal dunia bak kata Seniwati Sarimah.

 

Perkara yang buat den confuse ialah mengapa Fakrul Aiman dijadikan sebagai target man. Beliau merupakan pemain yang baik. Tapi tidak sebagai target man. Kenapa beliau tidak digunakan seperti Nicolas Velez den pun tak faham. Gunakan beliau untuk buat larian di belakang pertahanan lawan. Kalau setakat nak beat center back Terengganu semalam sepatutnya tiada masalah. Tapi, entah lah.

 

Kedua-dua gol Terengganu FC semalam berpunca daripada kegagalan pertahanan untuk man mark pemain lawan. Pada den, gol kedua semalam memang tak boleh dimaafkan. Ia sekaligus menyerlahkan kelemahan zonal defending. Jika man marking diamalkan, pasti ada pemain Nismilan yang mampu mengasak kedua-dua gol malam tadi.

 

Kegagalan Nismilan bermain selama 90 minit. Pada separuh masa kedua, dalam tempoh 15 minit, Nismilan berjaya mendominasi perlawanan dan nampak lebih berbahaya. Flavio banyak membuat larian dari tengah padang untuk mengkucar-kacirkan pertahanan Terengganu. Akhirnya gol berjaya dijaringkan oleh Fakrul Aiman hasil hantaram Kim. Ini satu je lah sumbangan positif kapten kita dalam perlawanan malam tadi seingat den. 

 

Ilham, Rode, Syahid dan Fakrul Aiman. Kesemua mereka ini bermain dengan amat baik semalam. Terutamanya Ilham dan Fakrul. A great debut for Ilham. Nampak confident. Fakrul Aiman seperti biasa, rajin. Berjaya jaringkan gol. Tapi sayangnya alami kecederaan lutut sebaik menjaringkan gol. Pemain Nismilan ni badi jaringkan gol ke macam mana? Bila score mesti injured. Semoga Fakrul Aiman segera sembuh dan tidak alami kecederaan serius.

 

KESIMPULAN :

Perubahan formation amat perlu. Memandangkan Flavio dan Kim dilihat gagal untuk bermain dalam tempo yang tinggi untuk 90 minit. Jika pemain di bangku simpanan mampu menggalas tugas kedua-dua pemain ini, maka berilah peluang. Buat masa ini, Nismilan perlukan pemain yang mampu berlari selama 90 minit di bahagian tengah. Bukan hanya beraksi untuk tempoh 15-20 minit setiap perlawanan. 4-4-2 flat boleh digunakan sekiranya Jorg benar-benar berani untuk mengubah formasi yang digunakan. Namun, berkemungkinan besar Nismilan akan hadapi kesukaran kerana rata-rata pasukan sekarang menggunakan 5 midfield.

 

Plan B. Apa memang tak ada backup plan ke sekiranya perancangan asal gagal dilaksanakan? Pada den, persembahan Nismilan yang konsisten tidak begitu memberangsangkan bukanlah salah pemain. Den percaya ia merupakan arahan. Mustahil pemain gagal lihat Fakrul Aiman tidak mendapat support yang cukup di bahagian serangan. Nismilan ternyata bermain di dalam satu sistem. Tapi sistem itu buat masa ini gagal buahkan hasil. Pepatah Inggeris mengatakan, ‘Do not fix something that is not broken’. Well guess what? It’s broken now isn’t it?

 

Kekalahan ketiga dari 4 perlawanan Liga Super musim ini. Pada den, kesemua perlawanan ini harus dimenangi Nismilan. PKNP FC, Kuala Lumpur, dan Terengganu FC sama-sama naik Luga Super musim ini. Kalau dengan pasukan yang boleh dikira setaraf pun tak boleh menang, apakah harus kita harapkan kemenangan apabila bertandang ke Darul Aman, Darul Makmur, atau Larkin?

 

Bekas pemain Nismilan yang datang memberi penghargaan kepada peminat semalam. BEKAS! Pemain yang sedia ada tak nak bagi penghargaan ke? Den perasan Ilham je yang tunjukkan penghargaan sebaik wisel penamat ditiup semalam. Yang lain tak perasan pulak. Mungkin den terlepas pandang. Tapi memang tak nak tunjuk penghargaan kepada penyokong yang hadir ke stadium ke? Sekadar bertanya.

 

Sekian,

MUSUHNYA HABIS BINASA!

Kid.

 

P/S : Ghaso eh pomain utamo musim lopeh dah buleh diboghi peluang main balik dan dicampur mo pomain baru. Masalah eh, boghani ko tidak nak drop import next game? Lawan Kodah buleh eksperimen. Tak payah hadap na Pialo FA, fokus stay kek Liga Super laie baik.

 

Foto : Team N9FC

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.