April 20, 2024

Negeri Sembilan 1-4 UiTM FC (Matchday 3 Liga Perdana 2019)

4 min read

 

Selepas 3 perlawanan Liga Perdana, Nismilan alami kekalahan pertama. Yang tak manisnya, kalah 1-4 di STAR. Yang tak sedapnya, cara kita dikalahkan tu. UiTM FC nampak macam ada 15 pemain dalam padang. Kat mana ada bola, kat situ ada pemain dia. Power sangat ke diorang ni main bola sampai Nismilan seperti hilang arah dan pedoman?

Corak permainan ketika menentang Sarawak FA pada perlawanan pembukaan gagal diteruskan. Masa lawan PDRM sebelum ini pun dah nampak. Memang seri 1 sama, tapi PDRM lebih banyak mengasak. Ok la, main waktu petang. Panas. Den terima. Tapi malam tadi? UiTM FC played us off the pitch! Tak keterlaluan kalau nak cakap keputusan malam tadi mengaibkan.

Midfield Nismilan gagal dictate permainan langsung malam tadi. Hilang possession, pass tak sampai, pass tak tepat, tahan bola tak lekat. Ketiadaan Aiman sebagai marshal di atas padang memang dirasai. Dengar cerita dia injured sebab kemalangan motosikal. Semoga cepat sembuh Man!

Aroon yang boleh menggantikan Aiman sebagai defensive midfielder pulak terpaksa main sebagai right back. Sebabnya Danish dapat call up untuk sertai pasukan negara untuk Kejohanan AFF bawah 22 tahun. Maka terpaksalah Coach Mat Zan memanggil Farouq dari skuad Piala Presiden untuk perlawanan malam tadi. Farouq diturunkan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Aiman. Kira macam bidan terjun la. Tak dinafikan dia main tak berapa baik. Tapi untuk pemain Piala Presiden bermain dengan pasukan senior, den tak akan complaint banyak sangat. Keseluruhannya defensively, memang gagal nak bagi protection pada back 4. Offensively, serangan yang dibuat rata-ratanya sia-sia.

Bila berjaya buat serangan merbahaya, penyerang pulak tumpul. Aksi sulung Thomas Koroma malam tadi gagal mencuri hati Sekalian Yang Setia. Terlalu average pada den. Tapi masih boleh dimaafkan sebab baru perlawanan pertamanya. Cuma gandingan dia dengan Almir Neto mungkin tak serasi. Thomas macam tak tau nak buat apa atas padang. Kalau dapat bola asik nak dribble je. Lepas tu terlepas bola. Lah, tersangkut lah. Nak buka ruang pun macam tak berapa bijak. Pertahanan import UiTM malam tadi pun bagus. Berjaya dia kunci si Thomas the Train and Friends ni.

Meletakkan Ferris Danial di left wing mungkin antara punca serangan Nismilan tak selancar ketika menentang Sarawak. Tapi disebabkan ketiadaan Dzulfahmie di left wing akibat kecederaan (ACL dengar ceritanya), terpaksalah Ferris mengisi posisi tersebut. Ferris dengan Izuan Salahuddin pun gagal nak beri impak pada permainan. Semua yang dicuba tak menjadi. Durkesh pun tak diturunkan semalam. Mungkin sebab persembahan sebelum ini tak memberangsangkan. Macam den cakap sebelum ni, pemain muda ni akan lebih cepat improve bila diberi lebih masa permainan. Maknanya kegagalan semalam bukan hanya terletak pada individu sahaja. Ianya merupakan kesalahan berkumpulan dan faktor-faktor yang dah disebutkan.

Kita ke perkara pokok perlawanan malam tadi. Kesilapan penjaga gol, Hamka. First and foremost, Hamka ni masih muda. Masih perlu lebih game time untuk perbaiki kelemahan diri. Betul, penyokong ada hak menyuarakan ketidakpuasan hati terhadapnya. Den bukan nak positif sangat, but in his defence, dia masih muda. Pasukan Nismilan pun masih muda. Iker Casillas, Gianluigi Buffon, Manuel Neuer dan David De Gea pun ada hari masing-masing tak perform. Cuma yang den kecewa apabila pasukan bertindak mengeluarkan Hamka semalam. Tak pasti sama ada Hamka sendiri yang minta ditukar sebab dah ‘koyak’, tapi dengan mengeluarkan dia pasti akan beri impak kepada confidence level dia. Sebagai pemain muda, den berharap sangat malam tadi dia mampu untuk tebus kesilapan dia dan habiskan permainan. Tapi nak buat macam mana kan?

Kepada pemain muda, pesan den ialah jangan cepat koyak. Maki dan caci ni kau semua anggap lah macam lagu Haram nyanyian Hael Hussaini dan Dayang Nurfaizah. Sedap sampai jadi juara. Simple kan? Kepada penyokong pulak, adalah lebih baik mengenali pemain pasukan kita. Tahu yang mana baru naik dari skuad Piala Presiden dan yang mana pemain berpengalaman. Beri muka dan masa sikit je kepada budak-budak ni. Kenapa den beriye sangat suruh bagi muka pada budak-budak ni? Sebab pertengahan tahun 90-an dulu, di Eropah, ada seorang pengurus pasukan bola sepak mengeluarkan frasa, “You don’t win anything with kids!”. Betapa silap dan bodohnya beliau apabila pasukan yang ditujukan kata-katanya itu berjaya mendominasi arena bola sepak England untuk 20 tahun akan datang dengan menjuarai liga dan juga Liga Juara-Juara Eropah.

Point dia, budak-budak ni mungkin boleh ubah nasib Nismilan untuk 5 hingga 10 tahun akan datang. Macam mana batch Kembar, Kecik, Kuna menaikkan semangat dan kecintaan kita terhadap bola sepak Nismilan sedekad lepas, budak-budak ini turut mampu cipta perkara sama. Tapi pemain kena usaha lebih lah. Buat extra training sendiri, untuk improve. Bukannya lepas training kau semua main PUBG atau pergi memancing. Kita sebagai penyokong pula perlu terus menyokong dan bersabar.

 

P/S : Den akan tetap rahsiakan sasaran den untuk Nismilan musim ini. Tapi den bagi satu clue. Bukan top 2.

 

Sekian,

MUSUHNYA HABIS BINASA!

Kid.

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.