/Negeri Sembilan 2-1 Sarawak (Matchday 1 Liga Perdana 2019)

Negeri Sembilan 2-1 Sarawak (Matchday 1 Liga Perdana 2019)

Dari Bangi den bergerak ke STAR semalam semata-mata demi Nismilan. Usai perlawanan, terus balik ke Bangi dan pagi tadi mula kerja jam 6 pagi. Ye tuan-tuan, inilah tanggungjawab seorang #greatness yang orang lain tak faham. Sentiasa mengorbankan diri demi masyarakat, negeri dan negara. Hmm. Tapi cukup lah bercerita pasal den. Mari bercerita mengenai pasukan kesayangan kita.

 

Sejujurnya, den tak letak harapan tinggi pada pasukan Nismilan musim ini yang dibarisi ramai pemain muda. Cananglah apa pun target musim ni, top 2 ke, top 5 ke, topless ke, Liga Super musim depan ke, den akan buat-buat tak dengar. Sebabnya? Tiap-tiap tahun kita disajikan dengan target yang sama. Kalau tahun ni tiba-tiba mereka keluarkan kenyataan, “Nismilan akan beraksi di Liga Juara-Juara Asia dalam tempoh 5 tahun lagi!”, barulah ada kelainan. Betul tak?

Kesebelasan utama Nismilan.

Dalam kesebelasan utama semalam, cuma 5 muka yang den kenal. Osman, Danish, Aiman, Izuan dan Ferris. Yang lain semua den acah-acah kenal je bila orang tanya “tu siapa, dia siapa, yang tu pulak siapa?”. Salah siapa sebenarnya kalau peminat tak kenal pemain ni?

 

Terkejut den dengan persembahan Nismilan pada separuh masa pertama. Corak permainan yang diterapkan oleh Coach Mat Zan betul-betul fresh berbanding sebelum ini! Quick short passes untuk menebuk benteng pertahanan Sarawak. Nampak begitu berbahaya. Sampaikan seorang penyokong Arsenal sebelah den meninggalkan fahaman Wengerism dan memeluk fahaman MatZanisme. Mulut dia tak henti-henti mengeluarkan bunyi “Uish! Perrgghh! Bapak ah!”. Rasanya hampir gila isim dia semalam dek kagum dengan corak permainan Nismilan. Biasalah fan Arsenal. Kalau dapat nombor 3 pun kagum ye tak? Fan Arsenal ni semuanya sama kecuali Zizi. Hmm. Rindu pulak.

Danish Haziq

Nismilan membuka jaringan pada minit ke-10. Build up kepada gol ni pada den amat baik. Daripada throw in, kalau tak silap Danish berjaya menembusi pertahanan kiri Sarawak sebelum melorongkan bola kepada Ferris untuk melepaskan rembatan daripada luar kotak penalti. Yang baiknya ialah cara Ferris Danial berjaya mencari ruang sebelum menerima hantaran tu. Macam dah plan dan dah tahu apa yang perlu dibuat. Tak adalah nampak macam nasib gol tu. Baru lah nampak professional dan bijak kan?

Jose Almir Neto

Penyerang import kita, Jose Almir Neto sepatutnya menjaringkan gol kedua Nismilan. Sekali lagi build-up yang baik dari Nismilan dan lob dari Ferris kepada Almir memang cun. Almir bagaimanapun gagal menyempurnakan peluang terhidang biarpun dalam situasi one-on-one dan sayangnya penjaga gol Sarawak berjaya menyelamatkan percubaan Almir. Separuh masa pertama pada den Nismilan memang tak hadapi banyak masalah. Bukan je tak ada masalah, siap dominate Sarawak hapir daripada setiap aspek!

 

Almir Neto akhirnya berjaya menjaringkan gol pada home debut nya di babak kedua selepas menerima cross cantik daripada Dzulfahmi. Tapi beberapa minit selepas tu, Sarawak berjaya mendapatkan 1 gol. Tiba-tiba Nismilan terus macam hilang punca sampai ke hujung perlawanan. Biarpun ada melakukan beberapa serangan, namun gagal mematahkan momentum Sarawak yang bersungguh-sungguh mencari gol penyamaan. Hero malam tadi ialah Osman Yusuf la. Selepas seorang pemain Sarawak yang den tak tau nama dia berjaya melepasi perangkap offside, Osman berjaya buat last ditch tackle untuk menyelamatkan gawang Nismilan daripada dibolosi kali kedua. Fuuhh, meremang! Lebih meremang lepas tu ialah reaksi Osman yang marahkan rakan sepasukan sebab main sambil lewa. Ya, inilah benda yang jarang kita nampak sekarang. Pemain yang menuntut prestasi terbaik rakan sepasukan sepanjang perlawanan.

 

Den rasa Nismilan kelihatan pincang pada second half semalam sebab penat. Den rasa je! Sebab trio midfield yang bermain amat baik pada separuh masa pertama iaitu Nakatake, Izuan dan Ferris Danial terus tenggelam. Mungkin jugak Nismilan cuba untuk memperlahankan rentak permainan. Tapi selepas wisel penamat semalam berdasarkan reaksi mereka, sah lah mereka penat.

 

Ada antara penyokong yang cuba menyalahkan Kalai dan Duresh. Sebabnya, mereka gagal beri impak positif kepada pasukan sebaik dimasukkan malah dilabel sebagai liabiliti. Tapi den tengok ok je diorang main. Kalai masuk dan diletakkan sebagai midfield. Ada lah satu missed pass, tapi lepas tu ok je. Dureshwaran pulak nampak nervous dia. Den memang nak tengok Duresh main musim ni. Masa friendly lawan PDRM bulan lepas nampak macam power. Kalau bagi game time lebih, boleh pergi jauh rasanya. Second coming of Kunalan. Mana tau boleh jadi lagi power daripada Kuna? Kan? Kalau pemain muda, den memang akan bagi masa untuk diorang develop dulu.

 

Satu lagi kelemahan yang den perasan semalam ialah bahagian kiri Nismilan. Left back dan left wing. Nampak tak berapa solid baik daripada segi bertahan mahupun serangan. Kalau den Mat Zan, den akan cuba selesaikan masalah di bahagian kiri ni terlebih dahulu. Nampak senang sangat kena tebuk. Especially masa second half. Tak dinafikan squad depth Nismilan tak seberapa musim ni. Tapi diharap masalah ni boleh diselesaikan secepat mungkin.

 

Cukuplah dulu setakat ni, tulis panjang-panjang korang bukan kenal pun pemain yang den sebut ni semua kan? Berhubung isu jersi semalam, den serahkan perkara ni kepada Jang. Dia pun dah janji kat korang yang dia akan siasat isu ni. Tunggu je la artikel daripada dia. Isu kemaslahatan rakyat den kena serah kepada Buapak. Barulah manis.

 

Maka nikmatilah kemenangan malam tadi! Permulaan yang baik untuk Nismilan. Diharap masa depan pasukan ni pun cerah dengan ramai pemain muda macam musim ni. Harap-harap jangan disapu pasukan lain pulak. Terima kasih juga kepada Izuan, Ferris dan Osman yang step up their game untuk bantu kemenangan Nismilan. Kagum den dengan komitmen dan semangat korang!

 

P/S : Selagi tak sampai setongah musim, den tak akan reveal target peribadi den untuk Nismilan musim ni!

 

Sekian,

Kid.

MUSUHNYA HABIS BINASA!