/Negeri Sembilan 3 Kelantan 1 – Match Analysis

Negeri Sembilan 3 Kelantan 1 – Match Analysis


Selesai imam membaca doa selepas witir, maka berpusu-pusulah penyokong-penyokong Negeri Sembilan berlari ke arah stadium keramat Paroi. Dengan semangat yang dibawa ketika menang dengan Terengganu II tempoh hari. Riak muka penyokong-penyokong Negeri Sembilan nampak lebih ceria dan yakin untuk perlawanan menentang Kelantan FA ini.

Dengan penonton yang hanya berjumlah lima ribu lebih. Pemain-pemain Negeri Sembilan masih lagi bersemangat untuk bermain dan nampak bersemangat di keseluruh masa perlawanan. Keramat Paroi nampk kurang serinya semalam kerana kekurangan penyokong namun berkat Ramadhan di Negeri Sembilan seperti membantu para pemain dan pegawai Negeri Sembilan untuk terus berjuang.

 

Separuh Masa Pertama

Dari minit pertama, pasukan Kelantan sudah mula bermain secara all out walaupun mereka sedar mereka bermain di tempat lawan. Perlu diberikan kredit kepada mereka. Mereka bermain seolah-olah pasukan mereka tidak mempunyai apa-apa masalah seperti yang kita dengar sebelum ini. Namun semangat mereka tidak mampu bertahan lama.

Seawal minit ke empat, pemain import Negeri Sembilan Almir Neto telah meletakan Negeri Sembilan dihadapan lantas memotong mood pemain Kelantan daripada 100 peratus ke 20 peratus. Negeri Sembilan menambah derita kepada Kelantan apabila Igor Luiz berjaya menjaringkan gol dengan rembatan terus ke gol lawan walaupun dikekang dua pemain Kelantan. Negeri Sembilan kelihatan tidak mahu berhenti menjaringkan gol pada waktu itu.

Tidak sampai beberapa minit kemudian Igor sekali lagi menambah gol peribadi beliau yang ketiga untuk meletakkan Negeri Sembilan selesa mendahului Kelantan pada separuh masa pertama. Perlawanan separuh masa pertama berakhir Negeri Sembilan 3 Kelantan 0.

 

Separuh Masa Kedua

Seperti pelajar sekolah yang baharu menerima surat cinta. Pemain-pemain Kelantan secara tiba-tiba mula menguasai perlawanan dan mula menyerang Negeri Sembilan di arah kiri dan kanan. Negeri Sembilan berjaya bertahan dengan kecemerlangan Kaharuddin Rahmat, Zamani Misbah dan Matheus Vila dibahagian belakang. Pemain-pemain tengah Negeri Sembilan mula nampak penat dan Mat Zan terpaksa menukar beberapa pemain tengah untuk mengekalkan tempo permainan Negeri Sembilan.

Kemudian usaha Kelantan mengasak membawa hasil apabila pemain mereka dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh Matheus Vila. Walaupun berjaya ditepis oleh Kaharuddin, namun bola masih berjaya dimasukan ke dalam gawang gol Negeri Sembilan. Negeri Sembilan kemudian terus mengasak ke gawang Kelantan tetapi tidak membuahkan hasil. Pengadil meniupkan wisel penamat selepas tiga minit masa tambahan dengan kemenangan kedua Negeri Sembilan di bulan Ramadhan.

Selain Igor Luiz, Ferris Danial kelihatan cemerlang pada perlawanan semalam. Jadi Man of The Match abang Tom namakan di antara Igor Luiz dan Ferris Danial.

 

Igor Luiz Vs Thomas Koroma

Salah satu tugas abang Tom pada malam semalam adalah untuk menganalisa import terbaru Negeri Sembilan Igor Luiz. Secara rumusan mudah, Igor Luiz jelas telah mengatasi masalah Thomas Koroma sebelum ini yang dahagakan jaringan gol. Beliau hampir-hampir dapat menempa hatrik pertama beliau sebagai pemain Negeri Sembilan namun beberapa cubaan beliau dapat dihentikan oleh pertahanan Kelantan. Jadi bermakna dari segi ratio gol dan klinikal di depan gol, Igor menang dengan mudah terhadap Thomas Koroma.

Jika dianalisa dari segi game play sahaja. Abang Tom berpendapat Thomas Koroma jauh lebih rajin daripada Igor Luiz yang nampak lebih malas ketika berada di depan gol lawan.  Dari segi kelajuan dan acceleration pun Koroma nampak mendahului Igor by miles. Tetapi jika diukur dari segi teknik dan touch, abang Tom memberikan markah tinggi kepada Igor Luiz dan Thomas Koroma seolah-olah ratu kebaya kampung di mata abang Tom jika didirikan bersebelahan. Mungkin inilah dikatakan kelebihan pemain Brazil. Mereka lebih bijak bergerak dan berseni dalam lengok membawa bola ke hadapan. Seperti Ronaldinho dan Ronaldo yang kita kenal sebelum ini seperti itulah typical pemain Brazil yang lain.

Selalunya jika kita lihat pemain yang impaknya cepat seperti ini ianya akan berakhir dengan cemerlang. Teringat abang Tom kepada Bruno Suzuki dan Effa Owona dahulu yang cepat mencari gol sekaligus berakhir dengan cemerlang karier mereka di Negeri Sembilan. Buat masa ini, abang Tom memberikan pujian pada pengurusan kerana membuat langkah yang bijak dalam pengambilan Igor Luiz. Abang Tom mengharapkan tiada injury yang akan menghantui Igor dalam kempen Liga Perdana 2019 ini.

 

Kesimpulan

Dengan kemenangan kedua berturut-turut oleh Negeri Sembilan. Penyokong-penyokong mula kembali senyum. Tidak perlu meletakkan harapan yang tinggi tapi cukuplah sekadar bergembira terhadap pasukan sendiri. Marilah kita berdoa supaya Negeri Sembilan akan terus cemerlang di bawah pimpinan Mat Zan Mat Aris dan mengharapkan beliau berjaya membawa Negeri Sembilan ke zaman kegemilangannya.

 

P/S: Teringat lagu Man Bai Harapan Ramadhan