/Negeri Sembilan lantik Pengarah Teknikal (amboiiii!)

Negeri Sembilan lantik Pengarah Teknikal (amboiiii!)

Negeri Sembilan, seperti biaso, melangkah awal dalam persediaan musim 2017 bola sepak Malaysia dengan mengumumkan perlantikan beberapa muka baru (dan lama) dalam barisan pengurusan pasukan. Rasanya kalau bab bersedia awal ini memang pasukan lain tak boleh lawan dengan kebijaksanaan pasukan Negeri. Malangnya, ketika pasukan lain (yang kelam kabut bersiap last minit) masih meneruskan perjuangan sehingga penghujung musim, Negeri Sembilan, seperti biaso, terkeluar awal, bungkus, jual pemain, ambil pemain baru dan buat rilek tutup kedai. Hmmmm..

Asri Ninggal, penolong jurulatih kepada Gary Philips dikabarkan telah dinaikkan pangkat menjadi jurulatih baru untuk musim depan. Waahh..berjaya la beliau mencapai cita-cita murni menjadi jurulatih utama. Harap penolong beliau nanti tidak menyimpan cita-cita yang samalah atau jadi pemberi maklumat kepada orang atasan…kannnn? Dengan berita rasmi perlantikan Asri Ninggal, maka kita kuburkanlah kabar angin yang kuat bertiup mengatakan Mr. Pink Azrai Khor bakal kembali ke pangkuan Negeri. Untuk rekod, Jang bukanlah suka sangat dengan Mr. Pink… “because you’re a faggot!” – Reservoir Dogs.

Menarik sebenarnya berita perlantikan Asri Ninggal ini. Perlantikan dikalangan jurulatih sedia ada sahaja..hmmm. Selamat maju jaya coach! Harap takda la PENGARAH BESAR beri arahan tukar pemain, jual pemain atau beri arahan taktikal dari sofa sedap grandstand. Harap apa yang jurulatih sebelum ini gagal buat, boleh dilakukan oleh anak tempatan.

PBNS juga mengumumkan perlantikan jawatan Pengarah Teknikal dari bangsa J (Jerman), Jorg Peter Steinebrunner yang juga merupakan bekas jurulatih kelab Medan Chiefs, Indonesia. (hmm.. Melaka patut guna nama Melaka Chiefs Football Club, bukan Melaka United Football Club. MCFC bukan MUFC -tapi itu sekadar cadangan)

Jang terperanjat Kancil juga (jenis terperanjat bijaksana) dengan langkah PBNS melantik Pengarah Teknikal ini. Mengikut kata Presdien dalam laporan Bernama memetik; perlantikan Jorg bertujuan memberi tumpuan khusus kepada sistem pembangunan sukan bola sepak di Negeri Sembilan meliputi semua peringkat. SISTEM PEMBANGUNAN ya? Jang suka perkataan sistem diletakkan sebaris dengan pembangunan – nampak real disitu.

Mengikut bacaan Jang, Pengarah Teknikal ni kerja dia bukan sedikit atau tertumpu kepada pembangunan sahaja. Ah! Jang copypaste untuk bacaan bersama supaya nanti kau tak kata Jang memandai pulak.

The technical director looks after a whole host of things that offer an element of continuity above and beyond the to-ing and fro-ing of individual managers. The role tends to include, and this is by no means a comprehensive list: responsibility for and the overseeing of the academy, the training ground, the infrastructure, medical, physiotherapy, conditioning, fitness, nutrition, hydration, rest, well being, and culture and behavioural standards within the club.

The technical director can also have a remit for coaching programmes and philosophy (coaching the coaches). It is a role typically found within a nation’s football association as well as big and also ambitious smaller clubs. It tends to be a role designed to facilitate long-term strategy and continuity independent of a manager’s remit with the team.

Hala tuju dan pembangunan ini bolehlah dikatakan satu langkah awal (langkah awal jugak?) kepada cita-cita sebuah pasukan untuk menjadi besar, maju dan dalam kes Negeri Sembilan, mungkin penswastaan. Tetapi itulah..

Negeri Sembilan bukan perlukan Pengarah Teknikal tetapi pembersihan menyeluruh. Mengikut maklumat yang disampaikan kepada Jang dan beberapa rakan lain, punca utama pasukan Negeri Sembilan bungkus awal adalah ramai sangat nak jadi pengarah kepada pengarah kepada bapak pengarah. Itu belum unsur bodek, jadi informer, duit, tikam belakang, tidak sefahaman dan seribu satu macam lagi permasalahan yang skripnya sama saja seperti musim-musim sebelum ini.

Jadi Jang membayangkan, jika ahli barisan yang sama masih ada, tak guna lantik Pengarah Teknikal bangsa Jerman kerana Yang Berhormat Presiden hanya mendengar laporan EXCO / Naib Presiden sahaja. Diberitakan, Joel dan Nabbot ditukar kerana mendapat rating yang bukan dibuat oleh Gary Philips. Jang diberitahu juga, 7 pemain ditukar saat akhir sebelum perlawanan atas arahan seorang EXCO yang juga penaja kuat dari Matrix Concept. Apabila ada pemain membantah, beliau dikatakan berkata;”its my club and my money, i’ll do whatever i want” AMBOIIIII? Cuba ulang guna mikropon kat stadium Paroi, biar semua orang dengar pulak. Kita nak tengok camna.

“I don’t care about promotion, I just want to get Gary sacked and I want to start again, it’s my money, it’s my club” 

Start again? Apa kata Dato kalau Never again?

Niat YAB Presiden dalam pembangunan memang ada. Buktinya dulu kita ada Akademi Bola Negeri tetapi itulah, ramai sangat pendengki dan tak puashati (termasuk dikalangan jurulatih, guru sekolah dan ibubapa pemain) Hanya kerana hal-hal kecil terus buat laporan kepada Presiden dan akibatnya Akademi ditutup. Kemana perginya bekas pemain akademi Negeri? Dikhabarkan disambar cantik oleh Felda United. Dia macam kau belanja berjuta buat R&D tapi hasilnya syarikat lain yang keluarkan. Kenapa ini berlaku? Sebab laporan dan maklumat bukan dari sumber yang sepatutnya dan banyak keputusan dibuat dari laporan yang tidak disiasat.

Jang membayangkan hal yang sama akan berlaku terhadap Pengarah Teknikal kita nanti. Pengarah Teknikal ini nanti akan masuk campur semua urusan dari atas sampai bawah. Harap nanti bila dia nak bantuan, janganlah ada yang tak beri kerjasama, bila minta duit – ada pulak yang menjawab “its my club and my money, i will do whatever i want” Bila nak jumpa pegawai – pegawai jawap “saya ada meshorat..saya ada meshorat” ahahaha. Harapan terbesar adalah YAB Presiden mendengar laporan terus dari Pengarah Teknikal, bukan melalui Naib Presiden atau Abang Besar Matrix Concept.

Dato, seingat saya dalam dunia pembinaan (rumah contohnya) kita jangan buat kerja dua kali kerana ianya melibatkan kos yang lebih tinggi. Do it right the first time. Tau?