/Negeri Sembilan | Satu post mortem dalam keadaan masih bernyawa

Negeri Sembilan | Satu post mortem dalam keadaan masih bernyawa

Negeri Sembilan menamatkan saingan liga Perdana musim 2019 di tangga ke 7 seterusnya menutup peluang untuk layak ke Liga Super 2020. Ini juga bermakna kita tidak mencapai target awal musim, iaitu tangga ke dua seperti dijanjikan. Walaubagaimana pun, kedudukan kita berubah untuk naik ke tangga ke enam selepas FIFA memotong 6 mata Pulau Pinang. Secara teknikalnya, Negeri Sembilan bersaing dengan dua pasukan feeder (JDTII dan TFCII), dua pasukan lagi ditolak mata, dua pasukan bertaraf Universiti (UKM dan UITM) dan 1 pasukan dibubar. Hanya 4 pasukan bertaraf FA Negeri iaitu Sarawak, Kelantan, Pulau Pinang dan Sabah dan 2 pasukan lagi ialah Selangor United dan PDRM.

Persoalannya,adakah pasukan Negeri Sembilan dianggap GAGAL pada musim ini kerana tidak mampu bersaing dengan beberapa pasukan yang bermasalah gaji, masalah teknikal, masalah fasiliti, masalah tiada penyokong dan masalah pengalaman. Untuk rekod, walau seburuk mana pun sikap PENYOKONG kita, mereka tidak pernah berhenti untuk turun memberi sokongan. Jang berani cakap, penyokong Negeri Sembilan adalah antara yang terbaik.

Kita memulakan musim 2019 dengan kesilapan memilih KOROMA tiunasing mak naling kudu sebagai striker. Jangankan nak bagi kita gol, shot on goal pun habuk. Kesilapan memilih pemain import bukan satu kesilapan kecil yang boleh dianggap terlepas pandang. Ianya satu malapetaka dan siapa bertanggungjawab (agen atau hanya menilai melalui video) mesti dinyah keluar dari Negeri Sembilan FA. Dah la nak cari duit sponsor susah, kewangan paras hidung, kita bazirkan pula dengan memberi makan Koroma.

Statistik jumlah percubaan yang tepat, percubaan tersasar, jumlah sepakan sudut dan jumlah gol jika direkodkan (Jang harap PBNS ada statistik ini, jangan nak harap Jang dan Liga Bolasepak Malaysia sahaja untuk buat) sudah pasti menunjukkan jentera serangan kita bersama Koroma adalah T U M P U L.  Separuh musim kita terbuang dengan terpaksa bergelut mencari gol kemenangan. Untuk rekod, banyak gol Negeri Sembilan musim ini bukan datang dari permainan terbuka, sebaliknya dari freekick Shunsuke Nakatake. 

Pusingan pertama kita habiskan dengan beratib secara berjemaah memaki Koroma. Kau tau seorang pemain itu tidak boleh diharap lagi apabila penyokong akan mula ketawa bila bola sampai ke kakinya. Pemain begini mestilah ditendang keluar.

Selepas Koromo dibungkus keluar, Negeri Sembilan mengikat Igor Luiz pula dari Brazil. Ini menjadikan beliau sefahaman dengan Matheus Vila dan Almir Neto. Corak serangan Negeri Sembilan mula berubah dan lebih terbuka. Banyak peluang dan bola berselang seli dalam kotak penalti lawan. Namun jumlah gol, jumlah tendangan sudut, jumlah percubaan masih rendah tetapi menaik secara perlahan. Igor Luiz banyak membuka ruang kepada Almir Neto untuk memecah benteng lawan bersama Ferris Daniel. Tetapi Igor Luiz bukan seorang penyerang lengkap. Beliau sedikit lembab, sedikit malas, sedikit tua, sedikit angkuh dan suka menjatuhkan diri jika diasak. Namun jika terdapat peluang, beliau mampu menjaringkan gol. Fikir semula, ini memang sikap kebanyakan penyerang Brazil seperti Neymar, Rivaldo dan Ronaldo. Boring!

Kemasukkan Igor Luiz merubah corak dan energy pasukan. Jang suka beri sedikit pujian kepada Mat Zan kerana beliau tidak putus asa membentuk pasukan. Mat Zan juga memberi peluang kepada pemain muda masa permainan. Samada pemain muda menggunakan peluang tersebut dengan baik, Jang beri soalan ini kepada mereka semula untuk menjawab. Tapi Jang nampak beberapa pemain yang Jang suka persembahan dan KEYAKINAN mereka.. Aiman Khalidi, Osman, Dzulhelmi, Kaharuddin antara pemain yang tahu dan menjalankan tugas mereka, walau ada membuat beberapa kesilapan. Jang rasa Durrkeswaran boleh pergi jauh, Danish Haziq (masih cedera) dan Ferris Daniel adalah pemain penting untuk Negeri Sembilan musim hadapan. Persembahan pemain lain samada perlu dipertingkatkan atau disingkirkan jika tidak mencapai KPI seorang pemain pasukan Negeri. Well, ini bola sepak professional, sama seperti pekerja swasta lain. Perform atau berhadapan tindakan buang kerja.

Trio import rasanya boleh diberi peluang semusim lagi kecuali Igor Luiz. Kekuatan pasukan ini terletak pada tempoh masa bermain juga. Jika setiap musim tukar pemain, bila masa mereka nak bermain sebagai satu pasukan yang fluid? Kedah adalah contoh pasukan yang jarang merombak pemain. Mereka gel dengan baik dan faham kemampuan dan kekurangan rakan pasukan. Sabah juga membina pasukan dengan bajet rendah, jadi hal bajet dan persediaan bukan halangan. Tidak semestinya mahu bermain bola hanya dengan bajet besar sahaja. Bajet bukan penentu mutlak sebuah pasukan yang bijak.

Begitu juga dengan keputusan pengadil. Jang dah koba dalam artikel lepas, JANGAN BIARKAN KELEMAHAN MUTU PENGADILAN DIJADIKAN FAKTOR UNTUK KITA TIDAK MENANG! Dalam perlawanan menentang UITM lepas, gol pertama mereka terhasil selepas Kapten Norhafiz Zamani kehilangan bola diluar kotak penalti UITM. Bola terus dilambung ke bahagian tengah dan dengan satu tolakan melepasi benteng pertahanan Negeri. Kedudukan pemain UITM TIDAK OFFSIDE (selepas Jang melihat ulang tayang di Mycujoo) jadi gol mereka sah. Negeri Sembilan sepatutnya dianugerahkan sepakan penalti selepas bola terkena tangan bek UITM namun dalam situasi ball to hand itu, pengadil memilih untuk meneruskan permainan.

Untuk menang, pasukan Negeri Sembilan wajib menjaringkan gol, Untuk mendapatkan gol, wajib menyerang dan membuat percubaan ke gawang UITM. Jika 3 orang tak cukup, naikkan kesemua pemain Negeri Sembilan untuk membuat serangan. Manchester United pernah menaikkan kesemua pemain ke dalam kotak penalti lawan, termasuk penjaga gawang, Peter Schmeichel kerana terdesak mahukan gol. Negeri Sembilan tidak boleh bermain macam biasa apabila masa hanya tinggal 5 minit dan kita perlukan 1 gol lagi untuk layak. Jang berani katakan, Jang tak nampak urgency dan kemahuan secara berpasukan untuk mendapatkan gol. Macamana nak menang? Kalau takda pengadil pun dalam perlawanan tersebut, kita tak menang juga.

Keputusan pengadil adalah muktamad. Tak guna menjerit memaki dan marah-marah lagi. Ini bola sepak professional yang diberi masa 90 minit untuk mencipta kemenangan. Bagaimana mahu dapatkan gol? Takkan nak Jang tukar seluar pendek dan gantikan Igor?

Mula la naik darah Jang balik ni! Lain kali Jang sambung bedah siasat.

Jang,
Pakar Forensik Bola sepak

 

Buapak Bolasepak Beradat