/Negeri Sembilan, selagi Sangkakala belum ditiupkan!

Negeri Sembilan, selagi Sangkakala belum ditiupkan!

Baru-baru ini Jang menonton satu dokumentari bersiri bertajuk Sunderland Till I Die di siaran TV berbayar, Netflix. Mula-mula Jang berbaring di sofa empuk jenama IKEA yang Jang beli 10 tahun dahulu. (amboi! lepas Netflix, IKEA pun nak iklan percuma) selepas 20 minit, Jang terus duduk tegak dan terus menonton episod demi episod sehingga habis! Meremang bulu tengkuk Jang ni, tak senang duduk jadinya. Rasa nak berlari ke stadium Paroi dan menjerit sambil mendepa tangan diteres stadium;

“Negeri Sembilan!!!!! selagi Sangkakala belum ditiupkannnnn!!!!!”

Sunderland adalah sebuah bandar perlabuhan yang terletak di Tyne and Wear di utara England. Pasukan bola sepak mereka adalah Sunderland FC. Di Sunderland, hidup mati dan ekonomi mereka adalah bergantung kepada kelab bola sepak Sunderland FC. Jika kelab power, mereka bahagia dan ekonomi boom! Jika tidak, hidup berduka dan ekonomi menjadi lembap. Punyalah mereka fanatik pada pasukan sendiri, mereka ada gereja yang servis khas untuk penyokong Sunderland dan Paderi yang berkhutbah dan berdoa agar Sunderland FC diberi kejayaan.

Tetapi nasib Sunderland FC diliga Perdana Inggeris tidak berapa baik. Musim 2018 mereka disingkirkan untuk bermain di liga Championship. Penyokong, tidak kira muda atau tua kerepot, budak atau gadis manis, tetap datang memberi sokongan dan memperbaharui season pass mereka. Untuk rekod, pembelian pas bermusim diuruskan dikaunter tiket sahaja, tak perlu beratur sampai malam di pejabat kelab. Hmmm. Selepas semusim bermain teruk di Championship, Sunderland FC tersungkur pula ke Liga division 1 (Kira macam dari Liga Super ke Liga Perdana dan turun ke Liga FAM) dan semua ini berlaku dalam tempoh 365 hari!

Gila! dalam setahun Sunderland FC diaibkan dan dicampak turun 2 liga kebawah. CEO ditendang keluar, kelab dijual kepada pemilikan baru, pengurusan dibubar dan dirombak semula, staff dan pemain tidak pasti nasib mereka. Kau agak apa penyokong mereka buat? Mereka kecewa, mereka memaki dan marah. Selepas itu mereka pergi bar, minum dan kembali menyanyi dan berjanji akan terus menyokong Sunderland sampai ke hujung nyawa. Mereka tidak berganjak, mereka tetap turun ke Stadium of Light. We are Sunderland! Sunderland til i die!

Well, itu Sunderland, sebuah kelab sederhana di England. Kita Negeri Sembilan dan Selamanya Negeri Sembilan selagi Sangkakala belum ditiupkan!

Jang suka reaksi Sekelian Yang Setia apabila pasukan kita diaibkan UITM FC minggu lepas. Kita marah, kita kecewa, kita memaki dan kita meroyan bagaikan tiada pedoman. Itulah petanda kita sayang kepada pasukan dan tidak rela maruah pasukan kita diinjak-injak musuh dilopak kita sendiri. Seperti mana Jang selalu sebut dahulu, penyokong sekarang sudah bijak dan ada saluran media sosial untuk melepaskan amarah mereka. Apabila melihat pasukan bermain seperti enjin yang tidak berpelincir, kesilapan demi kesilapan dilakukan, maka mereka wajib marah. Ketahuilah, penyokong yang mengamuk adalah jauh lebih baik dari yang dont give a flying fuck about team performance tapi terus memperlekehkan kita di media sosial.

Kau ingat tak ada penyokong Negeri Sembilan yang tak turun stadium, tak marah dan tak peduli tapi guna media sosial beri komen menghina dan memperlekehkan? Jang kenal ramai tapi itu bukan isu penting. Cuma Jang nak kata, penyokong mengharagai pasukan dengan cara begitu, maka pemain dan pengurusan redho ajelahhhhh.

Benar, pasukan kita dibarisi pemain muda dan kekuatan pasukan belum kukuh, tetapi dalam bola sepak kompetitif zaman ini, sebarang kesilapan akan dihukum. Masa bukan kepunyaan sesiapa dan tidak pernah diambil kira oleh sebahagian penyokong. Bagi mereka, muda atau tua, baru atau lama, pasukan mesti bermain dengan baik. Kalah atau menang, bukan dalam kawalan jurulatih, pemain atau penyokong tetapi bermain baik adalah kewajipan pemain.

Dalam kesebelasan utama, ada seorang dua tak perform atau tak menjadi itu biasa. Tapi jangan la cepat sangat merebaknya penyakit tu dalam satu pasukan. Membuat bertambah luka, nostalgia Amar Sudar melakukan kesilapan ketika kita kalah di Melaka musim lepas (tak silap, juga dalam perlawanan ke 3) masih belum sembuh. Adakah ini kebetulan atau sekadar menduga kebijaksanaan Jang? Hmmmm

Oklah, Jang percaya pasukan kita akan bangkit semula dalam perlawanan akan datang. Untuk rekod dan berdasarkan keputusan-keputusan lepas, UITM FC memang Jang dah label sebagai pasukan liat dan pengacau, sama seperti Perlis. Pasukan kita banyak dikecewakan dan rugi mata dari pasukan pengacau ini. Maksud Jang, sepatutunya kita kutip 3 mata dari pasukan seperti MIFA, Perlis, UITM FC musim lepas, tapi akhirnya seri lalu kita pun tersungkur.

So, musim ini, be humble, jangan pandang rendah pasukan lawan, walau ianya pasukan amatur takda gaji. Ambil 3 mata atau penyokong akan buta-buta memaki sehinggakan iblis dan syaiton pun malu mendengarnya!

Selamanya Negeri Sembilan selagi Sangkakala belum ditiupkan!