/Negeri Sembilan vs JDT II – Pre-match

Negeri Sembilan vs JDT II – Pre-match

 

Naik ke Liga Super! Itulah yang kerap disasar pihak pengurusan dan sering dilaung oleh penyokong Nismilan. Sampaikan den rasa kalau naik Liga Super, maka ketandusan idea lah penyokong Nismilan untuk berbincang hal bola sepak negeri beradat ni. Jadi, untuk sekelian kalinya, den nak ajak korang semua meneliti, menganalisis dan mengkaji peluang sebenar Nismilan untuk ke Liga Super musim depan.

 

Nismilan sekarang ni nombor 5 liga dengan 25 mata. 3 mata di belakang UiTM FC di tangga ke-3. Tapi Nismilan ada 1 game in hand. Maka untuk mencerahkan peluang ke Liga Super, kena lah menang lawan JDT II malam ni. Sebabnya? 2 pasukan yang menghuni tangga ke-2 dan ke-4 ni memang tak boleh naik Liga Super pun. JDT II dan TFC II. Dah lah tak boleh naik liga, sibuk duduk dekat atas. Hmm. Biarlah. Lain kali kita bincang pasal mereka.

 

Robert Pires celup. Foto – JST

UiTM FC berdepan tugas sukar sebab akan lawan Sabah yang telah pun booking tempat mereka ke Liga Super. Sabah pastinya nak menang sebab dah 23 tahun tak menang sebarang trofi. Kononnya nak menang lah kali ni. Kalau menang, rasanya mereka memang layak pun. Selain mengharapkan UiTM FC drop points, Nismilan kena pastikan mereka mengutip mata penuh malam ni. Tapi JDT II ni ada Robert Pires celup! Tahukah anda bahawasanya Pires celup ni pernah julang trofi Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia? Kiranya ada championship pedigree lah. Dengan pertahanan Nismilan yang tengah bermasalah ni, JDT II tak perlukan Pires celup yang in form pun untuk menjaringkan gol.

Robert Pires sebenar.

 

Tapi Pires celup ni mungkin tak diturunkan sebab injured masa lawan Sabah haritu. Setidaknya kuranglah pemain yang perlu diawasi pertahanan Nismilan. Namun ada 2 lagi pemain yang perlu dikawal rapi. Nico Fernandez dan the sensational youngster, Ramadhan Saifullah yang baru berusia 19 tahun. 2 gol telah dinaringkan dalam 3 atau 4 penampilannya. Nico ni pulak bertindak sebagai attacking midfielder yang akan menghubungkan gerakan dari barisan tengah ke jentera serangan. Kalau defensive midfielder Nismilan lompong dan hompong malam nanti, jangan haraplah nak skuad Mat Zan nak kutip 3 mata.

 

Sudah-sudah lah bercerita hal pasukan lawan. Kita fokus kepada Nismilan pulak. Sedar atau tidak, hampir setiap tahun cerita Nismilan ke Liga Super ni pasti melibatkan kita berharap kepada pasukan lain untuk kalah lah, seri lah. Perasan tak? Dan ada satu atau dua musim tu, pihak lawan dah drop points dah, tapi dengan selamba dan tanpa rasa bersalah Nismilan pun turut sama drop points. 

 

Pada den, untuk layak ke Liga Super ni first and foremost ialah jangan berharap kepada pasukan lain. Macam Sabah.Jadi Nismilan kena fokus untuk menang perlawanan mereka sahaja. Hal ini perlu juga diaplikasi oleh penyokong. Sebabnya? Supaya tidaklah terlalu berharap dan kemudian kecewa ibarat ditinggalkan kekasih yang berada di puncak menara gading. Sedangkan aku hanya mampu bermimpi untuk ke puncak sepertinya. Ehem.

 

Jadi, bersediakah Nismilan untuk ke Liga Super musim depan? Adakah pemain yang sama akan kekal musim depan? Kontrak Ferris Danial akan tamat hujung musim ni. Rasanya nak ke dia sambung kontrak? Bukan den tak nak Nismilan naik Liga Super. Cuma kesediaan dan kelangsungan untuk berada di Liga Super tu yang den pertikaikan. Kewangan, kualiti pemain, squad depth. Semua ni merupakan masalah. Setidaknya, kita tahu keupayaan Coach Mat Zan yang mampu bimbing pasukan Melaka United dari Liga FAM sampai ke Liga Super. Tapi faktor-faktor lain yang disebutkan tadi yang menggusarkan hati ini.

 

Katalah Nismilan berjaya naik Liga Super musim depan, kemudian turun semula ke Liga Premier musim berikutnya. Adakah pengurusan dan penyokong akan puas hati? Sebab benda ni dah pernah berlaku. Den tengok orang yang bersorak mahu Nismilan naik ke Liga Super dengan apa jua cara nilah juga yang akan memaki hamun apabila Nismilan kembali semula ke Liga Premier. Padahal pasukan masa tu memang susah nak kekal di Liga Super. Entahlah. Mungkin expectation kita terlalu tinggi.

 

Macam den cakap, bukan tak nak ke Liga Super. Kalau ada peluang why not? Cuma kalau turun semula ke Liga Premier, kita sebagai penyokong tak boleh lah nak mengeluh sangat. Tengok dulu keadaan kewangan dan kondisi team. 

 

Apa yang penting ialah game malam ni. Make sure at least dapat 1 mata. Kalau dapat 3, itu bonus. Apa jadi kat Stadium UiTM Shah Alam tu pergilah mabuk. Fokus hal kita. Jadi, ayuh lah kita penuhkan STAR malam ni. Bagi sokongan dan sorakan penuh. Kalau boleh biar Pires celup tu koyak dan tak boleh main. Tanggungjawab kita sebagai penyokong ni jangan sesekali diabaikan!

 

Sekian,

MUSUHNYA HABIS BINASA!

Kid.

Greatness