April 26, 2024

Nogorilisasi – Pemain kacukan masuk suku

3 min read

Ianya rasmi dilaman twitter. Kevin Gunter dan Daniel Ting akan bermain untuk pasukan Nogori Sembilan untuk musim 2016 nanti. Kedua pemain telah pun menaikkan status dilaman twitter perkara ini. Jang juga ada baca bahawa kedua pemain ini dipinjamkan dari Johor. Tak pasti Johor mana, JDT atau Johor 2. Itupun Jang baca dilaman twitter juga. Seorang lagi pemain yang menaikkan status dilaman twitter akan bermain dengan pasukan Nogori Sembilan adalah Borbor Sam, pemain import dari Nigeria.

Ini satu berita baik.Setakat ini Jang belum berkesempatan untuk melihat lagi permainan mereka di stadium Paroi. Hati ini masih sakit lagi dengan peristiwa musim lalu. Luka ini terlalu dalam dan akan mengambil masa untuk sembuh sepenuhnya. Esok elok la tu.

Daniel Ting ini omak eh orang Putih, abah eh orang Malaysia. Umur dia baru 22 tahun dan pernah bermain di kelab Droylsden FC diposisi bek kiri. Kalau nak tahu, kelab Droylsden FC ini terletak hanya 20 minit dari Old Traffod, di Manchester sana. Diberitakan, jika Daniel Ting tidak ke Malaysia, dia akan menyertai akademi United kerana bakat dan gayanya saling tak tumpah macam Denis Irwin dulu. Kat sini kita dah nampak gaya pertahanan Nogori Sembilan musim depan.

Kevin Gunter pula omak eh orang Sarawak, abah eh orang Switzerland. Umur pun sama 22 tahun dan pernah bermain dengan kelab SC Young Fellows Juventus dan kemudian dengan FC Weidikon. Kau tengoklah nama kelab tu, Juventus! Tak payah nak borak lagilah macamana hebatnya Kevin ni nanti. Posisi dia pulak attacking midfielder. pehhh!

CSX5CbKVAAAfPUN

Borbor Sam ni omak+abah eh Nigeria. Lahir tahun 1995 dan pernah bersama kelab Perth Glory FC. Bermain di posisi penyerang dan makanan kegemarannya gulai daging salai. Tak banyak Jang boleh kongsi maklumat tentang BorBor Sam ini kecuali rambut dia dreadlocks dan dia suka bergambar bogel. Adakah beliau nakal seperti Balotelli? Adakah permainannya juga sama seperti Balotelli ketika di Liverpool? Simpang malaikat 44!

Ketiga-tiga pemain ini mempunyai satu persamaan yang sangat mengujakan, iaitu mereka masih muda. Jang membayangkan kalau muda mestilah lincah, laju dan bertenaga sepanjang 90 minit masa permainan. Kalau musim lepas PBNS mengambil Bruno Martelotto yang dah berumur 33 tahun sebagai pemain import. Walaupun dia masih mempunyai semangat tetapi ketajamannya, larian dan tenaganya tak sama seperti ketika dia menyarung jersi MBPJ ditahun 2003 dulu. Tak berbaloi! Dari atas teres stadium dah jelas dia sudah tua.

Satu lagi persamaan ketiga-tiga pemain ini ialah mereka suka selfie atau ambil gambar depan cermin.

Pemain muda ini kita boleh perah tenaganya dan masih boleh dibentuk sedikit atau diberi idea taktikal yang pelbagai. Kalau dah tua, susah sikit la. Selalunya yang tua ini bermain ikut tenaga. Sebut pasal tua, Jang ada juga menghidu bau Shukor Adan di Paroi. Adakah beliau akan kembali bersama skuad Jang? Jika betul, ini sesuatu yang mengecewakan. Bukan apa, kalau ikut janji Tok Mat dulu nak ambil pemain muda dan baru. Kalau ambik muko lamo, gayo lamo lah permainannya. Lagipun Shukor Adan ada perangai suka mengawal pemain atau bossy. Ini tidak sesuai kepada pasukan dan pemain baru.

Sementara itu, ultrajang.com mengucapkan selamat berjaya kepada pasukan JDT yang akan bertanding diperlawanan akhir AFCCup. Mereka harus berbangga kerana layak atas merit kekuatan pasukan mereka. Mereka juga layak dan pergi jauh kerana pengurusan mereka bagus.

PBNS dengarnya nak jadi bagus juga musim depan, betul keee?

0Shares

2 thoughts on “Nogorilisasi – Pemain kacukan masuk suku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.