/NS Matrix bukan jawapan

NS Matrix bukan jawapan

Artikel kali ini adalah sumbangan saudara EncheMarchisio dari Seremban. Beliau tidak berniat mencari pasal, tapi itulah sudut sukar. Hantar artikel di ultrajangmag@gmail jika ada sesuatu yang mengusik jiwa bolasepak anda.

2015 Kemana Hala Tuju PBNS??

Musim baru liga tempatan bakal bermula tidak lame saje lagi. Bermacam kontroversi berlaku dari segi perpindahan pemain dan xkurang heboh juga dengan hak penyiaran. Banyak muka baru (baru tak baru sangatla) ditonjolkan oleh PBNS dan tak kurang juga dengan pemain tangkap muat walaupon PBNS tahu ini sedikit sebanyak merugikan malah tidak mendatangkan untong.

Musim lepas telah menyaksikan pengurusan caca-marba PBNS dengan sang presiden jadi pengurus pasukan kononnya untuk lebih dekat dengan pemain walahal jarang datang ke stadium dan tidak kurang juga dengan melantik penolong pengurus dengan sebegitu ramai. Itu belom lagi masok cerita dengan “tapak semaian” sewaktu pasukan bungkor dengan menduduki tangga tercorot dalam Liga Super 2013.

Penjenamaan

Dengan penjenamaan semula pasukan kepada NS Matrix (umum ramai yang dengan nama pasukan seolah-olah telah diswastakan walhal tukar nama sahaja) banyak pihak penyokong terutamanya membuka mata dengan menghadiri perlawanan pra-musim. Jumlah kehadiran yg boleh dikatakan membanggakan tidak seperti sebelum ini yg hanya penoh dibahagian grandstand. Penyokong seolah-olah mendapat suntikan untuk menyaksikan pasukan bermain. Tidak kurang juga membeli jersi baru untuk musim baru. Tidak seperti musim2 sebelomnya yang mana stadium lengang tiada jualan merchandise dan sebagainya. Akan tetapi bagi aku masih ade banyak yang kurang dan PBNS wajar memperbaiki sebelom diswastakan sejajar dengan visi presiden yang mahu PBNS diswastakan pada tahun 2016.

Rombakan yang boleh dikatakan besar-besaran sehingga boleh dikatakan hampir semua muka-muka baru seolah-olah pasukan hampir hilang identity dengan kemasukan pemain bukan kelahiran Negeri Sembilan. Hal ini bagus, tapi tahukah PBNS bahawa pasukan semakin hilang identity dengan penjenamaan semula pasukan? Ini seperti “Pasukan Matrix Concept Cawangan Negeri Sembilan” yang bertanding dalam Liga Super. Ya, mungkin sesetengah pihak berkata bahawa Matrix Concept merupakan penaja utama pasukan tapi bagi aku , aku lebih suka sekiranya penjenamaan pasukan lebih kepada concept FC yang mana Matrix Concept menjadi pemegang saham utama atau pon “orang yang memmberi modal besar” kepada pasukan. Dengan langkah ini aku pasti sedikit demi sedikit menjadi “shareholder” di dalam pasukan dan sedikit sebanyak membantu dana atau apa sahaja yang difikirkan relevan untuk pasukan.

Penaja Pasukan

 Penajaan pasukan masih lagi bagi aku menjadi isu bukan sahaja untuk pasukan NS malah isu kepada pasukan lain di Malaysia. Semua mengetahui JDT mempunyai penaja yang banyak kerana jenama JDT itu sendiri dan tak kurang juga bantuan TMJ mencari penaja pasukan. Persoalannya disini sejak dari penarikan Dunhill selaku penaja utama liga dan Astro bakal tidak menjadi penaja utama siapakah bakal menjadi penaja pasukan? Adakah PBNS akan terkial-kial menunggu peruntukan dana dari kerajaan negeri ataupon hanya mengharapkan Matrix Concept sahaja? Ini adalah cabaran aku kepada pucuk pimpinan PBNS. Sekiranya mereka berjaya mendapat penaja dari mana-mana pihak maka aku merasakn mereka-mereka semua layak untuk duduk di kerusi empok sana sekiranya gagal , ada lebih baik mereka berambus dan beri kepada yang layak. Penyokong sekarang semakin cerdik dan mereka reti menilai maka sekiranya PBNS tidak mahu bingit telinga ataupon lihat stadium kosong ,  maka mereka perlu mula lakukan sesuatu.

Mungkin kerja ini agak sukar tetapi berkat usaha ia boleh dilakukan. Pemaju perumahan semakin banyak membina rumah sama ada di Seremban malah ditempat lain malah menjual dengan harga yang boleh dikatakan agak gila. Secara logiknya , sekiranya ade 2 atau 3 pemaju yang menjadi penaja maka ini adalah petanda positif selain dari mengharapkan tajaan Matrix sahaja.

 Fasiliti

 Seperti yang diketahui fasiliti pasukan kita adalah ditahap mengecewakan. Selain stadium Paroi dan padang PBNS tidak ada fasiliti lain yang bagi aku memuaskan hati. Sudah tahun 2015 tetapi fasiiti seperti tahun 80an. Bagi aku PBNS tidak serius dalam membangunkan pasukan. Bukan hendak membanggakan pasukan JDT tetapi lihat sahaja fasiliti mereka. Bukan mahukan perubahan serta merta tetapi perubahan secara berperingkat-peringkat dengan kemudahan yang terbaru. Sekiranya PBNS serius untuk penswastaan maka ini juga merupakan satu kepentingan dalam langkah penswastaan.

Oleh itu bagi aku persoalan ini aku lontarkan sekali lagi kepada PBNS

“Kemana hala tuju PBNS pada 2015 selain dari menyaksikan pasukan layak ke Liga Super 2016?”

 Dan aku tak teragak-agakl melancarkan kempen ‘Rombak PBNS’ sekiranya PBNS gagal lagi pada tahun ini. Cukup-cukuplah aku bersabar.

Logo Baru PBNS

Lama establish dah ni..

TAGS: