/NS Matrix mengawal paksi bumi.

NS Matrix mengawal paksi bumi.

Kedudukan NS Matrix di tempat pertamo carta liga Perdano sekarang ni bukti kesimbangan kosmos dunia berada pada paksi sebenar. Putaran bumi bergerak pada kelajuan yang sempurna bagai baru di tukar minyak gearbox. Perubahan cuaca terus menjadi baik dengan hujan sedikit-sedikit pada belah petang, cukup untuk mengairi lembah yang kering. Pakcik dan penanam sayur memanjatkan kesyukuran kerana tugas berat menyiram tanaman boleh di selang selikan dengan bantuan hujan. Angin Selat Melaka dan Laut China Selatan bertiup sepoi bahasa, sesuai untuk perahu kecil keluar mencari rezeki.

Kedudukan Ringgit kukuh berbanding Rupiah. Harga minyak mentah di pasaran juga masih terkawal, tidak murah,tidak pula mahal walau Petronas jamin tiada pembuangan pekerja tetapi bonus mungkin tidak sekencang selalu. Itupun masih ramai kakitangan mereka poyo berjalan di KLCC dengan badge dan nametag masih lekat di dada. hmmm..

Kenaikan sederhana RON95 mungkin memberi sedikit nafas lega pada peruncit/pengusaha stesen minyak tapi adakah pam angin akan terus mereka abaikan? Puas la melompat dari satu stesen ke satu stesen untuk jumpa pam angin yang baik. Hangin juga satu badan. Satu hal la, masa minyak mahal dan mereka kaut keuntungan yang banyak, ada mereka ingat nak betulkan pam angin?

Cuaca politik juga nampak seimbang di mana kedua belah pihak saling bermusuhan dan mengata di antara satu sama lain. Si anu kata dia ni bodoh, si dia kata si anu ni baghal. Seimbang la tu.

Ini adalah kesan dari kesimbangan kosmos bila NS Matrix mengungguli liga. Hal macam ini kita kena hadap dengan tenang. Jangan cepat melatah, jangan cepat mengata orang itu ini. Itu bukan budaya kita. NS Matrix menang sebab mereka hebat. Mereka bermain hantaran pendek yang cukup asing pada pasukan lawan. Korang ingat naik bas sponsor dengan duduk bangku Recaro boleh buat dunia ini jadi seimbang ke? Masih jauh ketinggalan lagi pemikiran begitu. Tetapi rilekssss… selagi NS Matrix ada, kesimbangan dunia insyallah akan sentiasa berada pada paksi sebenar.

11039810_10152782126370980_8232883769245342669_n