/NS Matrix yang mati dulu..bukan Doe!

NS Matrix yang mati dulu..bukan Doe!

Musim gelap bolasepak nogori akhirnya sampai kepenghujungnya.

Jang teliti semula rentetan peristiwa yang berlaku dari hari pengenalan pemain pada petang 6 Disember 2014 di Centre Court, Paroi sampailah ke hari sangkakala ditiupkan ke telinga semua pemain semalam lalu kembalilah mereka semua ke alam baka.

Tak! Jang nak pergi lebih jauh, ke hari pengenalan pemain di Allson Klana pada musim 2013. Jang hadir pada kedua-dua majlis ini. Jang ada rekodkan semua ucapan Tok Mat, sebagai Presiden PBNS, Jang ada rekodkan perbualan Jang dengan V. Sundramoorthy, K. Devan dan beberapa pemain lain. Semuanya ada dalam bentuk audio, video dan penulisan.

Dari hari pengenalan pemain dibuat ke hari mereka beraksi di padang yang Jang berkesempatan untuk pergi, hinggalah ke hari mereka digugurkan, apa yang Jang dapat simpulkan adalah – pembaziran umur yang dihabiskan secara melampau!

Jang tak terkilan sangat sebab Jang tak pernah berhenti memaki mereka. Segala jenis tok nenek maki dah dihamburkan. Adakah salah memaki PBNS dan pemain? Ada masa 6 bulan rehat semester ini, kau fikirlah jawapannya.

Tak perlu nak ulas satu-satu sangat. Membazir data saja.

Berat hati Jang nak marah ke Tok Mat. Dia MB Jang. Tapi dalam hal bolasepak berpelembagaan, Tok Mat kono tau dan fahamlah kehendak peminat bola. Dalam ucapan pada 6hb Disember 2014 lepas, Tok Mat sendiri meluahkan rasa marahnya apabila dia diserang di fesbuk oleh beberapa peminat. Dalam ucapannya pada tahun 2013 di Allson Klana, Tok Mat kata nak sumbat mulut pemain dengan batu kerikil sumbangan Negri Roadstone kalau main serupa taik.

Tapi sepanjang musim hanya 2,3 kali saja nampak Tok Mat di grandstand. Fahamlah, ada tugas yang lebih penting untuk negeri, dan bukan kehadiran yang diharap dari peminat, cuma angkatan atau barisan kepimpinan lain itu eloklah Tok Mat gugurkan terus dari sebarang aktiviti melibatkan manusia.

Arahkan penukaran kerja jaga sawit ko, gotah ko, tanam cili dengan FAMA ko, jago lombu ko..apa sajalah. Sebab mereka terlalu angkuh untuk realiti bolasepak Negeri.

Sudah 2,3 hari Jang merasa sedih. Punyalah Jang sedih, sampai timbul rasa bersalah dan keinsafan kerana terlalu asyik menghina pasukan lain selama ini.

Liverpool bila main?

Kongsi artikel ini: