NSFC| AK47 bakal meledak di Paroi
2 min read
Lama betul Jang absence dari scene bola dan FB sebab Jang keluar 40 hari. Lagipun Mario Benedetti, seorang journalist, poet dan penulis masyur bangsa Uruguay pernah berkata; “when everything you offered was not enough, offer your absence.” Begitu puitis dan menusuk sekali pemikiran beliau.
Kemasukan Aboubakar Kamara atau nama ganasnya AK47 kedalam skuad NSFC adalah sesuatu yang baru dan Jang tak sabar melihat aksi beliau. Mengikut rekod yang Jang korek melalui beberapa agensi berita bermaruah, Jang membuat kesimpulan awal, dan ini termasuk faktor usia beliau, jika Aboubakar Kamara berjaya membuat conversion rate 20% pun dah dikira bagus. Jika lebih, dikira bonus.
Mesingun AK47 pun sangat bergantung kepada siapa yang memegangnya. Kalau ditangan askar yang lemah, sebutir peluru pun tak muntah. Maksud Jang, Jika Aboubakar tidak disuap sempurna, dia hanyalah menambah beban. Ini bukan Aboubakar yang beraksi bersama Fulham dibawah bimbingan Ranieri. Macam Kalashnikov yang tidak diminyak dan diservis, dimakan karat juga.
Maka jangan expect dia akan naik mencari bola macam J.Esso. Jangan mintak dia jadi flanker atau mencuba dari luar kotak (takda rekod dia gol dari luar kotak) atau apa-apa sahaja. Dia adalah AK47. Jika kau tak bagi peluru, dia guna buntut mesingun itu untuk garu belakang badan dia saja.
Oklah, ada banyak lagi fakta menarik dan red flag cuma seperti biasa, kita bagi peluang kepada AK47 untuk meletup dulu. Jika sekadar keluar asap, maka Jang akan bawak senapang patah tembak tupai ke Paroi dan bawa dia keluar memburu.
Tapi, good timing juga sebab Ultraman Mio pun cedera lama untuk pulih walau dia dah terbang kelangit namun lampu merah didada terus berkelip.
Jang,
Full Metal Jacket
