NSFC| Saya Mahu Gol Dan Saya Mahukan SEKARANG!
2 min read
Lord Fakri pernah berkata “Jika bola itu taknak masuk, buat la macam mana pun, dia tak masuk juga” Ada benar kata-kata itu tetapi ianya bukanlah kata-kata hikmah ala Orwellian atau Dali. Ianya adalah Takdir. Tapi kita boleh ubah takdir dengan usaha, doa, ikhtiar dan sebagainya. Contoh takdir ini seperti rezeki, umur, kesihatan dan kejayaan. Kalau ada usaha, doa dan ikhtiar, adalah gol. Jika cepat berserah atau salahkan takdir, mudah bona la hidup ini.
Mengambil contoh, Messi berkata dia bukan hanya mahu jaringkan gol tetapi menjaringkannya disaat-saat pasukan memerlukan gol tersebut. Haaland pula kata “menjaring gol adalah keistimewaanya dan aku benar-benar hebat melakukannya” CRonaldo kata “tengoklah jumlah jaringan gol aku, kena ke aku cipta apa-apa ayat motivasi?” – ayat ni Jang cipta sendiri.
Jika bola itu taknak masuk, Karim Benzema akan masukkan. Bergson akan masukkan dan selagi tak masuk, mereka akan ubah takdir dengan berusaha lebih hebat sehingga masa tamat. Dengan kata lain, jika sudah terpilih masuk padang, cipta jaringan. My point is, usahlah digunakan lagi takdir Lord Fakri, baik secara sinis atau serius. Gunalah ayat Jim Morrison; We want the world and we want it NOW! Saya mahu gol dan saya mahukannya SEKARANG!
Didalam padang pasukan NSFC sekali lagi menunjukkan aksi seperti boleh menang. Mendominasi permainan dan kesemua pemain menunjukkan mereka pernah berlatih selama 5 minggu. Jang lihat tiada seorang pemain pun boleh menimbulkan kemarahan penyokong. Marah sikit-sikit tu biaso la. Bondo boleh tap masuk kan?
Tetapi bagaikan badi, kita masih tidak dapat menang bergaya lagi. Seri pun kerana dapat penalti. Walaupun gol penalti masih dikira gol, tetapi tak silap dah 3 kali kita dapat gol penalti. Dengan kata lain, tanpa gol penalti kita mungkin kalah. Dengan maksud lain juga kita tidak dapat menjaringkan gol dalam permainan terbuka. Kena mandi bungalah atau buat kenduri doa selamat jamu pulut kuning.
Tapi keyakinan masih ada dan kuat. Cuma kita bukan lawan yakin, kita lawan bola. Mungkin usaha dan tawakkal dah ada cuma nafsu, keinginan dan doa selamat masih malu untuk ditunjukkan.
Jang.
