/Oi bindippers!

Oi bindippers!

Adalah tidak manis kalau aku terus berdiam diri saja dengan kehadiran bindippers ke bumi Malaysia ini. Walau kekuatan pasukan Liverpool sekarang hanyalah pada assobiyah dan ketumbukan penyokongnya sahaja (kekuatan pasukan dalam padang adalah satu kelucuan), aku tetap akan memberi sedikit hormat kepada Liverpool dengan terus menghina mereka. Takkan lah sebab mereka tidak kuat lagi, maka kita boleh diamkan saja. Tidak manis…tidak manis.

Sekurang-kurangnya artikel dari blog ini memberi mereka sedikit feel yang pasukan mereka masih kuat (dan diberi perhatian)

Aku diberitahu, artikel aku semalam telah menaikkan kemarahan beberapa individu atau kumpulan. Aku tak tanya pula kat bahagian mana yang mereka marah, tapi tak apa. Biasolah tu. Kalau mereka marah, itu tanda mereka tulen.

Tujuan dalam permainan bola adalah untuk mencari kemenangan dan dari menang kalah itulah berpuncanya amalan musuh memusuhi. Ini tradisi dalam bolasepak dan ianya bukan kotor atau negatif. Liverpool bermusuh dengan Everton dan juga (kononnya!) Manchester United sementara Manchester United dicemburui oleh seluruh pasukan lain. Aku beranggapan adalah pelik kalau kau sokong Manchester United dan Liverpool serentak. Adalah pelik kalau kau sokong Manchester United tapi tak benci Liverpool sangat dan sebaliknya. Ada ke peminat Liverpool yang tak benci United?

Ultrajang.com tidak bersama mana-mana organisasi yang memboikot perlawanan malam ini. Ultrajang.com hanya benci Liverpool. Bukan manusia dalam Liverpool. Bukan penyokong Liverpool. Ok, ada la sikit penyokong mereka yang ‘dia boleh kutuk team orang, orang kutuk team dia, dia meroyan’. Itu Jang bonci! Mereka macam tidak faham konsep banter/troll atau suka-suka kutuk pasukan lawan untuk ceriakan mood bola. Konon serius sangat dengan pasukan mereka. Serius memang la serius brader.. tapi ..macam aku cakap tadi, hal ni bukan kotor atau negatif. Boleh marah, boleh mempertahankan maruah pasukan tapi sampai serang peribadi atau siap boikot adalah tanda penyokong tidak tulen. Kau macam tu ke?

Fikir semula, lebih 20 tahun Liverpool tak menang piala inggeris..ini hal serius…serius bak hang! Macamana nak menang piala, orang beli Benzema, dia beli Benteke. Janji Ben! ye tak?

KAHKAHKAHKAH!

Sementara itu, usaha Liverpool menemui waris mangsa MH17 dan menziarahi kubur mangsa adalah suatu perkara yang sangat mulia.

Buapak Bolasepak Beradat