/Oi wankers! You’ll Never Walk Alone.

Oi wankers! You’ll Never Walk Alone.

Tidak berapa lama saja lagi negara yang kita cintai ini akan menyambut hari kemerdekaan. Hari dimana kita dibebaskan dari cengkaman penjajah inggeris setelah lama mereka mengaut segala kekayaan yang ada dibumi bertuah ini. Kita memerdekakan negara kita dari terus mengikut telunjuk penjajah yang sewenangnya memerintah. Emas dan bijih timah negara kitalah yang banyak membantu menyelamatkan negara British dari bankrap dahulu.

Ini semua sejarah.

Kemerdekaan ini masih lagi baru dan hijau. Ramai lagi pejuang kemerdekaan kita yang masih hidup dan menghirup udara segar kemerdekaan. Merekalah yang membina batas dan denai untuk kita lalui. Merekalah yang menempuh onak duri supaya kita yang dibelakang boleh melaluinya tanpa calar dan luka. Setelah selesa, apa yang kita buat untuk merdeka?

Kita jemput lelaki inggeris datang semula ke Tanah Melayu. Kita kompangkan mereka di KLIA. Kita suap mereka pulut kuning, rempah ratus dan hidangan istimewa agar badan mereka sedap. Kita perah tenaga pemain bola kita untuk dijadikan penyedap, pemanas badan lelaki inggeris. Kita bayar mereka wang jutaan ringgit untuk mereka bawa pulang dan hidup senang lenang. Kita kenakan bayaran tinggi dan kita kaut keuntungan dari rakyat kita sendiri. Kita ubah jadual liga kita mengikut telunjuk dan masa yang sesuai untuk tuan inggeris kita.

Belum puas lagikah kita dijajah lelaki inggeris? Masih perlukah kita bertuankan bolasepak British selepas lama kita bertuankan mereka? Apakah sumbangan mereka terhadap kemajuan bolasepak kita? Jangan cakap kita banyak belajar atau menguji pasukan kita. Jangan fikir mereka akan beri kita sesuatu. Itu semua helah ahli politik pejuang palsu.

Ketika Arsenal datang ke Malaysia beberapa tahun dahulu, apa yang mereka sumbangkan? Apabila ditanya kepada Arsene Wenger tentang bolasepak kita, lihat yang dia jawab?

“Saya teruja dan kagum dengan stadium Shah Alam, kalau boleh saya ingin bawa ia ke England!”

Nampak? Takda benda lain dalam fikiran mereka, nak mengangkut dan menghabiskan saja harta kita. Kalau bagi komen tentang pemain atau permainan Malaysia, bukanlah pujian ikhlas sangat pun, tukang sapu Emirates pun tau kualiti pemain kita laa.

Ultrajang tidak menentang kehadiran pasukan luar kesini, tetapi biarlah ianya sebuah pasukan yang benar-benar hebat, bukan pasukan midtable lemah mental macam Liverpool. Ini pasukan lemah segala hal. Kelab yang menjual superstar mereka seperti Suarez dan Sterling dan menggunakan keuntungan itu untuk membeli Balotelli atau Milner atau Benteke adalah bukti mereka tidak bijak. Jadi apa yang kita dapat belajar dari kebodohan ini?

Liverpool juga terkenal dengan sikap perkauman dan membenci pemain kulit hitam. Ketika Suarez digantung kerana menghina Evra, keseluruhan pemain pasukan mereka memakai baju gambar Suarez sebagai bukti sokongan terhadap perkauman. Contoh beginikah yang kita mahu didik dan serap dalam jiwa peminat bolasepak kita?

Masihkah kita ingat ketika kedatangan mereka pada tahun 2011, apa terjadi di stadium Bukit Jalil? Pertelagahan berlaku diantara kita tentang patriotisme. Rakyat Malaysia yang menyokong Liverpool tidak menunjukkan sikap sporting terhadap pasukan negara sendiri. Baru nyanyi lagu You’ll never walk alone ramai-ramai dah rasa champions sangat. Inilah dakyah yang telah lama diguna pakai oleh penjajah dahulu.

Ingat! Bolasepak kita, wajah kita.

#SayNoToCircusTeam