/Pahang 4-0 Negeri Sembilan (Matchday 5 Liga Super 2018)

Pahang 4-0 Negeri Sembilan (Matchday 5 Liga Super 2018)

 

Hambar dan tiada idea! Inilah rumusan secara ringkas den untuk persembahan Nismilan malam tadi di Darul Makmur. Persembahan terbaik musim ini ketika bertemu Kedah disusuli dengan persembahan terburuk musim ini. Lagi buruk daripada lawan Melaka United sebab bolos 4 gol, dan tiada shot on target. Jangan kata on target, shot pun tak ada yang den ingat la.

 

Selepas persembahan defensive yang sangat baik ketika menentang Kedah dalam saingan Piala FA sebelum ni, persembahan tadi amat tidak boleh diterima. Janji-janji bermain possession den rasa boleh lah dicampak kan ke Selat Melaka. Tak main possession langsung tadi. Mungkin sebab pressing Pahang terlalu bagus. Tapi yang lebih sedih, berapa banyak kali kita kehilangan bola? Nak serang macam mana kalau nak pegang bola pun jadi isu besar?

 

Masa first half, Nismilan cuma mampu CUBA MENYERANG dari sayap kiri menerusi Khairul Anuar. Pertahanan Pahang patahkan cubaan menyerang tanpa perlu berusaha. Bersahaja. Macam main petang-petang. Benda ni jadi sebab Ferris Danial yang main di sayap kanan tak boleh terlalu ke atas untuk bagi extra coverage kepada Kalai yang gagal settle down sepanjang separuh masa pertama sehingga diganti Fauzan Fauzi sebaik second half start. Pada den, satu kesilapan menurunkan Kalai sebagai first eleven. Apa sebab Fauzan Fauzi tak diturunkan dari awal den tak tau. Sebab lepas Fauzan masuk, barulah hidup sedikit bahagian kanan. Tapi selepas ketinggalan 2 gol, memang sukar untuk Nismilan to get back in the game.

 

Itu satu perkara. Perkara kedua, MIDFIELD MANA? Nak main bola ke nak tengok kawan-kawan main bola? Den nampak Flavio cuba untuk buat game. Tapi nak bila nak pass, teammate ado kek Bahau! Kau main bola kek Kuantan, Pahang bai, apojadah eh kau ramai-ramai lepak Bahau? Sajo yo bakar darah den kan? Fauzan Dzulkifli langsung tak nak pegang bola. Bila dapat bola, pass ke belakang. Bila pass ke depan kena intercept pulak. Bila cuba untuk pegang bola lama sikit, kena disposessed pulak. Buntu! Yang pass belakang ni bukan Fauzan sorang je, hampir semua! Lepas tu nak dapat shot on target macam mana kalau asik back pass je? Den faham kau back pass sebab tak ada option nak pass ke depan, apa tak boleh ke suruh teammate main dekat sikit untuk kau pass?

 

Ada ketika midfield kita berjaya buat hantaran ke pemain sayap untuk menyerang. Tapi, bila nak cross tak ada rakan sepasukan dalam kotak penalti. Kesudahannya kalau tak back pass, hilang bola. Bila hilang bola, maka kelam kabut lah pemain kita  turun semula ke bawah untuk menghalang counter attack Pahang. Den cumo nak bagitau kau semuo, kitaran kolam kabut ni borulang sampai wisel penamat. Bukan setakat wisel penamat, tapi sehinggalah Abang Jamil mampus!

 

Kau semua nak tahu perkara ketiga? Defending. Bukan defense, tapi defending! Kena kitai! Huru-hara. Berterabur. Fauzan gagal bagi perlindungan yang secukupnya pada back four Nismilan. Pahang main pass-pass dekat final third Nismilan macam buat training! Betul-betul diuji la kesabaran den malam tadi.

 

Memang banyak yang negatif malam tadi. Tapi ada juga beberapa perkara positif. Ilham masih konsisten. Tapi yang den betul-betul rasa ada harapan ialah body language beberapa pemain yang masih tak putus asa. Fakrul Aiman, Khairul Anwar, Udom, Hazrul, Fauzan Fauzi. Pemain-pemain ini mungkin mampu ubah haluan pasukan kita. Itu sahajalah positifnya. Selebihnya hanya caci maki dan kata nista yang dihamburkan. Adalah sesekali tu berlari cari tempat berteduh sebab hujan.

 

KESIMPULAN : 

Terlalu banyak yang perlu dibaiki. Maaf cakap, Fauzan Dzulkifli kena lebih banyak influence perlawanan selepas ni. Tak boleh la macam tadi. Tak boleh. Teruk. Seakan-akan lari daripada bola.

 

Attacking trio kita tak dapat bantuan langsung daripada midfield. Den simpati dengan Fakrul dengan Udom tadi. Kudrat mereka dihabiskan dengan cuba memenangi aerial ball dan mengejar bola sahaja. Ada ketika mereka cuba pressing awal untuk merampas bola. Tapi midfield mungkin tak berdaya untuk bantu.

 

Kami penyokong tahu bertandang ke Darul Makmur memang satu tugas sukar. Kalah itu sudah pasti bagi kami yang realistik. Dapat curi satu mata adalah bonus. Tapi ada cara yang lebih bermaruah untuk kalah. Bukan seperti malam tadi. Ibarat tiada hala tuju. Jangan kata kami tak sokong. Setengah dekad di Liga Perdana pun kami masih turun stadium. Inikan pula di Liga Super. Ingat, pemain, staf, dan pengurusan datang dan pergi tapi kami penyokong masih di sini.

 

Buat penyokong, it’s going to be a long season for us. Den ni positif orangnya dan percaya pada proses. Tapi selepas 6 perlawanan musim ini termasuk saingan Piala FA, den terpaksa akur bahawa kita akan bergelut untuk kekal dalam Liga Super. Bak kata omputih, relegation battle. Memang pahit untuk ditelan tapi inilah hakikat. Mungkin betul apa yang diramal oleh FourFourTwo sebelum ini. Bahawa kita akan menamatkan saingan liga di tangga tercorot. Sekarang ni, cuma pemain dan staf kejurulatihan yang mampu mengubahnya. Kita sebagai penyokong telah jalankan tugas kita dengan jayanya setakat ini.

 

Sekian,

HANCUR BODOGHAI GHAI GHAI.

Kid.

Kredit foto : Team N9FC

Kongsi artikel ini: