/Pahang kecewakan Pak Majid

Pahang kecewakan Pak Majid

Bila Pahang terkeluar dari saingan separuh akhir Piala Malaysia, hati Jang terus tersentuh mengenangkan Pak Majid yang tidak dapat keluar berjalan kaki seluruh Semenanjung tahun ini. Ritual yang beliau lakukan setiap kali Pahang dinobatkan sebagai juara Piala Malaysia itu bukan calang-calang kerja. Nak harap anak muda Pahang, suruh berjalan pergi stadium Darul Makmur pun mereka berkira, suruh menyanyi dan menari mereka tau la.

Jang pernah jumpa Pak Majid di lebuhraya Seremban-Kuala Lumpur tahun lepas. Jang berhentikan kereta Jang dan kami berbual sekejap. Pak Majid menyatakan semua ini dilakukan demi semangat dan cintanya pada negeri Pahang. Semangat dan cinta Pak Majid ini mungkin lebih kuat dari beberapa pemain Pahang pada malam lepas. Mereka telah kecewakan rodong-rodong Jang di Lipis, Bentong, Maran, Jerantut dan paling terutama, Pak Majid.

Walaupun Jang ada bongkarkan maklumat bookie tentang pasukan yang akan ke peringkat akhir nanti dan ramalan bookie itu benar-benar terjadi, tetapi haruslah kita percaya ianya adalah ketentuan tuhan yang maha kuasa juga.

Jang menonton perlawanan pertama (first leg) antara Pahang dan Selangor di Darul Makmur dan untuk 2nd leg, Jang pilih perlawanan Kodah menentang Felda. Kedua-dua perlawanan tidak menunjukkan satu peningkatan dari segi mutu permainan. Maksudnya tidak banyak beza antara pasukan yang tersingkir diperingkat awal dengan pasukan yang layak ke peringkat akhir. Kesemua pasukan masih membuat hantaran mengarut, tidak tepat, terlalu kedalam, terlalu jauh, tidak kreatif, tidak professional, cepat hilang sabar, suka membuat kekasaran bodoh sehingga mendapat kad kuning dan sebagainya.

Jang bukanlah mahu berkira sangat dengan kualiti bolasepak kita sebab Jang tahu, bolasepak kita, wajah kita. Jadi walau hensem, putih, dan cakap orang putih berabuk pun macam Matthew Davies, tapi kalau dah main di padang Malaysia ni, automatik akan mengikut gaya pemain kita yang berwajah macam Azammudin Akil. Jang tak kisah sangat hal itu. Tapi yang buat Jang menggigil sepanjang 90 minit perlawanan Kedah lawan Felda malam hari itu adalah Sherkawi Jirim yang bermain di posisi pengulas.

Serupa setannnnnnnnnnnnnnnnn!!!!!

Sherkawi Jirim terus menerus mengulas dan menerangkan kepada penonton apa yang berlaku dalam padang seolah-olah kita buta atau sedang mendengar radio. Sherkawi Jirim tak tahu ke yang kita pun sama-sama menonton perlawanan yang sama jadi tak payah bagitaula semua benda. Orang kata bila kita banyak bercakap ni, banyak la kesilapan akan berlaku. Itulah yang terjadi pada Sherkawi Jirim. Terus menerus bercakap…

“Baddrol sedang mengatur serangan” – tetapi Baddrol menghantar bola kebelakang

“Satu hantaran cantik, oo..tidak sampai..apa berlaku?” – serupa setan!

“Satu tendangan sudut dari kiri atau tendangan penjuru ya saudara dari kiri pintu gol”

Banyak lagi la dan ianya mengganggu fokus Jang pada perlawanan sebab Jang dah lebih fokus pada Sherkawi Jirim yang dibantu oleh Akhmal Rizal. Mereka bercakap macam dibayar mengikut patah perkataan yang keluar dari mulut mereka. Kebanyakan pengulas juga menggunakan vocab yang sama. Ini bukan zaman radio la. Kalau dulu boleh la…sekarang kedai mamak pun ada 5 TV dan buka 24 jam. Semua orang tengok bola di Tv, bukan dengar radio.

Lewat tengah malam Jang tengok perlawanan diantara Newcastle dan Liverpool, elok je pengulas diam beberapa saat bila permainan berjalan. Takda pengulas tu kata;

“throw in by LewondeBenteke..”

Tambah manis, Newcastle menang pulak 2-0 hasil jaringan gol sendiri Skrtel. Skrtel ini memang boleh harap la! Dia dah menyamakan rekod jaringan gol sendiri yang dibuat Carragher iaitu sebanyak 7 gol. Skrtel juga berazam akan memecahkan rekod itu pada tahun ini juga.

You go girls!

Orang Kedah jangan buat perangai jalan kaki ni sangat. Pedia dok jalan kaki lagi. Ketapi laju serupa lintaq pun dok ada. Taquh buat apa….kahkahkah. Jang pun tak faham apa dia kata.